Sunday 18 March 2012

Tak ada istilah 'putus cinta' pun....



Putus cinta? Macam mana boleh putus? Dia curang ke? Laa, bukan korang dah merancang nak kahwin ke? Korang kan dah 5 tahun bercinta, sayangnya putus... Kau tinggalkan dia.. Tapi kenapa?

Antara bait-bait kata yang selalu kita dengar apabila seseorang itu 'putus cinta'...

Istilah 'putus cinta' selalu dikaitkan dengan cinta dua insan yang terputus di tengah jalan... Tetapi layakkah 'cinta' mereka itu dipanggil cinta? Sedangkan mereka belum mepunyai ikatan yang sah lagi...

Mana mungkin hubungan antara budak sekolah menengah dipanggil cinta... Begitu juga mana-mana hubungan yang belum diikat dengan ikatan halal yang dipanggil cinta...

Cinta yang selayaknya ialah cinta yang lahir dari hubungan yang halal, yang diredhai Allah... Itulah namanya cinta... Manakala cinta sejati tidak akan putus, dan akan kekal selamanya.. Itulah cinta seorang hamba kepada penciptaNya...

Bagaimana menterjemah perasaan dua insan yang berusaha untuk bersatu atas nama cinta iaitu perkahwinan... Sungguh kompleks... Mungkin perasaan itu belum layak digelar cinta tetapi mungkin itu adalah perasaan suka antara satu sama lain yang diilhamkan Allah supaya mereka berdua segera menuju ke fasa seterusnya iaitu pernikahan....

Mula-mula perasaan suka, dan kemudiannya bercambah kepada perasaan sayang dan kemudiannya cinta... Perasaan ingin mengambil berat dan mengambil tahu antara satu sama lain.. Perasaan ingin dikasihi, dan perasaan ingin mengasihi.. Sungguh bahagiakan bila ada orang mengambil berat dan mengasihi kita...

Oooppss, tapi tunggu dahulu... Jangan biarkan perasaan suka anda melarat sehingga ke peringkat seterusnya jika anda dan dia tidak berhasrat untuk mendirikan rumahtangga... Cukuplah sekadar suka  yang mempunyai titik noktah.. Fungsinya untuk mengelakkan hati yang sakit dek kononnnya 'terputus cinta'...

Cuba teka makhluk manakah yang akan berusaha supaya anda dan si dia tidak bersatu dalam ikatan yang halal tetapi sebolehnya mahu anda berdua dibelenggu perasaan yang tak pasti dan kemudiannya melakukan perkara yang Allah larang.. Makhluk yang menyuruh anda dan pasangan mencari keserasian dengan ber 'couple' dan bukannya mencari keserasian melalui pernikahan...

Tentulah makhluk yang bernama SYAITAN...

Mana mungkin syaitan berdiam diri setelah mengetahui dua anak Adam mempunyai hasrat ingin mendirikan Baitul Muslim di mana segalanya menjadi halal bagi mereka berdua.. Segalanya dibolehkan Allah.. Dan segalanya adalah rahmat dan pahala hatta melihat wajah isteri adalah pahala untuk suami dan juga pahala untuk isteri walau sekadar tersenyum manja kepada suaminya.. Luas kan rahmat Allah dalam kehidupan berumahtangga...

Dan daripada pernikahan itu, lahirnya anak-anak yang akan menjadi saham bagi kamu berdua di akhirat nanti... Kemudian bertambahlah umat Nabi Muhammad S.A.W yang baik dan halal keturunannya... Bukannya daripada hubungan penzinaan... 
Percayalah... Usaha kamu ke arah perkahwinan pastinya tidak disukai syaitan... 

Pada mulanya, syaitan akan membuat semuanya indah belaka tatkala kamu dan si dia berkenalan dan menjalin hubungan.. Tetapi apabila kamu berfikir mahu menjadikan dia sebagai suri dalam hidup kamu, syaitan perlahan lahan akan menyuntik perasaan ragu-ragu dalam hati kamu.. Perasaan tidak yakin kepada pasangan, tidak yakin dengan status kewangan, masalah keluarga dan sebagainya... Itulah antara dugaan dan ujian yang perlu kamu berdua tempuhi.... Bukankah ujian itu adalah didikan Allah.. Bersabarlah... Kelemahan dan kekurangan pasti ada dalam setiap insan... Buka hati dan minda kamu kerana tiada yang sempurna melainkan Allah..

Jadi, di sini suka saya ingatkan kepada semua bahawa cinta itu tidak putus.. Cuma usaha kamu ke arah perkahwinan yang teputus bersama dengan si dia.. Sekiranya masih ada harapan, perbaikilah... Jangan disia-siakan usaha yang murni dalam mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W... Semoga Allah merahmati kita semua.. Aminn...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads