Tuesday 31 July 2012

::Nukilan Si Gadis::


Kawan pemuda itu pernah cuba menyampaikan...
Menerangkan kenapa mata si pemuda selalu melirik kepada si gadis itu..
Menerangkan rahsia senyuman pemuda itu tatkala terserempak dengan si gadis...
Sehingga cuba mendapatkan cerita yang cuba dikemas simpan dalam hati..

Si gadis cuba menjauhkan diri..
Bukan mahu menafikan dan bukannya menjual mahal..
Tetapi tidak senang dengan kelakuan si pemuda...
Mata melirik ke arah si gadis itu, tetapi mendekati gadis-gadis yang lain...

Ya, kerana si gadis bukannya sebarangan perempuan yang mudah didekati...
Dibawa ke sana ke mari...
Sehingga berpagi pagi...


Pemuda itu telah menggunakan teori yang salah...
Teori berkenalan dengan ramai gadis dan kemudiannya mahu menjadikan isteri di kalangan mereka...
Logik akal dan hati mana yang dia cuba praktikkan...

Bukankah dia tidak tahu dia telah menyebabkan kawan si gadis memendam rasa, mengalirkan air mata...
Perkenalan yang rancak, disusuli bait-bait pemanis kata...
Rupanya kawan si gadis hanya dianggap sebagai pengisi kesunyian dan kawan semata-mata...

Pemuda,
Gadis mana yang kamu inginkan?
Adakah gadis yang mudah ditakluki hatinya oleh ramai pemuda...
Adakah gadis yang sentiasa bermanja dan mudah bermesra dengan pemuda yang lain...
Adakah gadis yang mudah diusung ke sana ke mari oleh kamu atas dasar teman...
Sehingga berpagi pagian...
Adakah gadis yang sentiasa melayan mesej pemuda yang lain di laman sosialnya..
Hanya kerana semua pemuda kenalannya diistilahkan sebagai kawan dan teman...

Kalau itu yang kamu cari,
Kamu bukan mencari si gadis itu...


Dan si gadis itu tetap setia sebagai pemerhati..
Selangkah si pemuda rapat kepadanya, beribu langkah dia menjauhkan diri...
Mungkin kerana gelagat si pemuda selalu di depan matanya...
Menyebabkan si gadis muak untuk mendekatinya, apatah lagi menerimanya..

Namun sampai bila si gadis perlu melarikan diri...

Tatkala si pemuda berusaha mendapatkannya..
Usaha dengan cuba menjadi yang terbaik..
Usaha memenuhi syarat-syarat si gadis...

Maaf..
Syarat itu bukan untuk kamu...
Walau kamu menawarkan harta dan kemewahan kamu...
Walau kamu seakan akan sudah menyesali perbuatanmu...

Maaf..
Bukan peluang si gadis yang kamu perlukan sebenarnya...
Tetapi peluang yang satu lagi...
Peluang untuk kamu membaiki kesilapan kepada kawan si gadis...

Maaf..
Si gadis bukan mencari sang 'buaya'...
Tetapi bapa kepada anak-anaknya...
Peneman setia disisinya..
Sehingga ke SYURGA-NYA...

:: NuKiLaN Si GaDiS ::


Monday 30 July 2012

::Mengasihi dan bukan menyakiti::

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
Marilah kita sama-sama berdoa agar hari ini dan hari yang mendatang, kita semua dikuatkan iman, sentiasa dalam redhaNya dan juga keampunanNya... Semoga hari ini kita semua melangkah dengan hati yang kuat dan tabah walaupun banyak ranjau dan duri yang perlu dilalui...

Seringkali kita tersilap dalam melangkah.. Langkah kesilapan yang telah diambil tidak akan dapat berpatah balik... Tetapi langkah tersebut perlu diperbetulkan untuk langkah yang seterusnya.. Perlahan-lahan tetapi konsisten menuju perubahan yang baik...

Antara hati, perasaan, akal dan nafsu... Dia masih tidak mengenal antara yang palsu dan yang tulen.. Yang manakah permata atau kaca... Sekali pandang nampak sama, tetapi bila diteliti banyak perbezaannya... Benar-benar buntu yang mana yang harus dijauhi...

Benarlah hati wanita sangat halus... Apatah lagi diberi gerak hati yang sangat kuat...Apabila suami bermain kayu tiga di belakang isteri... Apabila tunang sendiri tidak setia dan tidak yakin dengan pilihan hatinya sendiri... Apabila hati dan perasaan insan yang ikhlas cuba dikhianati...


Pernah menyakiti, pasti anda akan disakiti... Pernah mempermainkan, pasti anda akan dipermainkan... Pernah mengkhianati, pasti anda akan dikhianati... Pembalasan bukan datang sekelip mata, tetapi akan tiba jua memakan hidup anda sehari-harian.. Bukan mahu menghukum, tetapi inilah hukum ketetapan Allah... Melainkan anda sedar dan insaf dengan apa yang telah anda lakukan...

Langkah demi langkah dia menapak... Menapak menjadi insan yang kuat.. Hati dia sakit, tetapi dia berpura-pura tidak merasainya.. Hati dia tawar, tetapi dia berpura pura masih merasai kemanisannya.. Biarkan kasih itu berlalu pergi... Pergi sejauh yang mungkin... Biarkan.. Kerana dia percaya kasih yang sebenarnya pasti akan datang melamar hidup dia... Kasih yang sentiasa setia bersamanya.. Dan bukannya kasih palsu yang masih terawang-awang mencari bunga-bunga untuk dirosakkan... Bukannya kasih palsu yang kerap memberi harapan palsu...


Coretan ini cuma mengingatkan bahawa hati manusia kadangkala tidak mampu ditelah oleh manusia yang lain.. Dan cuma mahu mengingatkan segala yang disembunyikan sama ada baik atau buruk pasti akan diketahui jua.. 

Cubalah menjadi manusia yang matang dan penuh kebaikan dalam mencari kebahagiaan hidup supaya tidak menyakiti manusia yang lainnya.. Kehidupan ini bukan dimiliki oleh satu jiwa, tetapi dikongsi oleh banyak jiwa.. Ingatlah, ERTI HIDUP pada ERTI MENGASIHI... Bukan pada ERTI MENYAKITI... 


P/s: Please try your best not to hurt anyone.. But when it happens, please ask her/his forgiveness... We as human absolutely not perfect but it does not mean that we can easily surrender without try our best to be the best... Remember this.. Always put Allah in your heart, yet you'll know that Allah is always beside you..  Yes, He always there for you.. Watching and guiding you to the right way.. InsyaAllah... 

Lots of LOVE from ME, blog's owner... 
...SYAMIMI HJ RAHMAN...

Wednesday 25 July 2012

::Indikator yang Selalu Disalah Tafsir::



" Merahnya muka Kak Mimi....!!!" jerit Roby...

Jeritan yang buat aku terkejut sejurus aku keluar...
Jeritan yang membuat semua orang berpusu pusu melihat muka aku yang kononnya merah...
Seorang demi seorang ketawa dan mengiyakan kata-kata Roby...

"Berasap kot bilik ni....," Roby gelak besar sebab dapat menyakat aku..

"Panas.. Tu yang merah..., " sambil mengelak muka dipandang orang...

Pelik sangat.. Macam mana muka boleh bertukar menjadi merah... 
Antara kelemahan yang tak dapat dielakkan tatkala diri sedang panas, atau malu yang amat sangat, atau sedang menahan marah yang amat...
Aisshh, sangat bahaya....

Inilah indikator yang akan digunakan oleh kawan-kawan untuk menyakat...
Dan indikator yang selalu disalah tafsir...

Teringat peristiwa disakat oleh pensyarah dan kawan-kawan cuba menjodohkan aku dengan kawan kelas sendiri...
Muka menjadi merah yang amat, tapi dalam hati hanya biasa-biasa sahaja...
Mana mungkin kawan menjadi seorang yang istimewa dalam hati...
Bukan menafikan soal jodoh, tidak...
Tapi aku tidak mahu mempermainkan soal jodoh itu sendiri...

Maaf... 
Muka bertukar merah bukan kerana suka.. 
Tetapi sangat malu dan agak marah kerana diperlakukan begitu...

Beginilah jadinya apabila indikator tersebut disalah tafsir...
Bagilah berapa banyak penafian, pasti orang takkan percaya...
Langkah yang terbaik, mendiamkan diri....
Dan cerita itu akan berlalu begitu sahaja... 


Sunday 22 July 2012

::RAMADHAN KAREEM::

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum semua..


Ramadhan datang lagi.. Alhamdulillah, kita semua dapat bertemu lagi pada bulan yang mulia ini.... Bulan di mana semua pintu rahmat dan pintu keberkatan dibuka... Pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas luasnya...

Bila semua pintu kebaikan dibuka pada bulan ini, kita ada kelebihan.. Kelebihan di mana doa-doa kita semua mempunyai potensi yang tinggi untuk dimakbulkan Allah... 

Doa banyak-banyak ya... Doa murah rezeki, doa dalam redha Allah selalu, doa masuk Syurga, doa jauh daripada api neraka, doa supaya diampunkan dosa, doa kesihatan yang baik, doa mendapat kerja yang baik.. Dan of course doa yang dititipkan oleh mereka yang masih single lagi ( mcm saya), iaitu doa dipertemukan jodoh yang baik dan juga doa dipercepatkan jodoh..... 


Bab kahwin ni memang sensitif.. Sebab kahwin berkait dengan jodoh... Cepat atau lambat, itu semua Allah dah tentukan... Berdoa banyak2 ya... Usaha??? Saya pun tak tahu, tapi sekarang ini usaha saya hanya mampu berdoa... Sebab bila Allah dah tetapkan siapa jodoh kita dan bila, pasti jalannya ada untuk kita... Yang penting, sabar dan jaga diri baik-baik... Jaga hati, jaga iman, dan jaga diri... Percaya pada Allah kerana DIA MAHA MENGETAHUI.. (^_^)

Bulan puasa ni, cuba usahakan supaya tidak terlepas solat terawih, banyakkan membaca al-Quran, ucapkan perkataan yang baik, jaga tingkah laku, dan tidak membazir... Tapi karipap mesti ada dalam list juadah berbuka puasa tuan punya blog ni.. Senang cite hantu karipap... =D

Minggu depan minggu terakhir di Puchong ni.. Kemudian akan kembali ke kampung halaman untuk praktikal... Tapi sebelum tu kena belajar dulu untuk exam... Exam untuk tentukan pelajar2 HEP ni paham ke tidak konsep HALALAN TOYYIBAN.... Pasti akan merindui bilik kat hostel ni.. Lengkap bagai.. Ada aircond, air panas... Alhamdulillah...

Saya doakan supaya semoga kita semua dalam redha Allah selalu... Diberi kebaikan dunia dan akhirat..  AMinn...  Maafkan segala salah dan silap saya... Salam RAMADHAN... 


Thursday 19 July 2012

~CeRiteRa JODOH~










:: NEVER GIVE UP::
~KEEP ON PRAYING~
(^_^)

::Bersedia dalam PerancanganNYA::

Bismillahirrahmanirrahim...

Acapkali kita didesak agar membuat keputusan dalam waktu yang singkat.. Dan seringkali kita digertak bahawa peluang hanya datang sekali... Apatah lagi peluang itu yang kita harapkan dalam hidup kita...

Desakan berulangkali hanya membuat kita rimas dan tidak tenang... Rimas dengan desakan untuk membuat keputusan pada waktu yang singkat.. Perasaan menjadi tidak tenang kerana tiada persediaan... 

Tiada salah pun untuk menerima tawaran yang julung kali hadir dalam hidup, tapi kita harus beringat... Beringat dengan membuat persediaan yang sepatutnya supaya tawaran tersebut dapat dilaksanakan dengan baik setelah kita setuju untuk menerimanya... 

Berdoalah supaya segalanya dipermudahkan Allah... Berdoalah agar hati kita tetap teguh dan kuat ketika melalui ujian dan laluan yang penuh getir untuk melaksanakan tanggungjawab itu... 


Ketika perancangan kita sedang dalam landasan yang kita rasakan di landasan yang tepat, tanpa kita sedari  perancangan Allah jua yang terbaik.. Apabila datang tawaran demi tawaran sama ada untuk bekerja di negara orang, tawaran untuk menyambung pelajaran, tawaran menjadi seorang penulis yang memang didambakan  kadangkala membuatkan seseorang terpaksa memilih yang terbaik untuk dirinya....

Istikharahlah dalam membuat keputusan.. Keputusan yang bukan hanya terbaik untuk diri kita, tetapi juga untuk mereka yang kita sayang... Bukan untuk keduniaan semata mata tetapi untuk kehidupan yang abadi di  akhirat sana...


Teringat pesanan seorang hamba Allah....

"Jangan tinggalkan ALLAH.. Jangan tinggalkan SOLAT dan jangan tinggalkan AL-QURAN... Gembirakanlah hati ibu dan ayah walaupun hati kita tidak gembira kerana dengan menggembirakan hati ibu  ayah, insyaAllah kegembiraan yang hakiki akan hadir juga...."


Wednesday 18 July 2012

~LuKisaN Di HaTi~

Bismillahirrahmanirrahiim..

Setiap manusia pasti ada cerita mereka sendiri...
Terselit cerita duka di sebalik cerita gembira..
Tercoret sebuah kesakitan di sebalik keceriaan...
Tertulis banyak kegagalan sebelum melukis seluas kejayaan...

Namun ada juga yang masih bertatih mengenali apa itu kejayaan...
Apatah lagi untuk merasai apa itu kesenangan...

Sebenarnya kejayaan, kesenangan, keceriaan itu bukanlah ditafsir pada mata orang lain..
Tetapi cukuplah pada tafsiran pada mata dan hati kita sendiri..

Apa gunanya harta yang banyak, kehidupan yang mewah sekiranya hati kita sentiasa dalam kesedihan..
Menggambarkan kemewahan kita kepada orang lain tetapi bebanan hutangnya kita yang tanggung...

Tidak salah menggembirakan hati insan yang kita sayang tetapi janganlah kita sedih sekiranya tidak mendapat penghargaan daripada mereka...
Tidak salah berkorban demi yang tersayang...
Tetapi, ingatlah...
Sekiranya apa yang kita lakukan semata mata mengharapkan penghargaan manusia, sememangnya kita sentiasa tidak akan berpuas hati dengan apa yang kita kecapi...

Lakukanlah segalanya kerana Allah Taala...
Mengharap keredhaanNYA...
Mengharap kasih sayangNYA...
Kerana ketika kita peroleh segalanya daripada ALLAH, kita sebenarnya sedang melukis kegembiraan dalam hati kita dan juga mereka yang lain...
Dan tanpa kita sedari, kita sedang membahagiakan diri kita dan orang lain...

Bersederhanalah dalam apa  jua yang kita lakukan..
Bersyukurlah di atas apa yang kita peroleh...
Untuk segala kenikmatan, kesihatan, ketenangan hati, kasih sayang yang kita peroleh sehingga ke hari ini...
Ucaplah Alhamdulillah....
Berterima kasih kepada ALLAH selalu...

Lukisan di hati kita, hanya kita yang tahu..
Dan hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI...

Lukisan kedukaan..
Lukisan kesakitan...
Lukisan kepayahan..
Lukisan kesukaran...
Itu adalah LUKISAN KECEKALAN...

Lukisan kegembiraan..
Lukisan ketenangan..
Lukisan kebahagiaan...
Lukisan kesenangan....
Itu adalah LUKISAN KESYUKURAN...

~SALAM RAMADHAN~
...MAY ALLAH BLESS US...
..AMIN..

(^_^)

Monday 9 July 2012

::Peminat Yang Bukan Sekadar Minat::

"Zahra, dah siap ke?" tanya Aisha.

"Ok, siap.. Cepatnya Loqman sampai.. Ingatkan 10 minit tu, tambah lagi 10 minit....," ujar Zahra sambil tersengih..

===============================================================
Dalam kereta, kelihatan Loqman serius... Membuatkan Zahra dan Aisha tertanya-tanya..

"Kau ni Man, senyap je memanjang.. Bukan kitorang tau yang paksa kau belanja makan.. Kau yang nak sangat ajak kitorang temankan beli cincin untuk tunang kau... Kan Zahra....," usik Aisha menghangatkan suasana..

"Betul tu.. Aisha, agaknya Man tengah pikir berapa 'budget' untuk cincin.. Pastu nak belanja kita lagi, tu yang dia pening...," gelak Zahra..

"Haa.. Gelak.. Korang orang perempuan apa tahu... Tahu nak itu ini... Hantaran berbelas ribu, tunang nak cincin yang ada mata, majlis nak besar besaran... Tak tahu kami ni lelaki pening dengan belanja kahwin... Lainlah aku ni anak jutawan...," balas Loqman..

"Man, rilekslah... Mungkin si Aimi tu bergurau... Nak tengok kau ni berkira ke tak... Takkanlah dia nak susahkan kau.. Lagipun majlis kahwin ni kejap je... Yang penting selepas kahwin..," Zahra cuba memberi pendapat.

"Bergurau kau kata.... Ni dia tengah merajuk sebab aku nak beli cincin yang biasa-biasa je... Takpelah Zahra, aku tahu kau ni baik.. Untunglah siapa yang jadi suami kau..."

"Sebab tu aku suruh kau carikan Zahra ni ustaz.. Kat tempat keja kau kan ramai ustaz yang solo lagi... Betul tak Zahra?" Aisha menepuk bahu Zahra.

"Aisha, awak ni memang nak kena eh... Saya ni tak layak pun dengan ustaz.. Macam langit dengan bumi.. Cukuplah suami saya itu seorang yang taat kepada perintah Allah, boleh bimbing saya sampai ke syurga walaupun dia bukan ustaz.... Tapi kalau Man ada calon, saya tak menolak......," senyum Zahra sampai ke telinga..

"Yalah.. Nanti aku kenalkan kau dengan seseorang... Tapi Zahra, kau jangan memilih... Kata nak menikah tahun ni...," kata Loqman sambil mengangkat kening...

"Eh Man.. Mana aci main perli-perli... Tak salah kan kita memasang impian... Masa depan siapa yang tahu... Dahlah, malas cakap dengan kau," rajuk Zahra..

"Eleh, taknak cakap dengan aku.. Tapi bila cakap pasal jodoh, beria minta tolong aku carikan eh.. Dah, buruk bebenor aku tengok kau merajuk.. Malas aku nak pujuk.. Lainlah Aimi yang merajuk.... Hehe...," gelak Loqman...


"Please... Merajuk dan taknak cakap tu, dua 'terms' yang berbeza ok... Huh... Aku pun malas nak layan kau...," Zahra cuba pertahankan diri....


"Ha... Dah sampai pun...  Kita makan dulu eh, Cik Zahra... Aisha, kau gi pujuk kawan kau ni.. Takut aku tengok jelingan dia tu...  Kang ada yang tercekik masa makan nanti.. Hehe...," perli Loqman..

===============================================================
Di meja makan..

"Korang tunggu sini.. Aku nak order makanan... Khas untuk korang.. Zahra, kau mesti nak aiskrim coklat kan... Arini tak payah diet.. 'Abang' belanja...," ujar Loqman sambil tersengih..

"Abang?? Aisha, kawan kita sihat ke tidak ek? Gelinya dengar dia bahasakan diri abang," tanya Zahra seperti bergurau..

"Abang lain kot Zahra.. He.. Alamak, rasa nak pergi tandas pulak.. Awak tunggu sini ya Zahra..," balas Aisha.

"Okey.. ," lantas Zahra membelek 'handphone'nya sementara menunggu kawan-kawannya....


================================================================

"Assalammualaikum..."

Alamak.. Siapa pulak yang bagi salam kat kedai makan ni... Mentang-mentanglah aku duk sorang-sorang... Huh...

"Assalammualaikum Cik Fatimah Zahra.."

Zahra terpaku saat melihat wajah pemberi salam tersebut... Seorang yang sangat tidak disangka-sangka... Wajah yang sudah lama tidak ditatapnya... Wajah yang sering dielakkan untuk berjumpa hatta dalam mimpinya... Peristiwa tiga tahun dahulu menerjah kembali di minda dan di hatinya...

"Awak...," perkataan yang hanya terkeluar dari mulutnya... Nafasnya terasa amat berat...

"Ya saya.. Awak taknak jawab salam saya dulu ke?" sapa pemilik suara itu..

"Err.. Waalaikumussalam... Danny... Bila awak balik Malaysia? Kebetulan pulak kita berjumpa kat sini..," suara Zahra seperti jelas dan tidak.. Macam mana mamat ni boleh ada kat sini.. 

"Dah 2 minggu saya di Malaysia... Sebenarnya Cik Zahra, ini bukan kebetulan.. Saya minta tolong Loqman dan Aisha untuk berjumpa dengan awak.. Sebab saya tahu awak takkan setuju untuk jumpa dengan saya... Betul kan....," jelas Daniel sambil tersenyum..

Astaghfirullah... Loqman.. Aisha.. Kawan aku berdua ni memang nak kena.. Sampainya hati diorang... Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini...

"Tapi, kenapa awak nak jumpa saya?" Zahra cuba mencari jawapan..

"Assalammualaikum Bro... Dah lama sampai ke? Jemputlah duduk.. Sorilah.. Cik Zahra ni memang suka buat muka 'blur'... Lagi2 bila kena kejutan macam ni...  Kan Zahra...," usik Loqman..

Siap kau Loqman.. Kenakan aku eh... Geramnya.... Apa aku nak buat ni?? 

Tapi kenapa hati aku berdegup kencang? Perasaan yang belum pernah aku rasa sebelum ni... Mata dia.. Sangat mendamaikan..  Wajah dia sangat bersih... Sangat bercahaya.. Dia bukan Danny yang aku kenal dulu.. Betul ke dia dah berubah? Astaghfirullah.. Aku rasa nak balik je.. Tak dapat makan 'free' pun takpe... Malu sangat...

==============================================================

Satu jam berlalu... Sepatah suara pun aku tak keluarkan.. Loqman dan Aisha yang banyak menghangatkan suasana... Bertanya itu dan ini kepada Daniel... Dan aku hanya memasang telinga... Mendengar perkembangan kerjaya dan hidup Daniel.. Sangat merendah diri walaupun dia sudah mempunyai syarikat.. Anak orang kaya yang hidupnya seperti anak orang biasa.. Sama seperti rakan baik aku, Diyana... Tidak mahu menumpang kesenangan orang tua, dan sanggup memulakan perniagaan dengan modal sendiri...

"Zahra, awak jangan marah Loqman dan Aisha... Saya yang suruh mereka berjanji untuk merahsiakan perjumpaan ini...," kata-kata Daniel menghentikan lamunan Zahra..

"Marah? Takdelah... Buat apa nak marah... Lagipun saya bersyukur sangat sebab ada orang belanja makan..," balas Zahra tanpa melihat muka Daniel.. Serius, tak boleh tengok muka dia... 

Daniel,saya minta maaf..  Saya tak boleh tengok muka awak.. Sebab hati saya sedang bergetar yang amat... Saya rasa nak balik sekarang jugak...

================================================================

Selepas makan, solat, dan membeli cincin untuk pertunangan Loqman, mereka pun membawa haluan masing-masing... Tetapi kata-kata yang diucapkan Loqman kepada Zahra sebelum berpisah tadi membuatkan hati Zahra tidak tenang...

"Zahra, awak masih ingat hajat saya tiga tahun dulu? Sebelum saya ke London?" tanya Daniel...

"Hajat? Maksud awak?" Alamak Zahra.. Kenapa kau buat-buat tak tahu pulak ni...

"Cik Fatimah Zahra, sudi tak awak menjadi isteri saya? Menjadi ibu kepada anak-anak saya? Mendidik mereka menjadi zuriat yang soleh dan solehah? Bersama-sama saya berusaha ke SyurgaNYA?" Daniel melamar Zahra di hadapan Loqman dan Aisha...

Ya Allah.. Apa yang harus aku buat ni.. Tanpa ditahan lagi, airmata Zahra menitis satu persatu... Menggambarkan hatinya yang sangat syahdu ketika itu...

"Zahra, saya minta maaf.. Saya tidak paksa awak... Awak tak perlu beri jawapan sekarang.. Minggu depan saya akan datang ke rumah awak berjumpa dengan emak dan ayah awak... Saya harap pada waktu itu awak dapat memberi jawapan kepada soalan saya...," ujar Daniel lembut....

"Okeylah Man.. Hati-hati bawak kereta tu.. Tahniah sebab bakal bertunang.. Jangan lupa doakan aku.. Aisha, terima kasih sebab sudi temankan Zahra..." 

"Zahra, ni hadiah untuk awak... Sesuatu yang awak impikan.. Aisha bagitahu saya yang awak memang berhajatkan hadiah ni... Jaga diri ya.. Hari Sabtu depan, saya datang rumah awak.. Jangan lupa balik kampung... Assalammualaikum...," bisik Daniel kepada Zahra sambil tersenyum...

"Waalaikumussalam..," jawab Zahra dengan suara yang amat perlahan...
================================================================

Peristiwa petang tadi seakan mimpi.. Seseorang yang cintanya pernah ditolak aku, telah melamar aku untuk kedua kalinya...  Dan kali ini hati aku seperti mengiyakan lamarannya...  Hati yang dulunya tiada sekelumit perasaan kini sedang mekar, bercambah... Subhanallah... Kami tidak pernah berhubung melalui telefon.. Sepuluh emel yang diberi Daniel sepanjang dia di London, hanya lima sahaja yang aku balas...

Hadiah sweet yang aku dapat daripada Daniel.. Apple i-pad.. Penuh dengan gambar-gambar dia masa di London... Oooppss, kena telefon emak.. Harap-harap emak tak terkejut sebab aku memang tak pernah cerita apa pun pasal Daniel.. Bersiap sedialah Cik Fatimah Zahra untuk ditemuduga oleh emak dan ayah dek peristiwa yang mengejutkan ini..... 

Dia bukanlah peminat yang bukan sekadar minat.. Tetapi peminat yang betul-betul minat.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... (^_^)

~Peminat yang bukan sekadar minat~

Monday 2 July 2012

~Hanya Coretan Sebuah Rasa~

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa berlalu dengan pantasnya...
Dan menunjukkan umur aku yang semakin meningkat...

Masa berjalan...
Dan pengembaraan hidup sentiasa berjalan juga...
Memerlukan satu bentuk proses pembelajaran...
Iaitu menuntut ilmu...
Ilmu dunia, ilmu akhirat, dan ilmu kehidupan..

=================================================

Aku semakin tua, emak ayah semakin tua, dan bumi pun semakin tua...
Tetapi aku taknak tua, dan aku pun takut mati..
Walhal mati itu pasti...

Hati terdetik, di tempat manakah aku akan sentiasa muda, tidak akan mati..
Apa yang aku hajati semua akan dipenuhi...
Di manakah semuanya akan menjadi begitu indah sekali?

Aku tahu jawapan itu...
Di SYURGA....

======================================================

Aku hanyalah roh yang meminjam tubuh ini untuk sujud kepadaNYA...
Roh yang diperintah supaya beribadah keranaNYA...
Solat, puasa, zakat, berbuat kebaikan...

Kesibukan di dunia ini benar-benar menyiksa jiwa aku...
Ditambah kekurangan diri...
Hajat yang belum dipenuhi...

========================================================


Aku perlukan kekuatan daripadaNYA...
Aku perlukan ubat untuk merawat hati ini...
Aku taknak ianya menjadi semakin parah...

Aku taknak kembali kepada kepura-puraan dahulu...
Yang berpura-pura JAHIL akan kehidupan walaupun aku tahu akan KEBENARAN...
Yang berpura-pura jauh daripapa MAHA PENCIPTA walaupun aku tahu DIA amat dekat...
Yang berpura-pura BUTA dengan Ilmu Islam walaupun aku tahu aku CELIK...

Aku bertatih dalam kehidupan...
Mencari kebenaran...
Mencari akan indahnya ISLAM, IMAN dan IHSAN..

Ya..
Aku Islam...
Tapi aku tidak mahu Islam hanya pada nama...
Aku mahu mati dalam Islam, dalam Iman...

Aku sedang berusaha...
Berusaha dan terus berusaha..
Walaupun kadang-kadang aku hampir terjatuh dalam pendakian kebenaran...
Aku sentiasa berdoa agar ALLAH sentiasa memandu hati ini dan hati mereka yang lain ke jalan yang lurus...
Memandu hati-hati ini ke SyurgaNYA...

Ya, aku sedang bermujahadah...
Aku sedang berusaha...
Dan rasanya memang pahit..

Moga aku sentiasa bersabar...
Kerana aku tahu.. 
Ganjarannya ialah SYURGA yang amat manis...
Amin....

=======================================================


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads