Thursday 31 December 2015

~Istimewanya ISTERI~

SEJAK kebelakangan ini kita sering membaca dalam akhbar dan media massa tentang keruntuhan rumahtangga masyarakat Islam. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan golongan bawahan malah golongan berada juga tidak dapat lari daripada permasalahan ini. Ia juga tidak terhad dalam kalangan orang tidak mempunyai didikan agama malah kumpulan ini juga seringkali terjerat di dalam polemik ini.

Walaupun umat Islam berlumba-lumba mengerjakan kebaikan seperti bersedekah, membuat kebajikan dan mengambil berat terhadap orang lain, tetapi sebahagian daripada kita alpa untuk mengerjakan kebaikan kepada orang yang hampir dengan kita. Sebenarnya Rasulullah SAW lebih mengutamakan melakukan kebaikan kepada orang yang hampir kepada kita seperti ahli keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga.

Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa hadis Rasulullah yang menerangkan kepentingan memperlakukan isteri dengan sebaik-baiknya. Umpamanya, Rasulullah diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud: “Ingatlah, terimalah wasiatku, gauli wanita (isteri) dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji. Apabila mereka melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu. Adapun hak kalian ke atas isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik.” - Riwayat Tirmizi

Sabda Rasulullah di atas jelas memberi panduan kepada kita tatacara bagaimana pergaulan antara suami isteri harus dilakukan. Ia juga menitikberatkan hak dan tanggungjawab bersama. Malah tanggungjawab mendidik isteri yang terletak di bahu suami juga diperincikan sehingga dalam keadaan isteri melakukan perkara yang menyimpang dan keji telah diberikan garis panduan menanganinya.
  
  
Oleh yang demikian melayani isteri dengan cara yang terbaik amatlah dituntut dalam Islam. Wanita dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk kiri lelaki yang mempunyai signifikan amat besar. Tulang rusuk itu sebenar terlalu hampir dengan hati. Oleh itu wanita hendaklah sentiasa berada di hati lelaki (suami) untuk dicintai. Wanita tidak dijadikan daripada kepala untuk dijunjung atau dipuja oleh lelaki, mereka juga tidak dijadikan daripada kaki untuk dipijak atau dihina. Inilah kedudukan istimewa wanita yang telah dinobatkan oleh Islam. Tulang rusuk yang bengkok itu pula simboliknya perlu diluruskan dengan penuh hati-hati dan penuh hikmah agar tidak patah semasa diluruskan.

Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin yang imannya paling sempurna adalah yang akhlaknya paling baik. Dan sebaik-baik kamu adalah yang baik terhadap isterinya.” - Riwayat Ahmad.
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah bersabda maksudnya: ”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri yang solehah.” - Riwayat Muslim, Nasai Ibn Majah dan Ahmad
Jelaslah daripada dua hadis yang dinyatakan di atas ketinggian kedudukan isteri di samping suami. Hakikat ini perlulah disedari oleh golongan suami. Ini adalah kerana sebahagian suami mengambil mudah peranan isteri dan menganggap isteri perlu patuh kepada segala kehendak suami tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak wanita itu sendiri.
Memanglah kuasa ketua keluarga itu diberikan kepada para suami namun kuasa tersebut hendaklah ditadbirkan dengan adil mengambil kira kemampuan, kesusahan dan juga kehendak isteri.

Jika kuasa ini tidak dijalankan dengan sempurna sudah tentu akan mengundang polemik antara suami isteri tersebut dan suami yang tidak menjalankan kuasa dengan sempurna sudah tentu akan dipertanggungjawabkan atas kegagalan itu. Kuasa tersebut sebenarnya bukanlah suatu keistimewaan tetapi lebih kepada tanggungjawab yang hendaklah digalas dengan sempurna.

Dalam Islam, apabila suatu keistimewaan diberikan kepada seseorang ia sebenarnya disertakan dengan tanggungjawab. Lebih besar keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab yang dibebankan kepada seseorang.

Walaupun suami dibebankan dengan tanggungjawab, isteri juga tidak terlepas daripada peranan yang perlu dijalankan dalam sesebuah keluarga. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, tidak seorang lelaki pun yang mengajak isterinya ke katilnya (untuk disetubuhi) lalu isteri itu enggan kecuali malaikat yang di langit marah kepadanya hinggalah suami tersebut reda kepada isteri itu.” - Riwayat Muslim

  
Alangkah indahnya hubungan antara suami isteri yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas, berteraskan kepada akhlak yang digariskan oleh Rasulullah. Islam menganjurkan perbuatan baik kepada isteri dan ahli keluarga sama ada dengan memberi layanan yang baik ataupun menggembirakan hati mereka dengan memenuhi hasrat mereka yang munasabah dan di dalam kemampuan suami.

Dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa hubungan suci suami isteri ini hendaklah berasaskan kepada piawaian hukum syarak bagi mengemudi bahtera rumahtangga agar apabila dilanda badai dan ombak bahtera rumahtangga ini tetap utuh. Itulah sebabnya perbandingan yang sering dibuat kepada pembinaan rumahtangga sebagai pembinaan sebuah masjid.

Meruntuhkan rumahtangga samalah seperti meruntuhkan sebuah masjid. Meruntuhkan sebuah masjid mempunyai implikasi besar kepada umat Islam kerana sebuah masjid yang makmur menggambarkan umat Islam yang bersatu dan berteraskan kepada syariah Islam.

Kesimpulannya, seorang suami hendaklah menghargai apa yang dilakukan oleh isterinya di dalam membentuk rumahtangga bahagia. Suami perlu mengutamakan kebajikan keluarga berbanding dengan orang lain. Suami juga bertanggungjawab mendidik isteri dengan cara yang dianjurkan oleh agama. Isteri pula harus akur bahawa suami adalah ketua keluarga dan wajib mematuhi arahan suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.


Semangat dan falsafah hadis di atas sebenarnya telah diolah kembali dan digubal di dalam Undang-Undang Keluarga Islam dan juga Undang-Undang Jenayah Syariah. Undang-undang tersebut memperuntukkan tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh suami isteri. Ia juga menggariskan kesalahan-kesalahan yang boleh di hukum seperti mencuaikan isteri, nusyuz, ingkar perintah mahkamah dan lain-lain. Namun undang-undang dan mahkamah hendaklah dijadikan jalan terakhir penyelesaian kemelut rumahtangga. Didikan dan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab adalah lebih utama berbanding aspek hukuman.

Oleh DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 09 September 2015

Thursday 20 August 2015

Fasa Berjalan

Bismillahirrahmanirrahim...

Anak kesayangan rajin berlatih jalan di rumah pengasuh a.k.a Kak Ju namanya...
Hari ini Kak Ju bagi video Danish berjalan sambil bawa beg baju dia...
Sampai di meja, dia cuba nak letak beg atas meja pulak...
Adoyaii anak rajinnya awak ni.. 

Umur 1 tahun 2 bulan baru Danish berjalan tatih sikit sikit..
Jatuh duduk sampai tersembam benjol pun ada..
Lepas puas nangis, dia sambung berjalan semula... 
Teruskan sayang mama..
Lepas ni berlari pulak tau... Mmuaahhss...

-20 Ogos 2015- 
Danish ambik beg nak pergi sekolah ye sayang

-20 Ogos 2015- 
Danish tarik beg sampai depan TV

-13 Ogos 2015 - 
Ni video pertama Kak Ju bagi masa Danish dah mula berjalan


-13 Ogos 2015-
Muka puas hati dapat berjalan 
(^___^)


Sukanya dia dapat jalan...
Mama perasan anak mama suka sangat berkawan...
Alhamdulillah akak-akak dan abang-abang pon baik dan suka berkawan dengan buah hati mama ni.. =)


Wednesday 12 August 2015

K.A.W.A.N vs S.A.H.A.B.A.T

Bismillahirrahmanirrahim....



Aku ada kawan, ramai kawan...
Dan sebenarnya aku tidak memilih kawan...
Tapi tak semua kawan boleh menjadi sahabat..
Sebab ada juga yang berkawan untuk mengambil kesempatan...
Aku tahu pasti ada yang pernah melalui pengalaman dikhianati kawan...
Begitu juga aku, pengalaman ini betul betul mengajar aku berhati hati dalam berkawan...

Aku bersyukur sebab sahabat aku tidak pernah mengecewakan aku...
Mereka ada bila aku susah, sedih dan kesempitan...
Pada aku mereka layak bergelar sahabat sebab rahsia aku disimpan baik..
Benar, sahabat yang baik tidak akan sesekali mengajak sahabatnya ke jalan yang buruk..
Sahabat yang baik akan sentiasa memaafkan walaupun kau pernah tersilap langkah...




Alhamdulillah...
Sahabat aku terima aku seadanya...
Kebaikan aku, keburukan aku, 'kengada ngadaan' aku...
Bila bergaduh, kami berbaik semula dan kami akan tetap bersahabat sampai bila bila....

Sahabat, maafkan aku kalau aku tidak seperti dahulu...
Maafkan aku kalau masa aku buatmu terhad..
Jaga diri baik baik wahai sahabat...
Sahabat, sungguh aku sangat rindu padamu..

Thursday 6 August 2015

~Belaian Jiwa~


~BELAIAN JIWA~
 ~ INNUENDO~

Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia

Oh belaian jiwa


Bila Kematian Dapat Dihidu

Bismillahirrahmanirrahiim....

Kematian pasti menghampiri siapa jua...
Kita semua akan mati...
Masa tu semua harta, duit dan orang yang kita sayang terpisah dari kita..
Melainkan 3 perkara...
Pertama sedekah jariah; kedua ilmu yang bermanfaat; dan ketiga doa anak yang soleh...



Ada orang yang menghidap penyakit serius seperti barah, selalunya akan tahu bila dia akan mati..
Awal-awal lagi dia akan buat wasiat ke mana harta dia akan wariskan...
Sudah tentu kepada yang tersayang...
Dan dia akan banyak melakukan amal soleh dan sedekah jariah...
Memang sedih bila kita dapat tahu kita tidak lama di dunia ni..
Sebab selalunya doktor akan bagitahu 6-12 bulan tempoh hidup...
Tapiiiii... Kita kena ingat kematian tu rahsia Allah...
Mungkin orang yang menghidap barah tu akan mati tetapi tidak mustahil kalau dia meninggal disebabkan kemalangan dan bukannya barah...

Sangat takut bila cerita bab kematian...
Terutamanya bila berkaitan dengan orang yang kita sayang...
Sedih dan teringat sehingga bertahun-tahun, tersemat dalam hati..
Bila bersama dengan orang yang kita sayang, pengalaman ini mengajar kita...
Dia akan pergi, aku pun akan pergi....
Saat itu, sejuta kekuatan cuba mempasakkan kaki di bumi supaya tidak tumbang...
Hanya Allah Maha Mengetahui bila dan di mana kita akan berakhir di bumi ini...                                            

                                                       

Thursday 23 July 2015

Emak Garang

Aku mengaku emak aku seorang yang garang... Ayah garang tapi sebab aku anak perempuan kesayangan, ayah kurang garang dengan aku....

Aku bersyukur emak dan ayah aku garang.. Sebab alhamdulillah aku menjadi orang walaupun orang biasa-biasa sahaja.. Bayangkan kalau emak ayah tak garang, mesti aku ingat semua yang aku buat betul... 

Garang emak memang membuatkan aku menangis duduk dalam bilik teresak esak sampai makan pun aku tak ada selera.. Kadang-kadang sampai satu tahap aku rasa aku ni anak angkat sebab tak tahan kena marah selalu, cubitan di badan, hanger singgah di kaki dan telinga kena piat... Tapi garang-garang emak, aku masih sayang dan hormat pada emak.. Garang- garang emak, aku cukup makan, cukup pakai, bila aku demam emak tak tidur malam jaga aku...Sebab tu aku sayang dan rindu sangat pada mak aku.. Buktinya, bila aku sekolah asrama tiap malam aku akan call emak tanpa 'miss' sampai aku habis sekolah guna public phone (duit syiling sudah tentu banyak habis) dan bila aku belajar di universiti aku kurang sikit call emak sebab kawan-kawan selalu panggil aku anak emak @ anak manja dan alasan ada boyfriend itu memang bohong..

Aku bukan anak manja tapi mungkin ada sesuatu yang aku kekurangan dalam diri aku menyebabkan kalau aku jumpa makcik-makcik, atau akak-akak yang matang, aku akan menjadi manja ibaratkan mereka ni seperti emak aku.. Sudahnya, ramai nak angkat aku jadi anak angkat, adik angkat.. Terus terang, aku memang tak suka  angkat-angkat ni.. Pada aku hubungan tetap terjalin dengan baik tanpa perlu diangkat.. Tapi macammana baik aku dengan mereka, emak aku tetap nombor satu dalam hati aku... Kalau harta aku melimpah, emaklah yang aku akan bagi tanpa berkira.. Cuma yang melimpah sekarang ni kasih sayang dan doa tanpa henti buat emak dan ayah aku...

Sekarang ni aku dah ada anak... Sudah tentu aku takut kalau aku terlebih garang atau terlebih manjakan dia.. Cuma aku taknak jadi emak yang takut dengan anak-anak dan anak-anak takut dengan emaknya... Biarlah bersederhana... 

Nanti aku sambung lagi sebab banyak keja kena buat....

************************************************************************

Monday 6 July 2015

Tips Belajar dan Berjaya di Universiti

Assalammualaikum semua...


Hari ini banyak masa pula saya nak rewind zaman belajar di Universiti...
Tiba-tiba saya rindukan kenangan bersama kawan-kawan...

Seseorang yang mahu berjaya di Universiti perlu menjadi proaktif, rajin dan sentiasa bersemangat..
Maksudnya di sini, kalau esok pagi subjek Kimia, malam sebelum dia dah ulangkaji subjek Kimia tu..
Mana yang kurang faham, dia boleh direct tanya kepada pensyarah...
Tidak perlu tunggu esok lusa, atau kelas seterusnya...

Lagi satu pelajar kena rajin...
Rajin pergi kelas, rajin bertanya dan rajin berkongsi ilmu dengan kawan..
Jangan kedekut ilmu..
Rahsia sebenar dalam pembelajaran, makin kita kongsi ilmu kita, makin kuat dan faham kita terhadap ilmu tu..
Rajin ulangkaji supaya mudah ingat dan tidak mengambil masa yang lama untuk faham bila tiba musim peperiksaan...
Rajin buat nota untuk memudahkan ulangkaji..
Dan paling penting, rajinlah berdoa kepada Allah..


Seperkara lagi, seorang pelajar yang bercita cita mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Universiti wajib sentiasa bersemangat setiap hari..
Kalau tak gemar subjek yang diambil contoh Fizik disebabkan susah dan kurang faham, jangan putus asa..
Selalu bertanya kepada pensayarah dan kawan yang memang pandai dalam subjek tersebut...
Dan kalau boleh elakkan dari mengikut kawan yang tidak bersemangat..
Paling penting fokus untuk belajar...
Bukan fokus mencari kekasih hati dan perkara yang melalaikan..

Saya mengaku saya bukanlah seorang yang bijak, dan tidaklah terlalu rajin...
Berdasarkan kesilapan saya ketika belajar Diploma, saya pastikan ianya tidak berlaku ketika saya menyambung Ijazah Sarjana Muda...
Saya pastikan setiap kali kelas, saya mesti fokus , tidak bermain dan tidak berbual atau bercakap dengan kawan...Bercakap bila perlu..
Kemudian, saya akan buat nota selepas kelas.. 
Assignment yang diberikan pensayarah, saya pastikan siap dalam tempoh tiga hari sebab saya tahu akan ada assignment dari subjek lain yang menunggu untuk disiapkan...
Saya juga rajin bertanya dan buat kuiz sesama rakan saya untuk menguatkan lagi kefahaman saya...

Bila ada test bagi subjek yang saya rasa susah, saya akan ke library untuk buat ulangkaji suapaya lebih fokus..
Begitu juga setiap kali peperiksaan...
Library adalah bilik belajar saya..
Dan saya akan cari meja individu untuk mengulangkaji..
Bagi subjek yang susah dan memerlukan pengiraan, saya akan mencari kawan yang boleh membantu saya..

Okey, itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan..
Harap boleh membantu adik-adik yang bersemangat menuntut ilmu...



Friday 3 July 2015

Larangan melihat aurat sesama jantina

~HADIS SOHIH~

Lelaki janganlah melihat aurat lelaki, dan wanita janganlah melihat aurat wanita. Lelaki jangan bersekedudukaan dengan lelaki dalam satu pakaian, dan wanita jangan bersekedudukan dengan wanita dalam satu pakaian. “  ( Hadith Riwayat Muslim )

Tuesday 30 June 2015

Ramadhan ke 12

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam, hari Isnin 29 hb Jun 2015..
Ramadhan yang ke 12...
Alhamdulillah, genap perkahwinan aku dan suami untuk tahun yang ke 2..
Dan bulan ini jugak permata hati kami, Danish sudah berusia setahun..
Alhamdulillah, syukur ya Allah...

Usia 2 tahun sebenarnya usia yang sangat muda..
Kami masih merangkak menuju jalan yang masih panjang...
Mohon doa semua supaya pernikahan kami ni kekal hingga ke Syurga...
Amin..

Monday 11 May 2015

3M dalam PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum....


Apa itu 3M?
1- Membaca
2- Mengira
3- Menulis

Kerajaan Malaysia mensasarkan setiap warganegara Malaysia berupaya mengaplikasikan 3M ini dalam kehidupan mereka...

Harapnya muda mudi sekarang ini berupaya membaca tulisan jawi juga..

SELAMAT HARI GURU... 😄😘💗👍
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads