Thursday 26 January 2012

~UjiAn ALLAH~

Alhamdulillah, malam ni rasa tenang... After telefon kawan2 sekelas, berbual dengan diorang... Terasa mereka berada di depan mata... Baru saya tahu saya rindukan kawan2 saya... Walaupun tak lama, tapi kepuasan tu hanya Allah sahaja yang tahu... Thank you Allah...

Dalam hidup setiap insan, ujian pasti akan ada... Ujian ini akan berhenti setelah kita menghembuskan nafas yang terakhir.. Tiada lagi tangisan, kesakitan kerana ujian tetapi hanyalah kesakitan sakaratul maut... Banyak jenis ujian yang dilalui setiap insan... Ada yang diiuji dengan kehilangan orang yang dikasihi, dikhianati oleh orang yang mereka sayangi atau percayai, diuji dengan penyakit yang kronik, diuji dengan pasangan yang panas baran, suka memukul, diuji dengan kesunyian kerana belum bertemu jodoh, diuji dengan ketidakhadiran anak setelah lama berkahwin... Dan macam-macam lagi... Sekarang ni bila baca suratkhabar, ada sahaja berita yang menyayat hati...

Ya Allah, tatkala insan lain diuji dengan ujian yang sangat berat, terutamanya apabila kehilangan orang yang disayangi untuk selamanya, hambaMu ini sepatutnya bersyukur... Apalah sangat dengan ujian yang Kau berikan kepada diriku ini jika dibandingkan dengan mereka yang kehilangan orang yang dikasihi selamanya.. Ya Allah, hambaMu ini memang lemah... Berilah daku kekuatan dan kejayaan dalam menghadapi segala dugaanMu...  Jangan biarkan aku tersesat... Amiinn..

Sekiranya di dunia ini ada mahkahmah rayuan untuk mengurangkan hukuman, bila di 'sana' nanti tiada lagi mahkahmah rayuan.. Kerana segala yang kita lakukan walaupun sebesar zarah,pasti akan dihisab... Banyaknya dosa yang dilakukan... Tapi kenapa diriku ini masih melakukannya... Masih menafikan tanggungjawabku kepadaMU... Astaghfirullah... Ujian yang ku hadapi ini adalah tarbiyah untuk diriku.. Ya Allah, bantulah diriku agar sentiasa redha dengan ketentuanMU... Amin...

Andai dirimu diuji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT..... Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu... Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.... Sedang dirimu diuji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan.... Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan... Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu.... Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.....

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk... Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya... Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah... Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang.... Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku.... Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah...."

  • Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)


Tuesday 24 January 2012

~WaRdiNa SaFiyyAH~




At first, saya lihat kak wardina di kaca tv, berlakon dalam spanar jaya.. Cantik orangnya... Tapi saya hanya mengenalinya sebagai pelakon.. Itu sahaja... Kemudian, dia berhijrah memakai tudung dan berkahwin.. Perubahan dia benar2 membuka mata saya.. Dia bijak dan tidak kedekut berkongsi ilmu.. I admire her a lot.. She's my inspiration....  Ini adalah  kata-kata yang saya petik daripada kak Wardina;

"Kecantikan wanita itu terletak pada ilmunya, pada hatinya...
Dan bukan pada make-up yang diletak pada wajahnya... "


Saya ingin berkongsi dengan anda semua video penghijrahan kak wardina... Jangan lupa tonton video ini.. Semoga memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua.. Kak wardina sangat bertuah kerana dia menjadi insan yang terpilih menerima hidayah Allah.. Alhamdulillah... Saya berharap video ini dapat memberikan sejuta inspirasi kepada kita semua untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.. Dan semoga kita dapat membimbing kawan-kawan kita yang lain yang masih mencari-cari jalan yang benar... Jangan menjauhkan diri daripada mereka.. Dekati mereka... They need your help.. Semoga kita semua diredhai Allah selalu... Amiinn... (^_^)





—————-Girls———
———–are like apples——
——-on trees…. The best ones—–
—–are at the top of the tree.—–
—The boys don’t want to reach—
–for the good ones because they–
-r afraid of falling and getting hurt.-
-Instead, they get the rotten apples-
from the ground that aren’t as good,
but easy. So the apples up top think
something wrong with them when in
-reality they’re amazing. They just–
—have to wait for the right man to
—- come along, the one who’s-
———– brave enough to—–
—————climb all—————
—————the way—————
————–to the top—-———
————–of the tree ———








..READ..

  • Some Hearts Understand Each Other... EVEN In SILENCE.... 

  • ALLAH opens millions of flowers without forcing the buds....  Reminding us not to force anything for thing happen perfectly in time.....
  • A Pretty Face Has No Value if There's No Goodness In The Heart..!
  • When a person dies his deeds are cut off except for three: Ongoing Charity , Knowledge that continues to benefit, and a Righteous child that supplicates for him. (Muslim)
  • “Do not marry only for a person's looks, for their beauty might become a cause of moral decline. Do not marry for the sake of wealth, as this may become a source of sin. Marry rather on the grounds of religious devotion.” (Tirmizi)
  • Man wants a Perfect Woman... And Woman wants a Perfect Man... Instead no one is perfect...  But they both don't know that ALLAH Created them to Complete Each other...
  • A woman only wants a man to prove to her that not all men are the same... 
  • The happiest people don't have the best of everything...  They just make the best of everything. Love generously, Care deeply, Speak kindly, and  Leave the rest to ALLAH SWT.... 
  • Allah listens and already knows what is in your heart, but He wants you to ask Him for what you want....
  • When you marry a man, love him...♥  After you marry him, study him... 

    If he is honest, humour him...
    If he is generous, appreciate him...
    When he is sad, cheer him....
    When he is quarrelsome, ignore him...
    If he is slothful, spurn him...
    If he is noble, praise him...
    If he is confidential, encourage him...
    If he is secretive, trust him...
    If he is jealous, cure him...
    If he favours society, accompany him...
    When he deserves it, kiss him...
    Let him think how well you understand him...
    But never let him know that you manage him...

    PS: We  love our husband for the sake of Allah SWT...
    Our beloved sallalahu alaihi wa sallam said: "When a husband and wife look at each other with LOVE, ALLAH will look at them both with mercy"[Bukhari]



Monday 23 January 2012

~PeNyEri KeLuaRGA~

Bismillahirrahmanirrahim...


Tanggal 3 November 2008, budak kecik yang pertama dalam keluarga kami tentulah Muhammad Irfan Hakeem bin Ahmad Fauzy... Atau nama manja kami panggil akim... Dia yang pertama dalam hati setiap ahli keluarga... Sebab tu setiap kali cuti, atok ngan nenek mesti ke cheras untuk melihat akim... Walaupun jauh dan tak biasa dengan KL, sanggup meredah jugak... Dapat tido satu malam pun dah kira ok... Setiap masa yang berlalu pasti ada gambar yang terbaru akim... Akim bijak.. Pernah ayah tanya dia, "What is your name?" If budak kecik berumur 2 tahun, pasti dia akan jawab nama dia.. Tapi akim tak jawab macam tu... Dia menjawab dgn menterjemah soalan ayah kepada Bahasa Melayu, "Apa nama awak?"... Heee... Berdekah kami ketawa mendengar jawapan akim... 3 tahun masa berlalu, dan akim semakin petah bercakap... Walaupun penat melayan, tapi kami tak pernah jemu dengan gelagat dia... Rindu kat akim... 


Sekarang ni akim dah ada sepupu... Puteri yang sangat cantik... Fatimah Az-Zahra binti Ahmad Fauzuddin...  Dilahirkan pada 20 Januari 2012... Tengok tu gambar budak kecik ni.. Baru 3 hari, dah pandai tengok kamera... Pandai pulak dia senyum... Alhamdulillah... Seronok sangat sebab bertambah bilangan puteri dalam keluarga kami.... Pasni tak tahulah berapa kerap dapat jumpa baby girl ni sebab Kuala Selangor tu jauh... Harapkan gambar daripada ayah baby jelah ya... Yang pasti auntie mimie rindu nak dengar suara baby... Huuu... 



p/s: Semoga kalian berdua menjadi anak yang soleh dan solehah... Amiinnn... (^_^)

Saturday 21 January 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, saya dah jumpa handphone saya semula..  Syukur sangat2 sim card boleh digunakan lagi... Cuma handphone je yang tak boleh guna... Sebab skrin rosak... Kena lenyek dgn tayar keta kot.. Agaknyalah... Nak betulkan, tak mampu lagi... So kena tunggu ekonomi stabil baru dapat betulkan... Sebarang mesej atau telefon drpd ari jumaat sehingga sabtu tengah hari tak dapat dikesan... Sori ya kawan2... Huuu... Tapi skang boleh contact as usual... Saya dah beli handphone baru... =)

Alhamdulillah, semalam bertambah seorang girl dalam family saya... Bertambah bilangan anak sedara,... Total dua orang.. Ceh, baru dua orang dah kecoh kan.. Emm, mestilah kecoh sebab seronok.. Dapat cium baby yang tomeii...... Welcome to the world, Fatimah Az-Zahra binti Ahmad Fauzuddin.... Semoga menjadi anak yang solehah seperti puteri Nabi Muhammad S.A.W... Amiinnn... Tak sabar nak jumpa baby gegirl sorang ni.. Thank you Allah... (^_^)





HanDPhOne TerCiCir a.k.a HiLaNG

Arini betul-betul takde mood nak keja... Serius... Sedih sangat... Huuu....  Handphone tercicir a.k.a hilang... Sedihnya... Bila try telefon , dapat.. Tapi takde orang angkat.... Skarang ni betul2 hopeless... Hp tu takdelah canggih mana.. Tapi sense of sentimental tu tersangatlah tinggi... Ayah belikan hp tu masa kitorang kat penang... Balik bercuti daripada langkawi, singgah penang.. Semua function ada kot.. 3G, bluetooth, mp3.. Camera pun cantik... Warrghhh, sedih..... =(

Ya Allah, kenapa saya cuai sangat2??? Huuu... Saya ralat sebab suma phone number sedara mara, kawan2, lecturer pun hilang... Dah tu, skang tengah mohon keja.. Takpe mimie, rileks.. Kan boleh beli nombor yang sama.. Tapi nombor tu UOX... Pakej universiti... Sangat murah... Especially bile telefon... Saya ni memang malas nak mesej orang... Maksudnya bukan jenis pemesej... Orang tertentu je yang boleh dapat perhatian saya dgn mesej ni... Kawan2 saya pun paham.. Kalau penting sangat nak bagitahu something kat mimie, better call.... 

Takpelah, nak wat macam mana... Kebetulan skarang cuti Tahun Baru Cina.. Hari rabu nanti baru dapat beli simcard baru untuk nombor yang sama.... Celcom centre cuti, tapi mimie tak cuti... Huuu... Ya Allah, bantulah  hambamu ini.... Ketemukan dia dengan handphonenya... Amiiinn...


Wednesday 18 January 2012

...JanGaN tErLalu MenDeSaK...

Assalammualaikum semua..

Arini baru berkesempatan menulis blog... Too many things to do... Semuanya kena siap cepat.. Plus problem yang bukan dari saya pun kena settlekan.. Sekarang ni pulak dah mula mencari quotation untuk thermohygrometer, siapkan report untuk ISO, dan weekly report...  Okeh, be positive Mimie.. Senang je tu semua.. Huhuuuuu.... Bila banyak keja macam ni, bos akan mendesak pekerja untuk settlekan keja... Dan sudah pasti pekerja tu a.k.a diri saya sendiri akan mendesak diri saya untuk buat semua kerja dalam satu masa tanpa ada perancangan yang bijak... Baru saya tahu bagaimana perasaan seseorang yang didesak untuk melakukan sesuatu perkara yang sememangnya tough a.k.a memerlukan masa dan ruang in order to accomplish it... Very sad, angry and sometime membuatkan kita tidak ikhlas... 


Kadang2 bila pikir balik, tanpa saya sedar... Saya sebenarnya telah mendesak diri saya sendiri, dan kadang2 orang lain pun terlibat sama untuk memenuhi tuntutan kehidupan saya... Tak kisahlah berkenaan kerjaya ke, perhubungan ke atau kehidupan seharian sendiri... Saya sangat selfish... Mementingkan diri sendiri.... Oopps, bukan pentingkan diri sendiri... Tak tahu apa yang saya pentingkan sangat sampai saya lupa yang diri saya pun perlukan ruang... Even orang lain pun sama... Juga memerlukan masa dan ruang dalam kehidupan... Kita tak boleh mendesak orang untuk ikut apa yang kita mahu....  Not kita, saya... Yup, you MIMIE... I'm really sorry if I push too hard... Really sorry to myself too...


Jadi kesimpulannya di sini saya akan cuba menjadi individu yang cuba untuk memahami kesusahan orang lain.. Walaupun mustahil tapi saya akan mencuba... Bila kita memahami kesusahan orang lain, secara tidak langsung, kita sebenarnya memahami kehidupan kita sendiri.. Sebab kita bukan hidup bersendirian.. Ingat tu Mimie... Pesanan ini dibawakan oleh MiMie untuk dirinya sendiri... Tapi if nak ambik untuk diri you all sendiri, pun boleh jugak... Okeh, nak sambung buat keja.. Nasihat saya, stay safe... If demam, berehat ya...... Kerja penting jugak, tapi kesihatan lebih utama... Jaga diri, jaga kesihatan.... Tatatititutu...(^_^)


May Allah bless us... Amiinnn.. 





Sunday 15 January 2012

What is CREATIVITY and INNOVATION?

What is CREATIVITY? What is INNOVATION? How do you define an IDEA?

Often the terms 'creativity' and 'innovation' are used interchangeably. Rightly or wrongly, the two words are treated by many as synonyms. But do they espouse the same concepts? Is there a difference between the two? What about 'ideas', which is often used in connection to creativity and innovation? A proper understanding of these three terms is crucial before we attempt to embrace and practice innovation.



IDEAS COME FROM A NEW WAY OF THINKING, A NEW WAY OF DOING THINGS


Click to Enlarge >>>> Quotes - Phil Knight 'Without a revolution in thinking, nothing of magnitude is ever achieved'


It all begins with an idea. An idea is the starting point of creativity and innovation. Without ideas there can never be anything creative or innovative. Just like without cells there can be no living things. Ideas are the building blocks of creativity and innovation. An idea is like a seed waiting to be planted, waiting to grow and mature into something beautiful. An idea has to be new and fresh. An old idea is like a dead seed, lifeless and unproductive.




CREATIVITY IS THE PROCESS OF GATHERING AND GENERATING NEW IDEAS.


Creativity may be defined as ‘idea generation’. Being creative is to be able to generate or to come up with ideas. Or even to gather ideas. The new idea can be simple or it can be complex. When a child thinks of an idea, even if it is a naughty one, he is being creative. Similarly, when a scientist seizes on an idea, he is exercising creativity. Creativity is hence a process, or a thinking process to be exact. Creativity comes from the word ‘create’. What is ‘created’ or ‘generated’ is the idea.


INNOVATION IS CREATIVITY IMPLEMENTED.

Innovation, on the other hand, can be described as ‘creativity implemented’. Innovation is putting the idea into practice. While creativity is a thinking process, innovation is a productive process. Innovation adds value to the idea, which otherwise remains as a mere idea. If the idea is likened to a seed, then innovation is the plant that results from planting and nurturing the seed.



~YAYASAN INOVASI MALAYSIA~

Saturday 14 January 2012

....Tutti FruTTi di BaTu PaHaT....


My only sister... Adik perempuan saya yang saya panggil 'adik'... Berbeza kami berdua.. Dia kecik, dan saya 'comel'.. Hiii... Okeylah, i admit.. Saya ni besau... Never mind... Berbeza rupa, fizikal, dan perangai... Kami selalu berselisih pendapat, kadang2 gaduh macam budak kecik... Tapi kami still boleh share story dengan each other ... Sebab tu bila pergi mana2, saya prefer bawak dia daripada adik lelaki saya.. Sambil shopping, sambil bercerita... Pastu boleh bagi pendapat tentang barang yang dibeli..  Budak lelaki, biasalah.. Cepat bosan especially bila time shopping.. Yalah, bukan jiwa diorang.. Tapi masa ajak makan, suka pulak kan... Mestilah suka, dah seharian tak makan... Asyik dok ikut kakak dia shopping je... Cian dia... Huhu.. Rindunya kat my little brother... Hmm...


After balik kerja, my sister ni ajak kakak dia pergi singgah Tutti Frutti... Lupa nak kabo kat orang Batu Pahat.. Tutti Frutti dah dibuka, di Jalan Flora Utama, berhadapan dengan Sekolah Convent.. Kitorang dah penah makan sebelum ni... Kat KL... Pada saya biasa je, tapi adik yang sorang ni kempunan sangat nak makan lagi.... Entah apa yang sedap, tak tahulah.. Tapi memang sedap pun.. Hee... =D

Masuk kedai tu je, dah nampak ramai orang.. Pilihan saya tentulah original, chocolate dan vanila... Plus biskut oreo yang sudah dihancurkan... My sister yang memang suka masam, sudah tentu memilih perisa original.. Pastu plus yang bukan2 kat yogurt dia.. Bukan sedap pun.. Bila nak bayar kat kaunter, moment tu yang paling saya suka.. That girl tanya saya, "Student eh? If student, boleh dapat diskaun tapi kena tunjuk kad.." Gulpp... A'ah, student master... I wish... Adik saya pun tak bawak kad student, jadi tak dapatlah diskaun... After this, student please bring your card to get discount...Okeh orang Batu Pahat... Selamat menjamu selera di Tutti FruTTi... (^_^)





~CuKuPLaH DaLaM DiAM~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup kita ini, ada sesuatu yang kita tak dapat luahkan melainkan hanya kepada Allah.. Sebab hanya Allah sahaja yang dapat membantu kita... Dia Yang Maha Mengetahui apa ada dalam hati kita sebenarnya... Sesuatu yang kita sendiri tidak pasti akan kebenarannya pada masa hadapan, lebih baik kita luahkan pada Allah.. Mengharapkan petunjuk daripadaNYA... Saya sendiri tidak tahu apakah rencana yang Allah sediakan untuk saya... Cukuplah dalam diam....... Mengharapkan yang terbaik daripada Allah yang Maha Mengasihani... Hanya kepada Allah saya letakkan harapan saya... Love you ALLAH soo much... Allah, please show me the way....... Amiinn...

"Jangan letak harapan kepada manusia kerana kamu mungkin akan terluka... Letakkan harapan kepada Allah kerana Dia tidak akan sesekali menghampakanmu...."

...Subhanallah... 

Thursday 12 January 2012

...CINTA HinGGa ke SYURGA....

"Pernikahan adalah permulaan cinta"



Saya sokong sangat dengan 'statement' ni.. Pada saya, sekiranya kamu sayang, kasih dan cinta pada seseorang itu, ajaklah dia ke syurga... Bukan ke neraka..  Bila bersamanya, kamu merasakan ketenangan.. Dan bila berjauhan, kamu berasa gundah, rindu dan takut akan kehilangannya.. Sekiranya ini yang berlaku,kenapa kamu tidak mengajaknya bernikah... Bukankah pernikahan itu jalan yang terbaik untuk merawat hati kamu yang gundah itu...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang befikir. ..” (QS. Ar Ruum:21)

Cinta itu adalah fitrah, perasaan kasih dan sayang yang Allah titipkan dalam hati setiap manusia... Cinta mencintai, melengkapi hidup masing2 adalah kehendak lahiriah setiap manusia.. Perasaan ini tiada salahnya.. Tapi sejauh manakah manusia memahami erti cinta yang sebenar.. Cinta yang diredhaiNYA... Caranya adalah jumpalah walinya dan menikah.. Kerana itulah satu satunya jalan yang Allah redha... Betul tu.. Kita sebagai manusia hanya merancang, hakikatnya Allah jualah yang menentukan....

Cinta? Kasih? Bawalah dia ke syurga... Jaga hati, jaga pandangan, jagalah dari perkara yang ALLAH larang..
Memang benar perkahwinan adalah tanggungjawab yang sangat besar dan bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab tersebut.. Tetapi perkahwinan jua yang membawa kepada kebahagiaan hidup dan melengkapi jiwa setiap insan bagi setiap individu yang mengetahui keindahannya...

Saya teringat bila setiap kali mendengar ceramah ustaz dan ustazah, sama ada di youtube, di televisyen, dan juga secara live di hadapan saya... Seringkali mereka menceritakan betapa mudah dan banyaknya pahala yang diperoleh setelah berkahwin.. Apabila suami dan isteri bersalaman, gugurlah dosa2 di celah tapak tangan mereka... Apabila isteri memasak untuk suami, membasuh pakaian suami, mengurut suami, bahkan senyum kepada suami pun sudah mendapat pahala dan mendapat redha ALLAH dengan banyaknya... Subhanallah.... Sebab itu cinta sebelum perkahwinan dilarang kerana cinta itu hanyalah sia-sia.. Dan syaitan akan kecewa sangat apabila berlakunya pernikahan..

Bagi adik-adik yang masih belajar, kejarlah cita-cita dahulu.. InsyaALLAH anda akan jumpa cinta yang anda cari.. Sekiranya hatimu telah terpaut pada seseorang, cintailah dia dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan, dengan keikhlasan.. Cukuplah cintai dia dalam diam... Memupuk cinta itu hanya akan menambah penderitaan.. Menumbuhkan harapan dan akan membangkit kebahagiaan para syaitan.. Mungkin dia bukan untukmu.. Yakinlah, tulang rusuk takkan bertukar pemiliknya... Curahkan isi hati anda kepada Allah setiap kali solat... Dia Maha Mendengar... Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah, maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.." (Umar Bin Khattab ra)

Sementara itu, peliharalah diri untuk suamimu.. Hanya dia sahaja yang layak ke atas kamu.. Kerana mahar cinta suami kamu sangatlah mahal dari segala pelusuk isi dunia ini... Persiapkan diri dengan ilmu agar sama-sama dapat bersama suami mengemudi keindahan alam rumahtangga... Dan jangan lupa mencari cinta Allah kerana itu perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.. 

Kepada lelaki yang ingin menikah, memang benar tanggungjawabmu sangat berat dan besar.. Oleh itu tingkatkan kefahaman dalam ilmu, dekatkan diri dengan Allah Taala, mencari cinta Allah serta lakukan persediaan rapi untuk pernikahan...

Tanggapan pernikahan jalan terakhir sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber'couple' dan menganggap pernikahan sebagai jalan akhir itu adalah salah... Kerana pernikahan itu satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar.. Pernikahan yang penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang.. Carilah cinta yang sebenar...!



Dear Husband♥

I will cook... I will clean... I will shop... I will be the best wife, ever, InsyaAllah..
I will dress up for you... I will maintain my appearance for you... I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah..
I will have children with you & I will raise them to be the best they can be... I will be the best mother, InsyaAllah..
I will take care our marriage humility and obey your orders if it's not against our religion, InsyaAllah..
All this - as long as you promise me one thing.. 

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah as Jannah already waiting for you... ♥
(^_^)






credit to : myibrah.com(rasa cinta)


Wednesday 11 January 2012

Penyakit TALASEMIA: apakah peranan anda???





Sekarang ni pihak kerajaan sedang berusaha memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai berkenaan dengan penyakit talasemia... Selalunya mereka yang menghidapi talasemia minor (pembawa gen talasemia) tidak mengetahui bahawa mereka adalah pembawa sehinggalah mereka mengalami simptom2 yang tertentu atau setelah bayi yang menghidapi talasemia major dilahirkan (sekiranya berkahwin dengan pembawa talasemia)... Bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, dan seeloknya sekiranya anda masih solo, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan..

Hmm, selalunya setiap kursus pra-perkahwinan yang dijalankan, bakal pengantin akan disuruh untuk melakukan ujian saringan ini, tapi rasanya macam dah terlambat if dua-dua adalah pembawa gen talasemia... Huuuu.... Oleh itu, saya nasihatkan supaya anda yang masih solo melakukan ujian darah...


Apakah penyakit TALASEMIA?
  • merupakan penyakit genetik sel darah merah 
  • pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi disebabkan oleh gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas..
  • hemoglobin adalah salah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita..



Bagaimana Talasemia merebak?

  • penyakit genetik di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa..
  • bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal..
  • satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia


Jenis-jenis Talasemia:

1) Talasemia Minor (pembawa gen Talasemia)
  • tidak menunjukkan sebarang masalah
  • boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya
2) Talasemia Major (pesakit Talasemia)
  • tanda2 dikesan sejak umur 3-18 bulan
  • badan akan akan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit (disebabkan pembengkakan hati dan limpa), tumbesaran terbantut


Rawatan bagi pesakit Talasemia:
  • transfusi darah sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan seumur hidup
  • Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  
  • Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. 


Langkah Pencegahan Talasemia:


  • Terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. 
  • Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. 
  • Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. 
  • Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal. 
CEGAH SEBELUM PARAH


Alhamdulillah.. This baby girl free from talasemia... (^_^)





KEHIDUPAN-Proses Pembelajaran Terbaik Dan Termahal

Bismillahirrahmanirrahim...


Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai jalan hidup mereka sendiri... Kesusahan, kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan, kedukaan, kesakitan dan sebagainya... Dan kita sebagai manusia tidak mengetahui sejauh mana dan selama mana proses kehidupan kita akan berlangsung dan berterusan... Sebab di penghujungnya kita semua akan bertemu yang Maha Esa... Dan kita juga tidak mengetahui bilakah waktu tersebut akan berlaku....

Bermula daripada bayi, manusia melalui proses pembelajaran... Belajar bagaimana untuk bergerak, menyusu dan sebagainya...Sebenarnya ini semua adalah proses pembelajaran yang tidak langsung.. Dan daripada situ  juga  bermulanya pembelajaran yang baru bagi seorang wanita yang bakal bergelar sorang ibu... Subhanallah...

Pembelajaran bukan bermula daripada sekolah semata mata, ataupun apabila anda mula mengenali A, B, C sampai Z... Pembelajaran sepanjang hidup dan permulaannya apabila anda dilahirkan ke bumi ini.. Begitu juga dengan diri saya... Setelah 25 tahun lebih saya mengenali dunia ini, banyak manis dan pahit yang saya lalui... Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umur saya untuk saya belajar lebih lagi mengenai kehidupan ini.... Terlalu banyak dugaan dan masalah yang dihadapi... Tapi inikan semua rencah kehidupan.. Guru saya pernah mengatakan mereka yang tidak mempunyai masalah dalam hidup adalah 'orang gila'.. Kerana fikiran mereka yang terbatas.. Walaubagaimanapun mereka masih ada perasaan... Jangan sesekali sakiti mereka atau merendahkan mereka kerana mereka adalah insan yang terpilih...Bagi manusia, kesusahan, masalah, dan dugaan penting dalam menjadikan mereka kuat serta mengharapkan satu kuasa yang Maha Besar untuk membantu mereka iaitu ALLAH yang Maha Esa...

Saya tidak malu mengakui bahawa diri saya masih banyak kekurangan, dan masih kurang pengalaman dalam kehidupan ini... Saya insan yang sangat lemah... Dan pada umur suku abad ni, saya baru belajar bagaimana untuk menjadi insan yang lebih berdikari, belajar menyimpan, dan juga merencana kehidupan untuk masa hadapan.. Memiliki harta adalah impian semua orang, tetapi bagaimana kita berusaha mendapatkan, memilik idan menghargai harta tersebut dan menjaganya, itu adalah caranya...  Tapi harta dunia bukanlah segalanya.. Walaupun begitu ia adalah keperluan untuk memudahkan hidup kita berdasarkan kemampuan kita... 

Apabila saya melihat diri saya masih lagi ke belakang dibandingkan dengan orang lain, saya melihat dari sudut positif... Masih ramai mereka yang sebaya saya atau yang lebih tua daripada saya masih mencari-cari kehidupan mereka sendiri.. Sebab itu saya katakan setiap orang mempunyai jalan cerita mereka sendiri.. Allah Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk hambaNYA... Kita sebagai manusia wajib berusaha dan bertawakkal padaNYA... 

Pengalaman saya mencari kerja benar-benar membuka mata saya... Isu mengatakan graduan memilih kerja rasanya tidak tepat... Tapi suka di sini saya ingatkan bahawa usaha tangga kejayaan... Bagi kawan2 yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kos yang diambil, teruskan usaha anda.. Teruskan usaha anda menghantar resume, memahami skop kerjaya yang bakal anda tempuhi dan teruskan berdoa kepada ALLAH.. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar... 

Proses pembelajaran akan sentiasa berlaku dalam hidup anda, sama ada anda sedar atau tidak.. Bersabar dan bersyukur dengan setiap yang berlaku... Hayatilah lagu ini ya.. Semoga berjumpa lagi.. InsyaALLAH..




♥...WORDS...♥



























Monday 9 January 2012

USTAZ KAZIM ELIAS

Ceramah oleh Ustaz Kazim Elias yang bertajuk 


"BILA KITA ADA AYAH DAN IBU"


Part 1


Part 2

  • DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” 
    (Riwayat Muslim)
  • Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya, dengan bersusah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.."    (Al-Ahqaf:15)
  • 3 jenis manusia yang tak masuk syurga:
  1. Anak-anak yang derhaka pada emak dan ayah
  2. Orang yang meminum arak
  3. Orang yang memutuskan silaturrahim

  • Pesanan untuk diri saya jua, berusaha menjadi anak yang baik kepada emak dan ayah.. Semoga kita semua terhindar daripada dosa derhaka kepada kedua ibu bapa dan dosa-dosa yang lain.. AMiinn...
p/s: Jangan lupa mendoakan emak dan ayah kita..... (^_^)




Saya Bukan CIKGU

Ya murid-murid.. Tajuk entry blog cikgu hari ini membincangkan berkenaan penafian bahawa 'cikgu' bukan seorang cikgu yang mengajar  di sekolah ataupun cikgu yang selalu membebel dgn anak muridnya.. huhu... Yup... Saya bukan seorang cikgu, walaupun saya pernah bercita cita menjadi cikgu.. Oopps, pernah ke.. Pernah kot bila stress dengan kerjaya sekarang.. Alhamdulillah, skarang tak lagi.. Sebab Allah kan ada... Biasalah, stress bekerja... Kat mana2 pun, atau apa2 situasi pun, biasanya akan ada stress a.k.a tekanan..  Tapi itu semua boleh diatasi... Sedangkan dalam subjek fizik pun ada formula penyelesaian utk kurangkan stress... We as human mesti ada penyelesaian kan... Tepuk dada, tanya iman.. ALLAH sentiasa ada utk kita luahkan segala masalah.. Mohon petunjuk dan diberi kekuatan.. Walaupun begitu, kita boleh je share masalah kita, apa yang kita rasa, atau apa saja rahsia dengan seseorang yang kita percayai... Of courselah... Kita kan manusia, need someone to talk... Tak sempurna.. Semua tu tak salah... Allah Maha Baik Hati, DIA paham kita ni manusia yang lemah....

Situasi pertama:
Membeli lauk tengah hari di Warung Pak Joned... Biasalah pergi dgn kawan2 satu ofis (ofis kilang)... Bila dah bungkus nasi dan lauk2 semua.. Pergi ke kaunter nak bayar... Pastu pakcik tu cakap "terima kasih cikgu"... Oppss, terkedu jap... Berbalas pandangan dgn kawan2...  Pastu, cakap dgn pakcik... "Saya bukan cikgu pakcik, saya keja kat kilang je..." "Oh, ya ke.. Ingatkan cikgu tadi...", jawab pakcik... Huuu.. 

Situasi kedua:
Sama jugak kat Warung Pak Joned.. Hari jumaat yang mulia.. Bungkus nasi dan lauk... Pakcik  yg sama tegur lagi... Tapi lupa pakcik tegur apa.. Tapi pakcik ada cakap aku ni cikgu... Huu.. Pastu tanya balik kat pakcik tu, "Kenapa pakcik cakap saya cikgu?" "Tu, yang ramai2 tu.. Cikgu semuanya.. Awak macam diorang...", lebih kurang yg aku ingat kata2 pakcik tu.. Huuu... Pakcik ni lupa agaknya dia penah tegur aku.. Aku senyum je, malas nak explain.. Cakap terima kasih kat pakcik, terus balik... Pakcik ni, saya sensitif tau bab cikgu ni.. Tahulah saya ni penah bercita cita nak mintak cikgu.. huu..

Situasi ketiga:
Lepas hantar adik bongsu gi bus stand, aku singgah gerai tepi jalan nak beli sarapan.. Bukan malas masak sarapan tau, gas memasak takde, dah habis....  Ada tong gas yang penuh, tapi tak larat nak angkat... Lagipun masa dah suntuk nak hantar adik gi bus stand... Okey, singgah kat gerai.. Beli nasi lemak 5 bungkus, plus kuih karipap (my favourite), then bayar.... Sebelum tu, ada pakcik dtg, nak beli nasi lemak  dgn nasi ambeng.. Banyak dia beli... Sedara ramai kot yg datang.. Aku senyum jelah kat pakcik tu.. Senyum hormat... Nak tegur gak "banyak pakcik beli", tapi tak jadi... Sebab pada aku, suka hatilah pakcik tu nak beli bnyak ke sikit.. hihi...  Lepas bayar duit, then cakap kat makcik terima kasih... Tibe2 pakcik tu tegur aku... "Awak cikgu eh.."  Aku toleh kat pakcik tu,then aku senyum.. "Bukan pakcik, saya bukan cikgu..." Pakcik tu jawab.. "Ooo...Tengok gaya awak ni macam cikgu...." Aku tahan je gelak... Masuk kereta, serius gelak sakan... Gaya mana entah yang macam cikgu... If pakai baju kurung adalah kot.. Ni baju cam nak gi pasar je pakcik saya pakai.. Hehe.. Mesti pakcik tu cikgu jugak... Sebab muka dia, aku mcm kenal... Entah2, kwn ayah... Hihi.. Lupa nak tnya pakcik tu, pakcik ada anak bujang ke... Saya solo lagi.. Oppss, astaghfirullah.. Sempat lagi menggatai eh mimi... hee.. =p

p/s: Ada lagi situasi.... Tapi 'cikgu' berhenti sampai sini sahaja ya anak2 murid... Kesimpulannya di sini, dalam apa jua situasi yang dihadapi, jangan cepat melatah... Senyum, dan be positive... Bila bukan fakta, nafikan.. Jangan mengiyakan.. Tak baik menipu.. Sekian... (^_^)

Sunday 8 January 2012

~ViDEO PiLiHAN~

1)  Anak asset ke syurga atau ke neraka?



2) Bumi Dicintai Tunggu Hancur



3) Pesanan Buat Wanita Islam




~SHARING IS CARING~


  • Allah is my Ever Lasting Hope.... ♥

  • ‎Other Books were given for our Information.. The Qur'an was given for our Transformation...

  • Trust & Respect cannot be imposed.. It must be EARNED...

  • Use your heart to guide you, but use your brain to do it the halal way....  

  • ''Hijab'' Is Not Only The Duty Of Women... It's A Beauty Of Women...!!!

  • “You are what your heart knows you are, not what others say you are... Surely Allah looks at your heart and your deeds in private and in public... May Allah make who we are in private better than whom others perceive us to be....” Amiinn...

  • When you love somebody, the best thing to do is to do du'a for him....

    Ya Allah bless him for me and forgive him for what ever he has done...
    Ya Allah bring nur (light) in every thing he does and every where he goes Ya Rabb...
    Ya Allah make his life the best under your mercy Ya Rabb...
    Ya Allah let me meet him by your halal Ya Rabb...
    Ya Allah let us meet in Jannah al Firdous Ya Rabb...

    p/s: this is the only way you can show your love, in the way ALLAH will bless you..! 

  • Nothing is impossible when ALLAH Subhanallah WaTaala is with you... ♥

  • The best gifts come from the heart not from the wallet....

  • I live for Allah... I die for Allah... I complain to Allah & I cry to Allah... Because while the creation can comfort me, only Allah can heal me, guide me & save me...! La hawla wa la quwwata illa Billah....






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads