Sunday 18 March 2012

Kaedah Rawatan Penyakit dengan Air Sejuk


Rawatan Penyakit dengan Air, Air Sejuk dan Ais

“Ya Allah, cucilah diriku dari dosa-dosaku dengan air batu dan air embun…”
Ucapan Nabi dalam doa iftitah, riwayat sahih dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim 

Air, Air Sejuk dan Ais

Air adalah makhluk Allah SWT dan ianya sangat patuh kepada manusia yang taat kepada Penciptanya. Air merupakan medium rawatan yang amat berkesan. 

Molekul air sejuk adalah lebih stabil daripada molekul air suam atau panas dan oleh yang demikian air sejuk dapat menerima dan merakam isyarat gelombang niat dengan lebih cekap. 

Air bersifat menyucikan dan meneutralkan gelombang dan memori yang tidak baik. Air yang terbaik adalah daripada sumber gunung, mata air, sungai yang mengalir deras dan embun. 

Air hujan malam Jumaat dan air daripada kolam masjid juga baik untuk digunakan dalam rawatan.

Air sejuk mengandungi unsur membekukan, menguatkan tubuh dan membersihkan kotoran, dan sifat ini tidak terdapat dalam air panas. 

Kotoran terbahagi kepada dua iaitu daki dan kesat (melemahkan) , dan kesan dua pengaruh itu diatasi dengan zat yang dapat membersihkan, menguatkan dan mengebalkan jantung menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya. 

Mengambil wudhu’ dengan air yang panas adalah makruh dan hukum ini nyata memberi petunjuk yang jelas mengenai pengaruh suhu air terhadap tubuh.

Minum Air Sejuk

Air yang sejuk adalah lebih baik untuk diminum dan bukannya air suam seperti yang dipercayai dan diamalkan oleh ramai orang. 

Yang ditegah ialah air yang terlampau sejuk seperti ais. 

Di dalam perubatan Nabi, air panas dan suam hampir tidak digunakan di dalam rawatan baik di dalam mahupun di luar tubuh.

Air yang terbaik untuk dijadikan khasiat untuk tubuh ialah air sejuk yang dicampurkan dengan manisan seperti kurma, kismis dan terutama sekali madu. Ini adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW . 



Air suam tidak menghasilkan keadaan sebegini malah ia mengembangkan dan menghasilkan keadaan yang berlawanan.

Di dalam buku “Medicine of the Prophet” tulisan Ibn Qayyim Al-Jawziyya, seorang imam dan ulama besar yang banyak mengumpul data mengenai rawatan dan amalan Rasulullah SAW dari segi perubatan, beliau telah mengatakan:

“When a drink combines the two qualities of sweet and cold it is one of the most beneficial things for the body and one of the greatest means of the preservaton of health; the spirits, the faculties, the liver and the heart have a great longing for it, and are nourished by it. When it combines the two qualities, nourishment is acquired, and the penetration and distribution of the food to the organs is fully achieved.”

Seperti yang diperintahkan kepada Nabi Ayyub a.s. yang menderita kerana penyakit dalam Surah Sod: 42, di mana Allah telah berfirman:

“Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)

Air sejuk adalah lebih baik untuk mengeluarkan penyakit-penyakt dari dalam tubuh

Yang penting ialah cara meminum air yang sejuk itu, dan cara yang terbaik adalah mengikut amalan dan ajaran Rasulullah SAW. 

Pada yang tidak biasa, air sejuk akan menyebabkan sakit-sakit urat, batuk dan sebagainya. 

Ini berlaku kerana penyakit telah dipendamkan oleh air yang suam atau panas dan mengamalkan minum air sejuk akan membongkar semua penyakit-penyakit itu. 

Amalan minum air sejuk harus diteruskan sehingga semua simtom tindakbalas hilang dan jadikannya amalan harian.

Berendam Air Sejuk
Hadis riwayat At-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’:

“Apabila salah seorang diantara kamu diserang demam - dan demam itu adalah percikan api neraka - hendaklah ia memadamkan api itu dengan air sejuk dengan berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. 

Hendaklah ia mengucapkan:

“Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.”

Lalu berendam(menyelam) sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. 

Jika belum sembuh juga ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Walaupun di dalam hadith ini disebut demam, tetapi rawatan ini nyata amat berkesan untuk merawat rawatan penyakit panas yang lain seperti kanser, HIV, hepatitis, gout, stroke dan gangguan makhluk halus.

Mandi Air Sejuk

Dalam Sahih telah dipastikan bahawa Rasulullah SAW telah berdoa pada Allah:
“Ya Allah, bersihkanlah aku dari dosa-dosaku dengan air salji dan ais”.

Fakta penting dalam hadis ini ialah penyakit dirawat dengan yang berlawanan dengannya. 

Dosa-dosa adalah bersifat panas dan merupakan pembakaran. Ia membawa dua kesan iaitu: penodaan (pencemaran) dan kelemahan. 

Oleh itu rawatan mandi air sejuk bertujuan untuk melenyapkan api itu lalu menguatkan jantung yang sepatutnya bersifat sejuk. 

Air sejuk mempunyai sifat-sifat menguatkan tubuh yang tiada dalam air panas. Mandian air sejuk adalah satu kaedah sebagai asas perubatan jasmani dan rohani. 

Mandi air sejuk merangsang deria-deria, menguatkan roh, menambahkan kadar oksigen di dalam darah, mengekalkan cas-cas ion -ve pada kulit, meningkatkan sistem imun, menguatkan tulang dan merawat penyakit.

Firman Allah SWT:

Dan ingatlah peristiwa hamba Kami: Nabi Ayyub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ’Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab siksa (penyakit)”.

Maka Kami kabulkan permohonannya (Nabi Ayyub a.s.) serta Kami perintahkan kepadanya: “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”

Dan kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Surah Sod (38:41-43)


Dari firman Allah SWT di dalam ayat-ayat tersebut nyata air yang sejuk adalah penawar bukan sahaja untuk penyakit rohani dan jasmani tetapi juga dapat memperbaiki keadaan dan kedudukan manusia di dalam kehidupan hariannya. 

Mandi air sejuk akan menguatkan hati seseorang supaya ia dapat bersabar dan redha atas musibah-musibah yang menimpanya. 

Kekuatan roh, hati dan iman juga dapat menjauhkan diri daripada syaitan yang sentiasa mempengaruhi manusia supaya berputus asa, sedih, kesal dan berdendam. 

Menghadapi cabaran-cabaran hidup dengan pemikiran dan sikap yang positif adalah lebih mudah dilakukan jika mandian harian adalah dengan air yang sejuk.

Dari segi metafizik, mandi air sejuk akan 
  1. menguatkan tenaga spirit dan daya magnetik tubuh
  2. juga akan membersihkan medan tenaga elektromagnetik dan 
  3. meleraikan frekuensi-frekuensi yang membinasakan di sekeliling tubuh.
Ketiga-tiga faktor ini akan menentukan gelombang-gelombang mana yang ditarik samada gelombang jarak dekat yang positif atau baik atau gelombang jarak jauh yang negatif dan memudharatkan dan merugikan.


Air dan Rawatan Untuk Gangguan Spiritual

Hadis riwayat Imam Malik juga dari Muhammad bin Abu Umamah bin Sahal, dari ayahnya. Disebutkan di situ:

“Sesungguhnya penyakit ‘ain itu ada. Berwudhu’lah untuk menghadapinya. "

Manakala Abdurrazzaq meriwayatkan juga dari Ma’mar, dari Ibnu Tawus, dari ayahnya secara marfu’:

“Penyakit ‘ain itu nyata. Yang ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu sesuatu itu adalah ‘ain. Apabila salah seorang di antara kamu dituntut untuk mandi, hendaklah ia mandi.” 


credit to: berita harian online.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads