Sunday 4 March 2012

DiDikaN ini deMi CinTa

Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri... 
Aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku.  Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. 
Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar. 
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. 
Bila cemas, Allah mengajarku erti raja' (mengharap). 
Jika sedikit, Allah mengajarku erti qanaah (berpada-pada). 
Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.

Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads