Friday 13 April 2012

::Doa Untuk Pengantin::

Bismillahirrahmnirrahim..

Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya nak share satu doa khusus buat pengantin baru.. Selalunya masyarakat kita akan bagi ucapan tahniah.. Ada juga yang mendoakan supaya pengantin bahagia hingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat, dan tak ketinggalan juga ucapan bahagia hingga ke syurga.. Semua ini tidak salah kerana semuanya doa baik-baik.. Cuma yang saya nak kongsi ialah doa yang dianjurkan oleh Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, khusus untuk pengantin baru iaitu...


Pernikahan merupakan salah satu rahmat Allah yang sangat besar dalam hidup seorang insan.. Perkongsian dua hati dan merupakan salah satu cara bagi seorang anak Adam untuk mencapai matlamat bahagia hingga ke Syurga.. Kerana dengan pernikahan ini, segalanya adalah pahala.. Betapa luasnya rahmat Allah dalam memberi kasih sayang kepada hamba-hambaNya... Berbuat baiklah kepada pasangan dan bersabarlah dengan ujian... 

Nasihat Ustazah Ustazah Siti Norbahiyah kepada pasangan suami isteri, elakkan komunikasi yang menyakitkan hati tetapi gunakan pendekatan yang lemah lembut.. Isteri wajib meminta izin daripada suami terutamanya setiap kali hendak keluar rumah.. Begitu juga suami, bagitahu isteri supaya isteri tahu awak berada dalam keadaan yang selamat.. Ustazah juga menambah supaya suami isteri jangan kedekut dengan pasangan masing-masing.. Kedekut di sini bukan dengan wang semata-mata.. Tetapi juga jangan kedekut dengan kasih sayang, perhatian, belaian, pujian dan lain lain perkara yang semestinya membawa kebaikan... Cari ruang untuk bersama walau sesibuk manapun anda.. Ruang untuk makan bersama, berkongsi masalah, bercerita, dan juga berdating... Ustazah juga bagi doa daripada ayat al-Quran untuk kita amalkan.. Surah al-Furqan ayat 74 dan Surah al-Anbia ayat 87... Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.. InsyaAllah... 

Lagu ni khusus buat pengantin baru dan juga mereka yang telah mendirikan rumah tangga.. Special daripada Maher Zain.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Aminn.. 


p/s: Jangan lupa doakan tuan punya blog ini supaya bertemu jodoh yang baik, dan bahagia dunia akhirat... Aminn... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads