Thursday 8 March 2012

My LoveLy GirLFrienDs

Assalammualaikum....

Persahabatan merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat bernilai... Kasih sayang yang sentiasa mekar walaupun jauh di mata...  Bermula daripada tadika sehingga ke alam dewasa, tentu sahaja kita akan berjumpa dan berkawan dengan ramai orang... Daripada situlah kita akan dapat mengenal peranan seorang kawan dan sahabat...

Zaman belajar adalah zaman kita mencipta persahabatan dengan ramai orang.. Ramai yang mengatakan kawan kita menunjukkan siapa diri kita... Bila memahami kata-kata ini, sepertinya kita akan memilih kawan-kawan kita.. Siapa yang harus kita berkawan, dan siapa yang kita perlu jauhkan....

Pada saya, setiap kawan yang kita kenali sebenarnya mempunyai kelebihan masing-masing... Apabila mereka ada kekurangan, itu kerana mereka seorang manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan... Ya kita pun manusia, tidak sempurna... Kawan yang baik tidak akan membiarkan kawan mereka terus dalam kerosakan dan terumbang ambing.... Apakah makna persahabatan sekiranya kita tidak dapat membantu mereka ketika mereka dalam kesusahan... Walaupun bukan dalam bentuk fizikal, cukuplah walau hanya memberi kata-kata semangat...


Pengalaman menuntut ilmu, dan sekarang di alam pekerjaan telah menemukan saya dengan kawan-kawan yang baik... Ada yang lembut, tegas, garang, straight to the point, suka bergurau, senyap, manja, agak gila-gila dan sebagainya... Kadang-kadang bila fikir balik, semua ciri-ciri itu sebenarnya melengkapi persahabatan itu sendiri.. Dan tanpa saya sedari ciri-ciri itu sebenarnya ada dalam diri saya... Personaliti tidak dapat melambangkan hati seseorang... Garang bukan bermaksud hati mereka tidak baik... Dan manja juga bukan bermaksud mereka mempunyai hati yang lemah.... 

Sebagai manusia, kita kenalah pandai bertolak ansur.... Kita hidup di dunia dengan ramai orang... Adakalanya kita perlu tegas, adakalanya kita perlu berlemah lembut...  Dan adakalanya kita perlu banyak bersabar dengan kerenah manusia.... Sepertimana mereka yang lain juga bersabar dengan kita... 

Nasihat saya, jangan jadi seperti kacang melupakan kulit, atau berkawan ketika senang sahaja... Dekatilah kawan anda walaupun sekadar dalam doa... Kawan-kawan juga adalah saudara kita... Kerana umat Islam itu bersaudara... Peace no war... 

p/s: Thanks for being my friends... Thank you Allah for everything... Alhamdulillah... (^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads