Saturday, 31 December 2011

WeLCO January 2012

Assalammualaikum semua...

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai... Dan tahun 2012 bakal menjelma.. Tapi saya tak sambut tahun baru ni.. Saya sambut Tahun Baru Maal Hijrah.. Jadi, no wish ya... Pengajaran terbaru berlaku semalam.. Malas nak cite sebab taknak ia menghantui hari2 aku... Cuma nak pesan, drive carefully, jangan gopoh2 bile bawak keta@ apa jua kenderaan... Sekian...

WeLCO January 2012 betul2 membuatkan aku bersemangat... Kenapa? Sebab kali ni aku nak target turun lebih sikit.. 64 kg.... Serius, aku memang nak kurus!!! From 68kg to 64kg, boleh ke mimie?!! InsyaALLAH... Aku dah pasang tekad, keazaman semua... Dan maybe herbalife akan kembali semula dalam hidup aku... Welcome back dear... Miss u so much... Opppss, bukan orang tau.. Ni adalah produk nutrisi... heee....

Peserta yang masuk WeLCO basically mereka yang consume herbalife.. Aku jeles tgk diorang (well, aku mmg kuat cemburu).... Bulan lepas, mostly diorang berjaya turunkan berat sampai 4-8 kg.... Diorang buat apa je... Minum air sampai 5 liter sehari.. Okey, aku leh buat... Then, minum shake pg dan malam... Makan nasi pun ada gak, tgh ari... Aku, pulak, tak sarapan pagi... Tgh ari mkn nasi satu senduk... Malam makan biskut.. Tapi kenapa aku turun sikit je... Desperately Mimie... = (

Aku mmg tercabar, sbb ada sorang budak ni berat dia lebih kurang sama dgn aku kot.. Tapi skang berat dia dah 66 kg.... huhu... Takpelah, setiap orang berbeza dalam penurunan berat... Never mind mimie... Yang penting konsisten (pujuk diri sendiri)... Okeylah kawan2 semua.. Jangan tension2 macam saya ni.. Terlebih excited nak kuruskan badan... Hihihi.... Yang penting, konsisten, okeh... Jia yO!!!!! (^_^)


Inspirasi aku utk kurus.. 23 years old.. And she married now.. Bakal optometry...  cantik kan???

Baring pun leh kurus... jom aktifkan diri... =)





Friday, 30 December 2011

....AyAt-AyAt CinTa....

CANTIK di pandangan mata kamu, tidak semestinya cantik juga di pandangan mata orang lain...


Apa yang penting adalah TINGKAH LAKU dan HATI BUDI.... 
Itulah hakikat yang menyejukkan HATI....


BUKAN PARAS RUPA yang CANTIK yang menyejukkan hati TETAPI NAFSU yang memperdayakan MATA HATI kamu....


Jika paras rupa yang menyejukkan hati, PASTI TIDAK AKAN ADA wanita CANTIK yang DICERAIKAN suami dan PASTI TIDAK AKAN ADA lelaki TAMPAN yang DITINGGALKAN isteri.....


_______________________________________________________________________________

Usahlah kita menjalinkan perhubungan HARAM dengan sesiapa dan mengharapkan ia akan menjadi HALAL kelak akan datang...

CINTA tidak menjanjikan apa-apa RASA BERTANGGUNGJAWAB melainkan SELEPAS NIKAH dengan LAFAZ AKAD IJAB dan QABUL...


_______________________________________________________________________________

CINTA menjadi MURAH seandainya hanya dipenuhi dengan ayat-ayat cinta berbunga-bunga TANPA ADA APA-APA ikrar jaminan bertulis dan lisan....

TETAPI CINTA menjadi MAHAL MAHARnya apabila hanya dengan satu lafaz AKAD NIKAH, IJAB dan QABUL diikuti dengan AMANAH serta TANGGUNGJAWAB.....

_____________________________________________________



KELEBIHAN NIKAH:

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA!
suami pegang isteri ~ PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA!
suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ PAHALA!
suami setubuh isteri ~ PAHALA!
main kenyit² mata dengan isteri ~ PAHALA!

Allahurabbi.. SERONOKNYA.. (^_^)

________________________________________________________________________________

>> CINTA untuk yang BERHAK DAN LAYAK..<<

✿~ buat yang pernah merasa SAKIT DILUKAI..
✿~ buat yang pernah merasa sakit DITINGGAL pergi..
✿~ buat yang masih BERDARAH lukanya..
✿~ buat yang masih sembab dan BENGKAK matanya..
✿~ buat yang masih MENANGIS hatinya..
✿~ buat yang masih belum mampu MELEPAS pergi..
✿~ buat yang masih TERMENUNG dan merenung, menanti dan bersendiri..
✿~ buat yang MERASA..
✿~ buat yang MENGALAMI..
✿~ dan buat yang MEMERHATI..

>>> JUJUR, rasa ini mengajar kamu..jujur, rasa ini yang membuat kamu SEDAR..cintamu mungkin perlu kamu SIMPAN, BUKAN untuk DITAJA kepada ramai, bukan untuk insan yang BERHATI SAKIT..BUKAN CINTA MURAHAN..hanya buat yang LAYAK, hanya buat yang BERHAK..✿✿✿

_____________________________________________________________________________


















♥....LoVe HiM.....♥

Love him …when he "forgets" that special occasion. For him every moment with you is special so he does not need an occasion.

Love him…when he comes late from the Musjid. He wants to make sure he is early with you in Jannah (Paradise).

Love him…when he admonishes you to don the hijaab. He wants to be sure you enshrouded by Allah's Mercy when you leave the home.

Love him...when he is jealous. Out of... all the women he could have, he chose you to be his wife!

Love him...when he is working till late. At least he comes home and you still get to sleep and wake up in his loving and caring arms.

Love him…when he has annoying little habits that drives you nuts. You have them too (and maybe more)

Love him…when does not praise your cooking. He told you as newlyweds that yours was indeed always the best.

Love him…when he looks dishevelled. He was more busy caring for the family than grooming himself. By the way he is cute!

Love him…when he does not help in the home.
He is out earning a halaal (pure) income for the family.

Love him...when he does not reply to your questions. He does not want to hurt your feelings or is absorbed in thinking about your welfare.

Love him…when he looks beautiful. He's yours to appreciate!

Love him…when he goes out in the Path of Allah.
He is preparing a blissful eternal home for you in Jannah.

Love him...when he does not comment when you get angry. He is a good listener.

Love him…when he buys you gifts you don't like. Smile and tell him it's what you've always wanted. He took the time and money out just for you!

Love him…when he has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help him change.

Love him…when he is irritable and moody.
Buy chocolates, massage his head and feet and just chat to him.

Love him…when whatever you do is not pleasing.
It's like a storm; it happens and will soon pass by.

Love him…when he drives so fast. He only wants you to be there in time.

Love him…when he extends his period of rest.
He is re-charging himself to serve you the best.

Love him…when he forgets to say "I love you".
He actually shows his love in many other ways.

Love him…when he forgets to buy the bread or milk. He was rushing home to be with you.

After all he is the head of the house.
Love him…when he shouts the kids. He only wants to ensure they are corrected and have a good moral upbringing.

Love him…he is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a man's character.
Your Husband is part of your life...!

"If a woman prays her five daily prayers, fasts her month (of Ramadan), obeys her husband and guards her chastity, then it will be said to her: 'Enter Paradise by whichever of its gates you wish."(Hadith-Ahmad and al-Tabarani) 






Wednesday, 28 December 2011

Update WeLCO End of December 2011

Assalammualaikum...

Minggu ni minggu terakhir tahun 2012.. Dan minggu terakhir aku update berat... Tak banyak turun, but i'm still thankful to ALLAH... Alhamdulillah.. 68kg... Rasanya kena buat something untuk pastikan matlamat tahun 2012 tercapai... insyaALLAH.. Banyak sebenarnya matlamat aku... Antaranya ialah dapatkan berat badan ideal; berjaya kuruskan badan plus muka; get a job that betul-betul sesuai dengan apa yang aku harapkan; gi holiday dgn kawan2; last but not least.... Kahwin a.k.a menikah.. Oiitt mimie... Takde kena mengena okeh dgn tajuk entri kali ni.. Hehe...

Susah rupanya nak turunkan berat badan ni... Dan kadang2 aku termakan bnyak gak dalam satu ari.. Contohnya arini... huu... Dan the most regretful thing, aku tak bersenam after makan dengan banyaknya... what a waste cik mimie... Entahlah.. Aku macam rindu sgt2 kat herbalife.. ikutkan hati yang dah dicuri oleh herbalife ni, rasanya nak beli je teamix dan F1... Tapi no money, no talk.. Aku kena simpan duit utk masa depan aku, untuk famili, utk anak2.. Oppss, belom kawen lagi pun.. Tapi haruslah beringat kan.. Dah start mengarut.. hii... Sori blog... Seriously, herbalife mmg bagus.. If puji pun, aku bukan dapat duit kan.. Tapi hasilnya, diri aku sendiri.. Dah 2 bulan kot aku stop herbalife, alhamdulillah berat aku still maintain, dan boleh turun lagi walaupun 2 kg dlm masa sebulan...

Aku ingat lagi masa aku diploma, part 3, aku betul2 nak kuruskan badan... Tak makan nasi, makan lauk je.. Bile kat dewan makan, aku ambik nasi, tapi pastu aku bagi kat kwan.. Segan sebab abg dwn mkn tu asyik tnya knp tak mkn nasi.. bile ambik sikit, ckp, skitnya... Iskh, menyibok tul.. suka ati sayalah.. huu..  pastu setiap petang after kelas, aku dgn kwn2 jogging kat tasik shah alam.. Kwn laki aku yang badan beso pun nak join gak.. Jeles kot tgk aku bersungguh sungguh... hee.. Hampir satu jam kitorang jogging.. Berpeluh jgn cite, tapi sgt puas... Then bile balik kolej, dah maghrib... bile malam, aku start lapar... tapi aku cuma minum air milo je... After isyak, aku lapar sgt2... Orang lain suma study, cube teka aku buat apa... Aku tido... Esok nak test pun aku tido awal.. Kul 9 malam aku dah tido... Konfem tak studi... huu... Alhamdulillah, result aku still ok malah meningkat.. Rahsianya, bila kat kelas, fokus apa yang lecturer ajar... Assignment, homework buat kat kelas.... takpun, ada masa lapang, buatlah ya...

Sem 3 diploma, dlm masa 4 bulan aku berjaya turunkan berat sebanyak 9 kg... Sedihnya bile pikir balik...  Yalah, dah elok2 kurus, pastu kembang balik.. huu.. Ingat lagi masa tu dah nak habis sem, tunggu final exam.. aku gi umah arwah pakcik kat s.alam.. Bile duk lepak2 tgk tv..  arwah pakcik tanya, "mimie sakit ke? if sakit pakcik bawak gi jumpe doktor..  muka cengkung je ni...." Sampai lebih 3 kali kot tnya.. Kesian arwah pakcik, ingat aku betul2 sakit... aku cakap aku tak sakit.. Cuma mungkin muka aku yang tembam  dah susut.. Sepupu aku pun perasan.. Last2 aku yang tension.. huu...

Cerita yang sama kat umah.. Mak ngan ayah aku lagi nak usung aku pegi klinik... lebih 10 kali suh pegi klinik... Aku cuma tergelak je... Bila tgk tv, berbual dgn mak.. mak mesti ajak gi klinik.. Kesian mak ngan ayah, risau sgt..Last, aku kena marah dgn ayah.. Ayah takut aku makan pil kurus@produk yang bukan2.. Time ni aku sedih sgt.. Yalah, niat di hati nak kurus, nak sihat.. Tak sangka kena marah.... Tapi takpe.. Aku positif.....

Sekarang ni, if nak gi tasik, jauh pulak dari umah... Aku ingat nak gi jogging kat kampung je... Lagi syok, sbb dapat hirup udara segar.. If beli treadmill atau basikal yg statik tu, aku rasa tak berbaloi... Takpun aku buat aktiviti skipping.. Yang penting, azam dan tekad aku kena kuat... Jadi kepada girls yang kat luar sana, if rasa susah sgt nak kurus, please stop pikir macam tu... Nothing impossible dear... Ada orang lagilah berat 145kg, then berjaya smpai 50 kg... Dan skang she look so gorgeous...

Perjalanan aku dalam menguruskan badan masih lagi panjang.. 20 kg more to lose weight.. But short term, in 5 months, rasanya nak turun lagi 10 kg... Can i do it? insyaALLAH, boleh... Yang penting berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakkal.. Korang ingat doa tu cuma utk  nak dapat jodoh, nak murah rezeki,bdn sihat, diberi pengampunan dll je ke.. Suma boleh.. Nak minta pada ALLAH supaya kite cantik pun boleh.. Nak dapat kulit cantik ke... Trust me, apa2 pun boleh.. Tapi yang baik2 jelah kan...

Okeylah korang..  jgn tunggu bulan depan baru nak start kuruskan badan.. hari ni dah start ya... Jgn tension2, dan jgn push diri korang sgt utk kurus... rileks tp konsisten.. Jangan lupa minum banyak air... U can do it babe.. Ajaq2 fiGhting!!! Take care.. (^_^)

Pilihan di tangan ANDA...



Think....



Tuesday, 27 December 2011

Alhamdulillah, thank yOu ALLAH.....

Setiap orang pasti ada jalan cerita masing2... Aku pun macam tu jugak...Hidup ni tak penah lekang dari masalah, dugaan, cabaran dan sebagainya... Sampai satu tahap kite akan rasa tak larat sangat, dan seperti mahu mengalah... Tapi sebenarnya bukan itu yang ALLAH mahu kite lakukan apabila kite dihujani dengan pelbagai dugaan, masalah dan sebagainya... Allah mahu kite dekatkan diri kepadaNYA yang Maha Esa, meminta kepadaNYA dengan tangisan yang penuh mengharap, dan menyedari bahawa kite insan yang sangat kerdil di sisiNYA... Mintalah dari ALLAH kekuatan iman, kecekalan hati dan kesabaran dalam menempuhi dugaan hidup ini, insyaALLAH kejayaan pasti menjadi milik kite.. Amiinn...

Siapa yang tak pernah tak buat dosa... Semua orang pernah buat silap, pernah buat dosa... Bukan disuruh untuk berbangga dengan dosa, tapi sedarlah dan bersyukurlah bahawa ALLAH masih beri kite peluang untuk hidup, untuk bertaubat, meminta ampun dariNYA bahkan memperbaiki kesilapan kite... 

Allah sayang kite... DIA yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Ar Rahman dan Ar Rahim... Walaupun kadang2 kite lupakan DIA, tapi DIA tak penah lupakan kite... Memberi kite rezeki yang melimpah ruah, memberikan kite  kesihatan, kesenangan, kasih sayang seorang ibu, seorang ayah, keluarga, kawan2, sahabat, bahkan kasih sayang seorang isteri dan suami serta anak2... Dari situlah Allah mengalirkan kasih sayang DIA kepada kite.. Terlalu luas kasih sayang ALLAH... Memberikan kite oksigen untuk bernafas, memberikan kite nyawa untuk kite menghargai kehidupan ini... Syukur, ALHAMDULILLAH...

Allah sentiasa dekat di hati kite.. Cuma kite je yang sepatutnya mencari DIA.. Bukan di waktu kite susah sahaja, tapi di waktu senang jua... Lakukan yang diperintah ALLAH, dan jauhi apa yang dilarangNYA.. MAsih belum terlambat untuk kite menyedari kesalahan kite, dosa kite pada ALLAH.. Dan masih belum terlambat jua untuk kite meminta ampun daripadaNYA yang MAHA PENGAMPUN... Pengampunan ALLAH seluas dunia yang terbentang... Semoga iman di hati kite sehingga ke akhir hayat kite dan sehingga ke akhirnya... ALLAH tidak jauh, doa kite sentiasa mustajab, sentiasa dimakbulkan... InsyaALLAH... AMiinnn...(^_^)


Sabda Nabi S.A.W:


  • Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa  ketika sujud (Riwayat Muslim)
  • Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih)
  • Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).










~LIVE YOUR LIFE~


















Saturday, 24 December 2011

.........Perubahan Masa..........

Dulu masa belajar, selalu merungut.. Banyak assignment dan lab report yang kena buat... Pastu kuiz, test hampir tiap2 minggu.. Macam nak pecah kepala, kononnyalah.. Padahal tido jelah kejanya... Pantang ada masa lapang, konfem tido... Esok ada test@kuiz pun, aktiviti tido pasti tak dilupakan... huuu... Apalah yang hebat sangat dengan tido, aku pun tak sure.. Yang penting bile jawab test@kuiz, taklah sampai tetido kan... hee.. Actually, penah jugak kami tido cuma beberapa jam sebab nak prepare untuk jawab test bagi subjek yang sangat susah, atau nak siapkan assignment, ataupun utk prepare booth for exhibition... Itupun bergilir supaya keja siap... Sebab tu kami agak 'jakun' dengan tido ni... huu..


Zaman diploma tak sama dengan zaman degree... Sebab masa ni takde laptop... Kitorang akan pegi cyber cafe kolej, atau lab computer library.. If banyak assignment kena buat, tiap2 hari mendaki bukit utk ke library.. Sabtu ahad pun sama.. Degree pun aku takde laptop sebenarnya.. Final year baru ada, itupun guna laptop abang yang dah nazak.. Huu... Terpaksa guna sebab nak siapkan tesis final year project... Orang lain punyalah beli laptop,tapi aku prefer gi lab komputer kat library, atau kat kolej untuk siapkan assignment and lab report.. No money, no talk... So, better aku guna je kemudahan yang ada.. Tapi budak sekarang, takde laptop macam takde nyawa.. Macam wajib je kena beli.. Tak kisahlah kan if buat keja.. Ni tak, berFB sepanjang masa... Siapa kata tak boleh berFB ke, berblog ke.. Yang penting siapkan keja yg utama dulu.. Priority first....


Bila diingatkan zaman belajar ni sebenarnya lagi seronok dibandingkan dengan zaman bekerja.. Banyaknya kenangan terindah... Dengan kawan2 yang sentiasa bersama susah dan senang.. Walaupun kami bukan dari kelas atau kos yang sama, tapi kami sentiasa support antara satu sama lain.. Pengorbanan pun bukan calang-calang... Berkorban masa, tenaga, terpaksa berjauhan dengan keluarga, berkorban nyawa setiap kali keluar menaiki bas@ berjalan kaki untuk mencari bahan tesis@projek... Sebab tu belajar ni dikategorikan pergi berjihad di jalan ALLAH.. Itulah kosep sebenar menuntut ilmu.. Bukan mencari pakwe, berdating, atau menghabiskan duit mak ayah... Konsep yang perlu diubah setiap kali pelajar melanjutkan pengajian.. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat dapat menahan dugaan sebegini.... 

Zaman bekerja.. Seronok.. Dan lagi rumit daripada zaman belajar... Mematangkan aku dalam pergaulan dan juga cara berfikir..... Walaubagaimanapun, tetap merapatkan  hubungan dengan kawan-kawan lama sebab kami di bidang yang sama.. Banyak pengetahuan yang perlu dikongsi untuk memantapkan karier.. Semoga kami sentiasa kuat dan tabah menghadapi masa hadapan dan menemui kejayaan... Aminn... 

p/s: miss you all so much....  take care friends.. (^_^)


Friday, 23 December 2011

....PERSPEKTIF JODOH.....

Assalammualaikum...

Arini tiba2 nak cite pasal jodoh... Walaupun rasanya dah banyak kali bercerita dengan kawan-kawan, akak2 dan semua orang.... hehe... Sebenarnya kan...  ALLAH dah tentukan siapa jodoh kite  masa kite dalam perut emak lagi... Ajal, jodoh, rezeki... Semua Allah dah tetapkan... Yang penting, kita kena terus berdoa dan bersabar... InsyaALLAH, pasti akan ketemu jua... "Bagaimana" dan "bila" itu semua urusan ALLAH... Kita sebagai hamba kena berusaha, berdoa, berikhtiar dan bertawakkal... Jangan berputus asa ya.... Tapi dalam masa yang sama, kite kena persiapkan diri dengan ilmu.. Ilmu agama, ilmu perkahwinan, dan ilmu memasak, dan lain2.. Tapi of courselah ilmu yang baik... Bukan ilmu hitam nak tundukkan suami@isteri pulek... huuu.... Zaman skang ni macam2 kan... Takpelah, korang berusaha jadi yang terbaik untuk diri korang, insyaALLAH akan jumpa jugak si 'dia' yang memang terbaik ALLAH ciptakan untuk kamu....


Bila cerita pasal jodoh ni, banyak sebenar yang boleh dikupas.. Hmm.. Padahal banyak lagi yang boleh dikongsi... Pasal rezeki ke, dugaan hidup ke... Tapi takpe, next time kite cite pasal topik lain eh... Arini mood saya, mood jodoh.. hee... =) Actually, saya taknak kupas apa2.. saya nak letak gambar je... Tengoklah puas2 ya... 











For Muslim Men Before you Make marriage decision ,note that marriage have following meaning in Islam and your responsibility to the girl in front of Allah... =)

I give you this ring

as a promise to you
a promise that I'll be here
and I'll always be true

I promise that I'll hold you
when your day isn't going right
and I will comfort you
through the long cold night

I promise that I'll make you smile
when you feel like dying
I promise that I'll be here
when you feel like crying

I promise that I will guide you
when the future isn't clear
I promise I will be there
to wipe away your every tear

you promise that no matter what
you will make it through
give this ring as a promise
A promise in name of Allah that you will always love your PRINCE...
(^_^)

~KEMPEN JAUHI ZINA~

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.."  
(SURAH AL-ISRA':32)



Setiap hari ada saja berita pembuangan bayi yang berlaku... Sedih sangat dengan situasi yang nampaknya takde kesudahan... Astaghfirullah... Di mana silapnya... Adakah ibu bapa yang perlu dipersalahkan... Atau adik beradik? Atau guru2? Atau semua orang????

Kenapa bayi dibunuh, dibuang sedangkan bayi itu tidak bersalah... Punca pembuangan@pembunuhan bayi disebabkan oleh mereka yang telah berzina mahu menutup perasaan malu mereka... Perasaan malu terhadap manusia...  Tapi mereka tak malu@tak takut pada ALLAH sedangkan ALLAH MAHA MELIHAT... Sejauh mana mereka membuang bayi tersebut, sesungguhnya malaikat telah pun mencatit dosa mereka... 

Cukuplah kamu membuat dosa dengan berzina... Janganlah kamu menambah satu dosa lagi dengan membunuh bayi tersebut... Dia tak bersalah.. Bertaubatlah sayang... Pohonlah keampunan dari ALLAH yang MAHA ESA.. Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN.... DIA MAHA PENYAYANG... Masih belum terlambat untuk kamu bertaubat... 

  • Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata :

"Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu..."
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -



  • Allah berfirman di dalam Al Quran:

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan...” (SURAH ASY SYURAA:25)




Wahai gadis-gadis di luar sana, kesayangan emak dan ayah, harapan keluarga...
Ingatlah bahawa maruah adalah mahkota yang paling penting daripada segala-galanya....
Adakah dengan melakukan perbuatan terkutuk itu, lelaki tersebut akan bertanggungjawab????
Apakah nasib bayi yang sudah pun membesar di dalam perut anda?
Lelaki memang manis dengan kata2... 
Percayalah kesayangan emak dan ayah...
Lelaki itu tidak akan berkahwin dengan anda kerana pastinya dia tahu bahawa kamu dengan mudah sekali menyerahkan dirimu kepada lelaki yang lain pula....

Wahai permata kesayangan emak dan ayah,
Jangan mudah menyerah kalah dengan kata2 manis dan pujuk rayu lelaki...
Ketahuilah sekiranya dia benar2 mencintaimu, menginginkanmu, menghormatimu....
Dia pasti akan melamarmu menjadi isterinya,menjaga batas2 pergaulan, dan bersabar sehingga tiba waktunya...
Kuatkanlah hatimu, tabahkanlah hatimu menjaga fitrahmu, menjaga maruahmu...
Sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar...
Pernikahan juga jalan yang terbaik... Subhanallah..
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu, insyaALLAH masanya pasti akan tiba jua... 


Salam sayang dari saya a.k.a tuan punya blog... (^_^)








Thursday, 22 December 2011

VirGin CoConUt OiL (VCO) CATALYST

ProdUk caTalyst

Antara kebaiKan dan Khasiat VCO:
Membekalkan nutrien penting dalam badan
Membekalkan tenaga untuk kecergasan badan
Meningkatkan sistem imunisasi
Menyokong fungsi metabolisma yang sihat
Boleh mengurangkan berat badan
Meningkatkan penyerapan kadar nutrien
Membantu mengurangkan bad cholestrol(LDL) & meningkatkan good cholestrol(HDL)
Membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih
Mengelakkan berlaku kedutan kulit
Membantu mengawal diabetes:kandungan gula dalam darah
Mengurangkan risiko sakit jantung
Mengurangkan risiko kanser
Mencegah osteoporosis
Membantu mengurangkan jerawat & masalah kulit berminyak 

..Kesan Segera Pengambilan Minyak Kepala Dara Pada Tubuh.. 

*Melegakan pernafasan - Mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

*Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil – Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksik melalui najis

*Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

*Di dalam usus kecil dan usus besar, ia memusnah organisma perosak seperti virus, bacteria, seperti virus,bacteria,kulat dan protozoa(cacing). Oleh itu, penghadaman akan mencapai tahap maksimum.

*Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksimum, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal (anda tidak perlu makan banyak dan kerap,ia dapat mengawal nafsu makan secara automatik)

*Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan akan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

*Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

*Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.




Untuk kegunaan luaran
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri


p/s:  saya copy paste dari MR.GOOGLE... Sebab saya tak rajin skang ni.... huuu... If korang tak puas hati, leh search kat blog lain ya... selamat mencuba VCO... =)

Tuesday, 20 December 2011

~MemaafKan Kesalahan Orang Lain~

" Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang bertakwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa susah dan senang, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara kebaikan... "

(Surah Ali Imran: 133- 134)

p/s: Subhanallah... Memaafkan adalah perkara yang terbaik, dan Allah mengasihi mereka yang memaafkan kesalahan orang lain...

Siapa setuju dgn statement ni, angkat tangan..... Samalah kite.. Heee... Cayang Mimie... (^_^)
EGO is the only requirement to destroy any relationship... So, be a BIGGER person with a BIG HEART..  Skip "E" and let it "GO"...



Weight Loss Challenge Online(WeLCO)

Arini genap 3 minggu masuk cabaran  Weight Loss  Challenge Online(WeLCO) kat FB.... Jadi arini kena report kat coach berat terkini... Free je, takyah bayar... Sendiri kena usaha... If berat naik, memang malu.. Sebab nama kite ada kat list jadual peserta... huu...  Target loss weight utk bulan ni nak turun 67 kg daripada 71 kg.. So far, berat baru je turun sampai 69 kg.... Alhamdulillah.. Weekend ni nak cecah 68 kg, then next week nak turun sehingga 67 kg....

Bukan mudah nak turun berat badan, tapi dalam masa yang sama bukan susah... Cuma skang ni kurang makan nasi.. Sekali sehari je, itupun 1 senduk nasi masa makan tgh ari... Sayur mesti bnyak... Tak makan daging merah a.k.a daging lembu@ daging kambing.. Daging putih a.k.a ayam dan ikan aku makan.. hee..  Then, malam pun tak makan.. Balik keja ptg tu sebelum maghrib,  mkn 4 keping biskut crackers munchys cicah air milo (campur madu)... Sgt sedap!!!  Kul 7@8 malam,  minum teh hijau jenama BOH, perah dgn limau kasturi... Limau nipis pun boleh.. Sebab teh hijau ni antioxidant, then boleh menaikkan metabolisme kita, untuk membakar kalori...

Digalakkan minum teh hijau ni after mkn tgh ari atau after mkn berat... Murah dan simple utk maintain atau kurangkan berat badan... Pastu make sure minum air masak lebih 2 liter satu ari... Ikut perkiraan, setiap 25 kg berat kite, kite kena minum 1 liter air... if berat seseorang tu 50 kg, jd satu ari dia kena minum 2 liter air.. nak minum lebih pun takpe...  lagi bagus... sebab air membantu kite membuang toksik drpd badan.... selain membantu sel2 dan organ dalam badan kite berfungsi dgn baik...

Lagi satu,  kurangkan minum air manis..... Sekali sehari je dah cukup.. If takde, lagi bagus... Contohi tuan punya blog ni.. Ganti susu pekat@gula  dgn madu untuk menyedapkan lagi air milo kegemaran... hee...  Hmm... Jangan lupa kurangkan makanan bergoreng.. Cth pisang goreng,tempe goreng, keledek goreng, jemput-jemput goreng, cekodok pisang goreng dan apa2 jua makanan yang bergoreng.. Act, ni semua makanan kegemaran....... Skang memang dah tak beli@buat kat umah... huuu... If nak makan jugak, kena make sure minum teh hijau after makan... Inilah antara petua... Terpulang pada setiap orang... Yang penting berdisiplin...

Act, ada satu lagi rahsia.. Perasan tak, takde cakap pasal sarapan... Patutnya memang kena sarapan.. Tapi sekarang ni, before gi keja, VCO (virgin coconut oil) jadi pilihan utk menggantikan sarapan... Mudah dan ringkas... So far, dr bgn tido sampai kul 1 tgh ari, perut ni dpt tahan... If dulu, pantang jam kul 11@12.. Mulalah meragam... Walaupun dah sarapan pagi... Alhamdulillah, takyah nak pening2 kepala cari makanan... hihi... Oopps, VCO jenama Catalyst eh.. My sister jadi stokis bt pahat... Next entry akan diberitahu kebaikan VCO ni,k... Sharing is caring kan... =)


SENAMAN????
Buat sit up 20 kali after bgn tido dan sebelum tido.. Nak buat bile ada masa free pun boleh.. Pastu skipping 200 kali... Lompat bintang pun boleh... Sebelum gi keja dan balik keja @ pg dan petang.. Tgh malam pun takpe.. Yang penting metabolisma maintain@meningkat...  Perlahan lahan ya u all... Yang penting konsisten... InsyaAllah, pasti berjaya... Jgn cepat putus asa...

Okeylah, jari jemari ni dah letih menaip... Insya ALLAH, akan bersambung lagi... Mungkin akan cerita pasal lain pulak ya... May ALLAH bless us... Amiinn....

Monday, 19 December 2011

~Keberanian untuk memandu kereta~

Hari ini, bermulalah hari My little brother  melanjutkan pelajaran ke POLISAS a.k.a Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan Pahang.. InsyaAllah, tamat pengajian nanti bakal bergelar seorang akauntan.. Amiinn.. Kak Mimie sentiasa doakan Han berjaya...

Sebenarnya nak cite.. Masa dia duk umah, dialah yg jadi driver.. Hantar kakak dia yg pengecut ni pegi keja... 30 minutes kot dari umah... Pegi, balik dia hantar.. Astaghfirullah... Why terok sgt kakak dia ni???!!! Takkanlah sebab penah terlanggar keta orang, terus fobia.. huu... Very poor... Adik dia lagi kesian, sebab kena jadi driver free... Actually, jalan area sri gading tu memang mencabar, tak berani den... Kat area lain, insyaAllah boleh lagi... huuu...

Alhamdulillah, kakak yang kononnya pengecut ni dah berjaya drive keta sendiri... Pegi keja, balik keja.. Sorang2... Now,even kawan2 dari s.alam, melaka pun, dia dah boleh bwk jalan2 gi batu pahat naik keta.. Ingatkan susah nak drive keta ni... Rupanya taklah susah mana... Cuma perlukan keberanian... yang penting doa bnyak2, dan ingat ALLAH selalu... ALHAMDULILLAH...

For those yang takut nak drive kereta, atau fobia... Trust me.. U can do it.. Memang ambik masa, tapi make sure, u kena ambik peluang yg ada untuk beranikan diri drive kereta... Firstly, drive keta ke tempat yg plg dekat.. contohnya pegi taman sebelah umah ke, pegi shopping kompleks ke.. Don't forget bawak someone utk pantau cara kamu drive keta.. Then, drive gi jauh pulak.. Gi daerah lain pulak ke,.. If dah confident, pegilah melancong ke negeri lain.. Lalu highway, drift... Contohnya ke Port Dickson ataupun Langkawi... Ada berani??? hihi... InsyaALLAH, boleh... Trust yourself, k....

Okeylah, bnyak sebenarnya nak membebel kat entry kali ni... Tapi takpelah... Saya nak rest... Nak siapkan keja ofis yang melambak... Banyak komplen dari customer yang kena layan.. Selain kena siapkan produk baru untuk syarikat... If boleh stay kat ofis, tido ofis, dah lama saya stay.. huu.. Saya kena menyibukkan diri  supaya saya tak teringat kat kenangan yang baru berlalu pegi.. Ya ALLAH, kuatkanlah hati hambaMU ini, supaya tabah dalam menghadapi dugaanMu.. Kurniakan diriku dan semua umat Islam kejayaan di dunia dan di akhirat.. AMiinnn.... 


Monday, 17 October 2011

~noBodY is pErFeCt a.k.a SEMPURNA~

SeMua orang dalam dunia ni berlumba lumba untuk menjadi sempurna.... tapi sebenarnya takde sape pun yg sempurna... percayalah... mungkin luaran nmpak sempurna, tapi dalaman, sikap..... teruk sgt... ada org luaran biasa2 je, tapi sikap dan perangai dia sgt disenangi oleh semua orang...


yang penting kite kena sayang dan cintakan diri sendiri... siapa lagi nak hargai diri kite, kalau bukan tuan empunya diri sendiri.. dan pastikan anda jgn terlalu memandang rendah keupayaan org lain... nobody is perfect maaa.... even awak pun sebelum berjalan, berlari kena merangkak dulu.... 


kepada para suami ataupun bakal suami, don't expect too much from you wife/future wife... kite mesti terima mereka seadanya sebagaimana isteri tercinta menerima awak.. dia tak kisah pun awk ni tak kaya, tak hensem... org pompuan ni sebenarnya memandang hati dan sikap seorang lelaki tu... kalau tak pandai masak, jgn marah, jgn cemuh... pandai2lah korang berkias... cube korang fikir, one day bile korang sakit, sape yg akan tlg korang, jaga korang.. bukannya mamak buat roti canai tu, ataupun auntie sebelah rumah.. of course your wife... setia di sisi korang smpai ke syurga.... insyaAllah..




jgn jadikan kekurangan isteri anda cth tidak pandai memasak, gemuk sbagai alasan untuk anda mencemuh mereka.. bimbing mereka dgn kasih sayang... belajar give and take, and tolerate each other.... kalau itu yg korang anggap penting dlm sebuah perhubungan, you are wrong!!!!!!!!! definitely wrong!!!!!!!


WHY????? sebab skill memasak boleh ditimba cuma take time... gemok bleh kurus.. skang mcm2 treatment ada.. tapi kasih sayang yang tak ternilai drpd seorang yg sgt mengasihi anda, sangat susah untuk dicari.. susah senang bersama.. bile korang takde duit, ada kwn korang dtg offer, pnjam duit dia.. satu dalam sejuta kot.. tp wife korang, dia sanggup gadai rantai emas emak dia utk suami tercinta..


So, guys out there, sila belajar menerima kekurangan your wife..... belajar utk tolerate, belajar utk give and take... sayangi isteri anda dgn sepenuh hati..........


Cinta takkan dapat dijual beli.. TRUST ME!!!!! tatatititutu... (^_^)

Sunday, 16 October 2011

MitoS MenjaDi PenGApit.............

Betul ke kalau kite bujang@anak dara, then kite jadi pengapit.... Kite akan lambat kahwin.. Ada gak versi if jadi peNgaPit, cepat kahwin... Hehe.. SeMUa ni MitOs.... takleh terima.. Sebab jOdOh pertemuan semua Allah yang tentUkan.. bUkan sebab kite jadi pengapit atau tak....


Actually, dah dua orang bakal pengantin offer aku jadi pengapit diorang.. Sorang kakak kat tempat keja kilang aku... Lagi sorang kawan kelas aku masa kat universiti.. kira kami mmg ngam.. First time ni nak jadi pengapit.. aku pun tak konfem lagi nak jadi atau tak.. seGanLah... memanglah suma org akan tgk pengantin tp sebenarnya pengapit pun org akan tgk gak tau....


Emm, aku ni sbenarnya dalam proses menguruskan badan... So, if nak jadi pengapit dlm waktu terdekat ni, rasanya aku lom bersedia... susahLah nak cari baju yg cantik dan sepadan.... huuuuu.. 


astaghfirullah mimie.. cube jgn merendah diri sgt.. bukan kau takde idung, atau wutever yg menyebabkan kau lain drpd yg lain.. kau kena yakin  dgn diri sendiri... Chaiyooo!!! If aku jadi pengapit, nnti aku upload picture kat sini ya... tatatatitititututu.... hehe.. (^_^)

Friday, 7 October 2011

~Dia UntuKKu~ [SEMANIS KURMA]

Assalammualaikum semua.....

Arini nak share pasal tajuk rancangan Semanis Kurma malam tadi, 6/10/2011, pukul 10 malam di tv9.. Tajuk malam tadi ialah DIA UNTUKKU.....

Alhamdulillah, syukur sangat2 sbb rancangan ini keluar di saat aku benar2 mengharapkan nasihat dan pandangan seseorang.. Seronok dapat dengar ceramah berkenaan hati dan perasaan lagi2 masa tgh jiwa kacau ni...

Mcm mana nak tahu DIA untuk KITA???

  • Solat istikharah, minta petunjuk daripada Allah.. Banyakkan berdoa...
  • Bila kite tengok dia, kite akan rasa tenang, dan  jauh di sudut hati kite, kite akan tahu mmg dia yang kite cari selama ini..
Tips jodoh daripada ustaz dan ustaz dan ustazah:
  • SEkiranya kite  nak JoDoh yang baik dan soLeh, kite kena berubah dahulu menjadi yang baik dan soleh..
  • Kepada yang dah bercinta tu, jangan tunggu lama2, segerakan pernikahan.... 
  • Kepada yang belum bertemu jodoh lagi, jangan berputus asa berdoa.. Buat solat hajat dan solat istikharah.. Ustaz ckp solat istikharah ni bukan hanya bile kena buat keputusan.. bila2 pun boleh... Masa dah jumpe seseorang tu pun dah boleh buat solat istikharah....
  • Kepada yg bercouple, jgn berdua duaan... Kena bawak mahram skali bile berjumpa tu supaya terhindar daipada maksiat... kalau boleh, bawak mak ayah u all sekali.. he..
  • Jangan nak pegang tangan, pegang sana, pegang sini.. Kalau dah Gatai sangat nak pegang, ajaklah pasangan awak menikah cik abang oiii...
  • Jangan anggap perkahwinan ini satu perjudian.. Means, if bahagia, bahagialah.. if cerai, nak wat macam mana kan.. Judi tu kan MAKSIAT, mana boleh samakan perkahwinan yang sememangnya SUCI.. Korang semua kena berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan masing2, berusaha menjadikan perkahwinan, rumahtangga korang bahagia hingga ke syurga... 
  • Pilihlah pasangan anda kerana AGAMA.. Pilih yang soleh dan solehah.. insyaAllah, kamu akan mendapat keluarga yang sakinah, bahagia dunia dan akhirat...
Pastu ustaz pesan, bila hari ulang tahun hari lahir kita, puasalah dengan niat kerana untuk menyatakan hajat kepada ALLAH.. Hajat supaya diberikan pilihan yang terbaik dalam hidup.. Tak semestinya jodoh, tapi pekerjaan dan sebagainya... Besday aku 29hbOktober ni.. insyaAllah aku akan berpuasa.. Tapi masih dalam dilema sebab masa tu ada dua jemputan kenduri kawen.. huuuu... semoga semuanya dipermudahkan.. aminn...

Next, ustazah Husna, isteri kepada Imam Muda Ashraf bagi nasihat.. perempuan dan lelaki ni boleh diibaratkan seperti tikus dan kucing.. perempuan tikus, lelaki kucing.. tikus dan kucing mana boleh kawan baik, selalu gaduh.. Jadi, bila dah berkawan baik, tikus ni kena berhati hati supaya dia tak dimakan oleh kucing a.k.a orang lelaki.. Yalah, perempuan ni kan baik.. bile dah cinta, sayang kat seseorang tu, mereka sanggup buat apa shaja... So, girls out there.. please watch out, okey.. nasihat untuk diri saya jugak.. supaya kuat.. jangan nak kesian kat orang laki ni.. BERANI UNTUK KATAKAN TIDAK.... korang kena jaga maruah korang.. belajar untuk kuat... biarkanlah.. kalau betul lelaki tu sayangkan awak, dia akan respek awak, keputusan awak.. if not, dia nak tinggalkan u all.. let him go.. sebab Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri kita.. Unless, dia dah jadi husband u all.. Bagi jelah apa yang husband mintak.. dapat pahala banyak as long tak bertentangan dengan hukum ALLAH..


So, the conclusion is JODOH anda ada di mana2.. Mungkin ada di depan mata, atau tersembunyi, atau di sebelah anda sahaja, atau jauh di mata.. Jangan putus asa berdoa, pinta kepada ALLAH jodoh yang baik dan soleh, supaya kamu dan dia bahagia hingga ke syurga.. insyaALLAH.. aminnnn...

okeh kawan2... seMOga kite semua bertemu jODOH yang terbaik, soleh, dan bertanggungjawab.. aminn...
Take care of your heart... saVe your heart only for your husband whO deserve the best.. 

JUmpa Lagi.. (^_^)

Thursday, 6 October 2011

new upDate HerbaLIfe

dah nak dekat 2 minggu berat aku tak turun2... tapi dalam masa yang sama aku bersyukur gak sebab tak naik.. hii.. alhamdulillah... emm, my fault.. mana taknya.. sejak akhir2 ni, emosi aku tak stabil.. balik keja je nk makan... if sikit, takpe.. ni mcm nak melantak.. hu.. jiwa pun kacau..


macam mana ni.. target nak lose weight 6 kg so that berat ideal utk aku smakin hampir.. hu.. if aku turun 6 kg, maksudnya berat aku ialah 65kg.. paling susah nak turun pipi, lengan, dan pinggang.. why???? 


okeylah, the best solution is fasting... arini aku start berpuasa.. insyaAllah, esok pun nak puasa.. next week pun sama.. nak ganti puasa.. bulan syawal aritu aku tak sempat ganti puasa, cuma sempat puasa enam.. Alhamdulillah.. ada org ckp kena ganti dulu, baru leh puasa enam.. ustazah aku ckap takpe, dulukan mana yang mampu.. huuu... 


kenapa aku nak kurus???? nak LOse weigHT??? why MIMIE??? 


korang yang penah berbadan besar mesti tahu perasaan aku... nak cari baju cantik2 pun senang bile dah kurus.. yang penting, nak rasa diri jelita, cun walaupun sebenarnya biasa2 je.. hi... 


so, kwn2 yang nak kuruskan badan tu, jOM consume HERBALIFE.. insyaAllah, takkan dikecewakan.. trust me.. sbb dah bnyak produk saya guna.. HERBALIFE is the best.. bukan hnya utk turunkan berat bdn.. utk kesihatan... 


okeh, PM me at asywin86@yahoo.com.. sHaring is Caring... (^_^)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads