Wednesday 23 January 2013

~No Komen~



Hari ini no komen, no mood...
Banyak benda negatif...
Rasa nak muntah je...
Nak keluarkan semua yang negatif tu...

Tak tahulah kenapa...
Ada satu perkara ni...
Satu ke, dua ke, tiga ke...
Yang penting memang ada kaitan....
Tuan punya blog sangat2 tak boleh bertolak ansur...
Memang serius....
Sedih dan tak suka..!!! 

This thing....
Dari dulu memang dah tahu wujud...
Tapi tak ambik peduli, just for info...
Laa ni baru rasa sangat disturbing me...
Too much..!!! 

Aissh....
Tak tahu kenapa bermasalah....
This negative thing memang membuatkan saya negatif...
Hate it so muchh..!!!!
Mengalir air mata banyak kali pun tak guna.... 

Okeh..
Positif.. Positif... Positif...
Always positif...
Taknak tahu apa2, walaupun memang akan tahu...
Taknak ambik peduli, walaupun kena ambik peduli...

Skang ni, doa je yang terbaik...
Mohon Allah tunjukkan jalan yang terbaik...
Dan saya memang hamba yang sangat berdosa..
Tak layak membenci...
Astaghfirullah.. 
I'm sorry for hating so much... 
Not you but your action..  +_+

p/s: Apa bukti dia dah berubah kalau kehidupan dia masih dalam konteks yang sama jugak?? Okeh, saya memang tak kenal dia... Huhu.. 



Sunday 20 January 2013

~Laluan ke ROMPIN, Pahang~

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, hari ini dah dua bulan tuan punya blog bekerja di Rompin, Pahang...
Kalau sebelum ni mmg terkial-kial meng 'google' nak cari laluan ke Rompin dari Batu Pahat...
Tapi sekarang tak lagi...
Bahkan dah mula jatuh cinta dengan pemandangan laluan tu..
Sebab mendamaikan dengan hutan kiri kanan...
Subhanallah...

Okey, if dari Batu Pahat ke Rompin, ada beberapa checkpoint yang perlu dilalui...
Check point pertama, ialah laluan dari Batu Pahat ke Kluang...
Masa ni, memang kena lalu bandar Kluang...
Batu pahat ke Kluang lebih kurang 30 minit...

Check point kedua ialah dari Kluang, ambik laluan ke Mersing..
Tapi sebelum tu kena ambik laluan ke Kahang dulu...
Laluan ke Kahang ni kena bersabar sikit sebab banyak lori lalu..
Kadang2 tu mmg perlahan, dan jalan banyak double line..
Susah nak potong...
Plus jalannya yang macam ular melingkar...
Kena hati2, jgn laju sgt, sbb bnyak selekoh tajam...
Kluang ke Kahang, lebih kurang 1 jam...

Then, barulah dari Kahang ke Mersing...
Kat Mersing ni, akan lalu Felda Nitar 1, 2...
Felda lain lupa daa... Huhu...
Memang agak jauh sikit jalan kat sini, kawasan hutan...
Tapi bila dah sampai Felda Nitar tu, maksudnya dah dekat dengan bandar Mersing...
Kahang ke Mersing lebih kurang 1 jam....

Check point ketiga, Mersing ke Endau...
Masa ni dah masuk laluan bndar, bnyak rumah-rumah....
Ada jugak laluan yang kiri kanan hutan, tapi tak jauh....
Mersing ke Endau lebih kurang 30 minit...

Check point keempat, Endau ke Rompin...
Masa ni memang dah rileks sket sebab dah tahu dah nak sampai...
Jalan pun okey...
Endau ke Rompin, 30 minit...

Jadinya, keseluruhan masa yang diperlukan ke Rompin dari Batu Pahat, ialah 3 jam 30 minit...
Sebenarnya boleh sampai lagi cepat, terpulang kepada diri masing2...
Yang penting berhati hati, dan bersabar....
Jangan terlalu ikutkan hati...


Okeh, entri seterusnya mungkin saya akan cerita makanan yang terkenal di Rompin iaitu udang galah...
Boleh tahan sedap sebab setiap kali makan, dapat makan free...  Hehe...
Alhamdulillah... 

Tunggu dan lihat ye...
InsyaAllah, saya akan update... =)


p/s: Tak sabar nak gi Pulau Tioman.. Wee.... 

Wednesday 2 January 2013

~Risau itu Suatu Kerisauan~

Bismillahirrahmanirrahim....

Ada satu perkara yang apabila saya membaca dan melihatnya, hati saya akan jadi sedih, sebak, dan risau...
Perkara yang sepatutnya memang saya elakkan...
Saya selalu bertanya, kenapa perlu saya mengetahuinya...
Seolah-olah saya tidak dapat menerimanya...
Hati dan fikiran saya benar-benar terganggu....
Kenapa saya perlu risau....
Kenapa dan kenapa....

Astaghfirullah...
Mungkin ini hanya mainan perasaan....
Lebih baik saya biarkan sahaja...
Allah Maha Mengetahui...
Sememangnya sebagai seorang insan, saya tidak mahu perkara negatif dalam hidup saya...
Sememangnya saya mahu yang baik-baik sahaja....
Tapi saya sedar, negatif dan positif itulah yang akan menjadikan saya lebih kuat...
Mungkin satu hari nanti, ada sesuatu yang perlu saya berikan untuk membuatkan kehidupan seseorang itu lebih baik...

Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk saya...
Apa pun yang berlaku, saya harap saya tetap kuat...
Berdoa, dan terus berdoa...
Dan sudah tentu saya tidak mahu larut dalam kerisauan itu....

Allah Maha Berkuasa...
Kunfayakun... 
Apabila Allah Mengkehendaki, itu yang akan terjadi....
MashaAllah....
Ilmu insan terbatas...
Ilmu Allah jualah yang Maha Luas...
Bersabarlah duhai hati.... (T_T)

(Myilham.com)


Masa berlalu. Kita masing-masing terus melangkah mengejar impian masing-masing. Ada yang melangkah gagah, ada yang melangkah tenang, ada yang sudah goyah, ada yang perlahan dan ada yang tempang.
Apapun, kehidupan tetap diteruskan.
Pernah tak anda merasai kerisauan?
” Aku risaula. Exam berderet minggu depan..”
” Saya risaula. Apa lah akan terjadi dalam hidup kita akan datang ”
” Ana risaulah. Masuk kali ni dah 3 kali lamaran ana ditolak..”
Siapa yang tak pernah rasa risau, kan?
Kita boleh saja risau dengan banyak sebab dan banyak faktor. Tapi yang paling besar adalah sebab duit, sebab keluarga dan sebab wanita ( cinta ).

FITRAH
Manusia ini Allah jadikan dengan sifatnya yang istimewa.
Ada ketika dia kuat, ada ketika dia akan lemah.
Tak ada manusia yang sentiasa kuat. Begitu juga tak ada manusia yang sentiasa lemah.
Tapi tabiat lemah itu memang fitrah kejadian manusia. Sehebat mana pun dia dalam ilmu silat, sampai bergelar pendekar sekalipun, ada masa dan ketikanya dia akan demam, sakit kepala, sakit perut dan sebagainya. Begitulah kita-kita yang bernama manusia.
Salah satu petanda lemahnya kita adalah rasa risau, bimbang, keluh kesah, gelisah yang sering bertandang di hati.
Hebat mana pun kita, setinggi mana pun kedudukan dan darjat kita di dunia, ada masa dan ketikanya akan rasa risau dan bimbang.
Sebab apa?
Sebab kita manusia, ilmu kita terbatas. Kita tahu apa yang sedang berlaku, tapi kita tak tahu apa yang bakal berlaku.
Esok, lusa, minggu depan, tahun depan, masa depan, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada diri kita, pada perancangan kita, pada keluarga kita dan sebagainya.
Orang yang mengeluarkan modal untuk berniaga, dia pun rasa risau, takut-takut rugi, takut berlaku sesuatu yang mengakibatkan perniagaan terbengkalai, terhenti sekerat jalan, bertemu kegagalan, ditipu pelanggan dan sebagainya.
Ah. Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan, mana mungkin kita tidak risau?
Itu kan fitrah.

RISAU YANG MENJADI KERISAUAN
Tapi dalam Al-Quran, ada petikan ayat yang cukup indah sebagai motivasi.
Firman Allah ta’ala :
Dan ketika datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya); dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan itu berkata: “Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu (serta pengikut-pengikutmu) – kecuali isterimu, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan.
[ Al-Ankabuut : 33 ]
Ya, ada pujukan supaya ‘jangan takut, jangan risau, jangan gelisah, jangan dukacita’ walaupun berada di tengah-tengah ujian yang menggila!
Pujukan inilah ubat kepada orang beriman.
Walaupun Allah jadikan dalam diri kita ada rasa risau, tetapi kerisauan itu tidak diciptakan untuk menjatuhkan kita. Sebaliknya kerisauan itu diciptakan untuk meninggikan darjat kita.
Bagaimana?
Bila kita mampu pulangkan kerisauan itu kepada Allah ta’ala, Pemilik segala percaturan di dunia.
Kita risau, tapi kerana kita yakin Allah yang berikan ujian dan dugaan, jadi kita berjaya atasi kerisauan tersebut. Kita gelisah, tapi mampu ditukar menjadi tabah, lantas kita berjaya bangkit lebih gagah.
Tapi bagaimana jika Allah dipinggirkan dalam kehidupan?
Tatkala ujian dan dugaan silih mendatang hari ini, dan di dalam dada berkecamuk resah gelisah menduga ujian serta cabaran hari esok, kepada siapa disandarkan segala tindakan dan percaturan?
Tiada siapa. Hanya diri sendiri. Hanya dengan manusia-manusia yang ada.
Lalu risau terus berpanjangan. Gelisah berterusan, jiwa mula sukar bertemu ketenangan.
Situasi ini yang kita tidak inginkan.
Risau yang tidak disandarkan kepada Pemilik segala percaturan, akan merubah segenap sisi kehidupan. Dari seorang yang tenang, menjadi seorang yang panas baran. Dari seorang yang optimis, menjadi seorang yang pesimis. Dari seorang yang pemurah, menjadi seorang yang bakhil. Dari seorang yang peramah, menjadi seorang yang pemarah.
Semuanya kerana risau dalam menjalani kehidupan!
Isteri hilang percaya pada suami. Suami mula menyampah dengan isteri. Ibu mula bosan dengan anak-anak. Anak-anak mula jauh hati dengan ibu dan ayah sendiri.
Ah. Panjanglah jika hendak disenaraikan kesan-kesan buruk apabila kehidupan dimamah sebuah rasa ‘risau’.
Padahal rasa risau itu sendiri suatu kerisauan kepada kita. Kerisauan yang jauh lebih besar dari sebuah rasa risau adalah apabila kita terlepas tali pergantungan dengan Allah ta’ala.
Tuhan yang mencaturkan hidup kita dan menatijahkan perancangan kita menjadi begini.
Segalanya dibuat cantik dan teliti, kerana hikmah tertentu yang hanya bisa dikecap dengan deria tulus seorang mukmin.

JANGAN RISAU!
Jika di depan kamu itu adalah masalah, jangan kamu risau.
Jika di depan kamu itu bukan masalah, mengapa kamu risau?
Ya.
Jika di depan kita itu adalah sebuah masalah ( yang kemudiannya kita risau kerananya ) , sepatutnya kita tidak risau. Kenapa? Sebab setiap masalah ada penyelesaiannya. Bukan begitu?
Tidak ada masalah yang timbul, melainkan pasti ada jalan keluarnya.
Kalau tak ada jalan keluar, satu sahaja jawabnya, iaitu mati.
Selagi hidup, pasti ada jalan keluar.
Lebih-lebih lagilah jika di depan kita itu bukan sebuah masalah, maka tak ada sebab untuk kita risau.
Kesimpulannya, jangan larut dalam sebuah kerisauan!
Sesekali ia datang menyapa lubuk rasa, layanlah sekadarnya. Jangan layan dengan emosi semata-mata, tetapi layanlah dengan sepenuh rasa muhasabah kepada Allah ta’ala. Risau yang datang mengingatkan kita supaya menguatkan pergantungan dengan Sang Pencipta.
Tapi jangan berterusan hidup di dalamnya.
Letak kerisauan itu di tangan, jangan letak di dalam dada. Letak di tangan, kita akan berikhtiar sehabis daya untuk mengatasinya.
Kalau letak di dada, alamatnya seluruh hidup kita boleh musnah kerananya!
Hanya Allah sebaik-baik tempat bergantung dan diletakkan harapan. Jangan risau, jangan gelisah, yakinlah Allah sentiasa bersama anda!







Tuesday 1 January 2013

::NASIHAT DARI HAMBA ALLAH::

Bismillahirrahmanirrahim....


Hari ini saya nak share video ilmiah untuk tatapan pengunjung blog...
Bukan sahaja satu video, tapi ada beberapa video lain...
Kita manusia tidak pernah lari dari membuat dosa...
Benar, setiap saat, setiap detik...
Ada sahaja perkara yang mebuatkan kita seorang pendosa...

Tetapi Allah Maha Penyayang...
Allah Maha Pengampun...
Apabila kita melakukan dosa, cepat2 kita bertaubat....
Ucaplah Astaghfirullah...
Agar hati kita sentiasa lembut untuk meminta keampunan daripada Allah...




Dunia kita sebenarnya bermula dari dalam diri kita...
Dunia dalaman kita...
Mari kita audit diri kita...
Siapa kawan kita...
Adakah dia boleh membawa kita mendekatkan diri kepada Allah...
Atau dia akan menjauhkan diri kita daripada Allah...

Kita hidup di dunia ini mencari redha Allah, bukan penghargaan manusia...
Kalau kita kenal kawan kita ini, dia seorang yang zalim, ataupun hidupnya penuh dengan maksiat...
Kita wajib nasihatkan dia... 
Kita mesti ada usaha untuk mengajak dia bertaubat...

Tapi kalau dia masih ditakuk lama, tidak mahu berubah, kita doakan sahaja kawan kita itu..
Tidak perlu untuk bersamanya lagi....
Bukan kerana kita pentingkan diri sendiri, tetapi kita tidak mahu bersubahat dengan perkara-perkara maksiat...
Di samping itu, doakan dia...
Berdoa, dan terus berdoa...
Agar rakan kita itu diberi petunjuk oleh Allah...
Semoga hidayah Allah menjadi miliknya, dan milik kita jua... Amiinn...



Seringkali kita tersilap dalam melangkah...
Kita mahu bertaubat, tapi di laptop kita penuh dengan gambar dan video maksiat...
Kita mahu menjadi baik, tetapi kita masih lagi berkawan dengan mereka pelaku maksiat...
Kita mahu kembali kepada Allah, tetapi bahan bacaan kita masih lagi menjurus kepada khurafat, maksiat dan sebagainya....

Audit diri kita, audit niat kita, audit bahan bacaan kita, audit cara hidup kita...
Apa yang kita baca, dengan siapa kita berkawan, itu akan menggambarkan diri kita...
Berusahalah untuk maju ke hadapan...
Berusahalah untuk kembali kepada Allah..



Cuba dekatkan diri dengan mereka yang soleh dan solehah...
Banyakkan menonton rancangan yang mengingatkan kita kepada Allah....
Banyakkan juga membaca bahan bacaan yang mengajak kita mengenalNYA yang ESA...
Usah menjadikan isu sosial sebagai bahan bacaan yang melampau dalam kehidupan kita ini...
Ditakuti perkara itu menjadi nanah dalam kehidupan sebenar kita...
Nauzubillah minzalik...

Maaf andai tersalah bicara...
Dan mohon ampun jika menyakiti jiwa..
Kerana sayang dan kasih, diri ini cuba sebaiknya menyusun kata...
Untuk bersama-sama kamu semua ke SyurgaNYA di akhirat sana...
InsyaALLAH....


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu... 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah...
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi ingatan..."
::Imam Hassan Al-Basri::




~ Selamat Menonton~
(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads