Monday 30 December 2013

::Kebaikan Surah LUQMAN::

Bismillahirrahmanirrahim...



Pada saya Surah Luqman adalah Surah yang istimewa...
Surah yang menceritakan wasiat dan nasihat dari seorang bapa kepada anak lelakinya...
Apabila membaca terjemahan Surah Luqman ini, saya dapat rasakan nasihat itu bukan sahaja untuk anak di dalam kandungan ini, tetapi juga untuk diri saya sendiri...
Senang cite, Surah ini adalah 'Beautiful Reminder' untuk kite semua... 
Sebagaimana cerdiknya Luqmanul Hakim, dan juga sebagaimana bijak serta baiknya bapa kepada zuriat ini, saya sentiasa mendoakan anak saya menjadi anak yang soleh, cerdik, sihat sempurna dan baik...
Yes, our dear little caliph... Aminn.. InsyaAllah.. =)

Kebaikan membaca Surah Luqman ketika mengandung:
- InsyaAllah, bayi di dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran...
- InsyaAllah, bayi itu juga akan menjadi anak yang soleh serta dikurniakan hikmah  yang tersirat apabila lahir ke dunia..


Petikan ayat 17, Surah Luqman:

             "Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya..... ”
_____________________________________________________________


~TQ Google~


p/s: Semoga ibu mengandung termasuk saya dapat mengamalkan membaca Surah Luqman ini.. Jaga diri, jaga emosi, dan jaga makan tau...(^__^) 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads