Sunday 18 March 2012

Berubahlah Kerana ALLAH.... Bukan Kerana Manusia...


Bismillahirrahmanirrahim....

Perubahan selalunya dikaitkan dengan perubahan yang baik.. Seperti contoh, seorang yang dahulunya pemalas dan sering meninggalkan solat, kini tidak lagi meninggalkan solat.. Seorang yang tidak pernah mengenali masjid, kini lebih suka menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah di masjid... Dan perubahan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar iaitu perubahan dalam dirinya di mana dia lebih dekat dengan Allah dan hatinya merasa lebih tenang... Subhanallah...

Perubahan yang berlaku dalam diri kita kadang2 disebabkan oleh peristiwa yang hadir atau mereka yang kita jumpa dalam hidup kita... Menjadikan kita hamba Allah yang tersedar akan kebaikan yang perlu kita laksanakan dan seterusnya meninggalkan dosa yang seringkali dilakukan...

Namun begitu, adakah perubahan yang kita lakukan ini kerana Allah, ataupun kerana manusia.. Adakah kerana ingin membahagiakan insan lain... Adakah kerana ingin menggembirakan hati mereka... Dan adakah kerana ingin membuktikan pada insan yang kita sayang bahawa kita menyayanginya dan kerana itulah kita berubah... 

Tapi pernahkah kita terfikir bahawa sekiranya kita berubah kerana manusia, perubahan itu tidak akan kekal.. Bahkan boleh kembali menjadi lebih teruk lagi sekiranya insan yang ingin kita cuba bahagiakan itu meninggalkan kita....

Sahabatku,

Sebenarnya kehadiran si dia itu membantu kita untuk berubah... Kehadiran peristiwa itu untuk menyedarkan kita bahawa Allah menyayangi hambaNya dan sesekali tidak mahu kita berada dalam kesesatan buat selamanya... 

Sahabatku,

Berubahlah kerana ALLAH...

Berubahlah ke arah kebaikan... Berubahlah walaupun terpaksa merangkak dalam mencari kebaikan... 

Berubahlah kerana Allah walaupun pada mulanya kita berubah menjadi baik kerana si dia... Berubahlah kerana Allah walaupun dia tidak lagi di sisi kita... Berubahlah kerana perubahan yang baik tidak menjadikan kita seorang yang rugi bahkan menjadikan kita seorang pelabur yang akan mengaut keuntungan saham yang banyak di akhirat nanti... Berubahlah kerana mencari redhaNYA yang Maha Pengasih lagi Maha Mengampuni...


Sahabatku,

Apabila sudah menemui kebaikan, jangan pernah berpatah balik... Bertahanlah walaupun diuji kerana  ujian itu adalah tarbiyah (didikan) Allah untuk kita.... Dan jangan pernah menutup semua pintu kebaikan yang Allah sediakan buat kita semua...

Sahabatku,

Berubahlah... Selangkah demi selangkah...
Berubahlah walaupun secara perlahan lahan... Namun istiqamah (berterusan)...
Dan berubahlah kerana Allah... Bukan kerana manusia.... 

Ingatan buat diriku, kamu dan juga kamu...  Semoga Allah merahmati kita semua... Aminn.. 


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads