Tuesday 6 March 2012

BiCaRa Hati


Siapa yang tidak mahu dicintai atau mencintai? Bukankah itu fitrah seorang manusia... Mendambakan seseorang untuk mencintai dirinya dan mencintai orang lain jugak...  Suka, kasih, cinta, sayang... Perasaan ini terlalu kompleks untuk diterjemahkan... Anugerah Allah Taala yang tidak terhingga... Tetapi menahan perasaan fitrah ini daripada menjadi fitnah, bukankah dituntut dalam Islam juga... Supaya harta paling berharga ini hanya menjadi milik seorang yang halal di sisi, iaitu suami tercinta....

Bukan kolot namanya kalau seseorang itu mahu bercinta selepas nikah.. Dia hanya mahu menjaga perasaan fitrah ini... Hanya untuk yang halal baginya... Setiap manusia memang tak pernah lari daripada salah silap dan dosa... Kita tak perfect... Tapi sampai bila kita mahu recycle dosa2 kita ini... Stop and move on ke arah yang lebih baik... Maksud saya hentikan bercouple, dan menikahlah...

Bila melihat kawan2 dengan couple masing-masing, membuatkan syaitan berbisik kepada diri ini... Bukankah keserasian perlu dicari untuk mengenali seseorang... Barulah tahu dia ni sesuai untuk kita ataupun tidak... Berapa ramai pasangan yang mencari keserasian sebelum berumahtangga selama bertahun tahun, dan akhirnya perkahwinan mereka bertahan tidak sampai setahun... Apakah faedahnya serasi itu kalau hanya mencari keserasian sebelum bernikah, dan bukannya mencari keserasian selepas bernikah... Saya yakin dan percaya bahawa keserasian itu hanya akan dicapai di bawah redha Allah...

Rasulullah S.A.W menganjurkan proses bertaaruf untuk mengenali pasangan kita.. Tapi dengan cara yang dianjurkan Islam.. Kita kenal seseorang untuk apa? Suka2? Nafsu? Atau tujuan kita bernikah kerana Allah? Yup.. Bila niat kita kerana Allah, secara tak langsung kita akan mendapat keserasian itu sebab tangunggjawab untuk menjadi yang terbaik bagi pasangan kita telah membina keserasian itu sendiri... Ya, kita mencari redha ALLAH... Dan juga redha ibu bapa...

         “Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Selepas cinta Allah dan Rasul, cinta suami yang utama... Jangan bazirkan perasaan ini kepada orang lain.. Cukuplah hanya untuk suami.. Yang akan melengkapi hidup kamu, menerima kamu seadanya, bersusah senang dengan kamu... Bukankah suami kamu yang akan menanggung dosa-dosa kamu... Dan jangan sesekali mensia siakan suami kamu hanya kerana orang lain.... Kerana hanya dia yang berani menerima segala kekurangan kamu.. Hanya dia yang berhak menerima cinta daripada kamu.....


  Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauhul Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. 
Itu janji Allah.    

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Nuffnang Ads