Friday 2 March 2012

Seorang yang 'teachable'?



Adakah anda seorang yang 'teachable'? Yang sanggup belajar, boleh dididik, sanggup menerima nasihat, dan sanggup memperbaiki diri.. Walaupun daripada seseorang yang hanya berkelulusan sekolah rendah atau tidak pernah bersekolah langsung, walaupun dia hanya seorang pekerja bawahan? Jika ya, anda seseorang yang mepunyai peribadi yang baik, tidak ego, dan berjiwa besar.... 


Sikap pentingkan diri sendiri, I'm always right, tak boleh diajar langsung, tak boleh diajak berbincang  antara sikap yang tidak patut ada dalam diri seseorang... Sepatutnya kita sebagai manusia yang serba tidak sempurna, haruslah bersifat rendah hati... Kadang2 kita fikir bahawa kita lebih tahu, tetapi sebenarnya orang yang kita anggap tidak tahu kadangkala lebih tahu daripada kita... 

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” 
[Surah al Israa’: ayat 37]

Ilmu itu sangat luas.. Setiap orang diberi keistimewaan dan kelebihan dalam bidang masing-masing walaupun dia tidak mempunyai ijazah... Sebab ilmu boleh ditimba melalui pengalaman dan perkongsian dengan sesiapa jua... Dan ilmu itu sifatnya bukan untuk dibanggakan tetapi untuk dikongsikan dengan orang lain....

Seringkali kita lihat orang tersebut seperti mempunyai ilmu yang tinggi dan serba tahu akan segalanya... Tetapi disebabkan ego yang tinggi dan tidak ada kerendahan hati, mereka akan bersikap sombong dan tidak mahu menerima pandangan daripada yang lain... 

Di sinilah kita dapat lihat bagaimana emotional intelligence (EI) seseorang mempengaruhi kehidupan dia... Cara dia mengendalikan emosi dalam perhubungan sesama insan... EI juga boleh menjadi salah satu aset dalam menilai kematangan diri seseorang... Umur bukannya satu ukuran sekiranya tahap emosi anda seperti pelajar sekolah menengah walaupun anda sudah berusia 40 tahun... 

”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” 
[Surah al-Luqman: ayat 18]


Ibarat resmi padi 'semakin berisi, semakin tunduk'... Itulah sebenarnya yang perlu ada dalam diri setiap insan.. Buang ego anda, dan jadilah seorang yang teachable.. Allah tidak menyukai orang yang sombong.. Amalkan sikap rendah hati kerana itulah kunci hubungan yang baik dengan sesama insan... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads