Monday 19 March 2012

ALLAH, ALLAH, ALLAH....

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah, please give me strength... 
Please Ya Allah, show me the way, the true way... 
Please ya Allah, ease my way...
Please Ya Allah, don't let me go astray...

And please Ya Allah, forgive all my sins... 
And show me the way to Jannah..
Amin... 

“…But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. 
And Allah Knows, while you know not.” 
(Surah al-Baqarah:216) 

+





Sunday 18 March 2012

Tak ada istilah 'putus cinta' pun....



Putus cinta? Macam mana boleh putus? Dia curang ke? Laa, bukan korang dah merancang nak kahwin ke? Korang kan dah 5 tahun bercinta, sayangnya putus... Kau tinggalkan dia.. Tapi kenapa?

Antara bait-bait kata yang selalu kita dengar apabila seseorang itu 'putus cinta'...

Istilah 'putus cinta' selalu dikaitkan dengan cinta dua insan yang terputus di tengah jalan... Tetapi layakkah 'cinta' mereka itu dipanggil cinta? Sedangkan mereka belum mepunyai ikatan yang sah lagi...

Mana mungkin hubungan antara budak sekolah menengah dipanggil cinta... Begitu juga mana-mana hubungan yang belum diikat dengan ikatan halal yang dipanggil cinta...

Cinta yang selayaknya ialah cinta yang lahir dari hubungan yang halal, yang diredhai Allah... Itulah namanya cinta... Manakala cinta sejati tidak akan putus, dan akan kekal selamanya.. Itulah cinta seorang hamba kepada penciptaNya...

Bagaimana menterjemah perasaan dua insan yang berusaha untuk bersatu atas nama cinta iaitu perkahwinan... Sungguh kompleks... Mungkin perasaan itu belum layak digelar cinta tetapi mungkin itu adalah perasaan suka antara satu sama lain yang diilhamkan Allah supaya mereka berdua segera menuju ke fasa seterusnya iaitu pernikahan....

Mula-mula perasaan suka, dan kemudiannya bercambah kepada perasaan sayang dan kemudiannya cinta... Perasaan ingin mengambil berat dan mengambil tahu antara satu sama lain.. Perasaan ingin dikasihi, dan perasaan ingin mengasihi.. Sungguh bahagiakan bila ada orang mengambil berat dan mengasihi kita...

Oooppss, tapi tunggu dahulu... Jangan biarkan perasaan suka anda melarat sehingga ke peringkat seterusnya jika anda dan dia tidak berhasrat untuk mendirikan rumahtangga... Cukuplah sekadar suka  yang mempunyai titik noktah.. Fungsinya untuk mengelakkan hati yang sakit dek kononnnya 'terputus cinta'...

Cuba teka makhluk manakah yang akan berusaha supaya anda dan si dia tidak bersatu dalam ikatan yang halal tetapi sebolehnya mahu anda berdua dibelenggu perasaan yang tak pasti dan kemudiannya melakukan perkara yang Allah larang.. Makhluk yang menyuruh anda dan pasangan mencari keserasian dengan ber 'couple' dan bukannya mencari keserasian melalui pernikahan...

Tentulah makhluk yang bernama SYAITAN...

Mana mungkin syaitan berdiam diri setelah mengetahui dua anak Adam mempunyai hasrat ingin mendirikan Baitul Muslim di mana segalanya menjadi halal bagi mereka berdua.. Segalanya dibolehkan Allah.. Dan segalanya adalah rahmat dan pahala hatta melihat wajah isteri adalah pahala untuk suami dan juga pahala untuk isteri walau sekadar tersenyum manja kepada suaminya.. Luas kan rahmat Allah dalam kehidupan berumahtangga...

Dan daripada pernikahan itu, lahirnya anak-anak yang akan menjadi saham bagi kamu berdua di akhirat nanti... Kemudian bertambahlah umat Nabi Muhammad S.A.W yang baik dan halal keturunannya... Bukannya daripada hubungan penzinaan... 
Percayalah... Usaha kamu ke arah perkahwinan pastinya tidak disukai syaitan... 

Pada mulanya, syaitan akan membuat semuanya indah belaka tatkala kamu dan si dia berkenalan dan menjalin hubungan.. Tetapi apabila kamu berfikir mahu menjadikan dia sebagai suri dalam hidup kamu, syaitan perlahan lahan akan menyuntik perasaan ragu-ragu dalam hati kamu.. Perasaan tidak yakin kepada pasangan, tidak yakin dengan status kewangan, masalah keluarga dan sebagainya... Itulah antara dugaan dan ujian yang perlu kamu berdua tempuhi.... Bukankah ujian itu adalah didikan Allah.. Bersabarlah... Kelemahan dan kekurangan pasti ada dalam setiap insan... Buka hati dan minda kamu kerana tiada yang sempurna melainkan Allah..

Jadi, di sini suka saya ingatkan kepada semua bahawa cinta itu tidak putus.. Cuma usaha kamu ke arah perkahwinan yang teputus bersama dengan si dia.. Sekiranya masih ada harapan, perbaikilah... Jangan disia-siakan usaha yang murni dalam mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W... Semoga Allah merahmati kita semua.. Aminn...

Berubahlah Kerana ALLAH.... Bukan Kerana Manusia...


Bismillahirrahmanirrahim....

Perubahan selalunya dikaitkan dengan perubahan yang baik.. Seperti contoh, seorang yang dahulunya pemalas dan sering meninggalkan solat, kini tidak lagi meninggalkan solat.. Seorang yang tidak pernah mengenali masjid, kini lebih suka menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah di masjid... Dan perubahan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar iaitu perubahan dalam dirinya di mana dia lebih dekat dengan Allah dan hatinya merasa lebih tenang... Subhanallah...

Perubahan yang berlaku dalam diri kita kadang2 disebabkan oleh peristiwa yang hadir atau mereka yang kita jumpa dalam hidup kita... Menjadikan kita hamba Allah yang tersedar akan kebaikan yang perlu kita laksanakan dan seterusnya meninggalkan dosa yang seringkali dilakukan...

Namun begitu, adakah perubahan yang kita lakukan ini kerana Allah, ataupun kerana manusia.. Adakah kerana ingin membahagiakan insan lain... Adakah kerana ingin menggembirakan hati mereka... Dan adakah kerana ingin membuktikan pada insan yang kita sayang bahawa kita menyayanginya dan kerana itulah kita berubah... 

Tapi pernahkah kita terfikir bahawa sekiranya kita berubah kerana manusia, perubahan itu tidak akan kekal.. Bahkan boleh kembali menjadi lebih teruk lagi sekiranya insan yang ingin kita cuba bahagiakan itu meninggalkan kita....

Sahabatku,

Sebenarnya kehadiran si dia itu membantu kita untuk berubah... Kehadiran peristiwa itu untuk menyedarkan kita bahawa Allah menyayangi hambaNya dan sesekali tidak mahu kita berada dalam kesesatan buat selamanya... 

Sahabatku,

Berubahlah kerana ALLAH...

Berubahlah ke arah kebaikan... Berubahlah walaupun terpaksa merangkak dalam mencari kebaikan... 

Berubahlah kerana Allah walaupun pada mulanya kita berubah menjadi baik kerana si dia... Berubahlah kerana Allah walaupun dia tidak lagi di sisi kita... Berubahlah kerana perubahan yang baik tidak menjadikan kita seorang yang rugi bahkan menjadikan kita seorang pelabur yang akan mengaut keuntungan saham yang banyak di akhirat nanti... Berubahlah kerana mencari redhaNYA yang Maha Pengasih lagi Maha Mengampuni...


Sahabatku,

Apabila sudah menemui kebaikan, jangan pernah berpatah balik... Bertahanlah walaupun diuji kerana  ujian itu adalah tarbiyah (didikan) Allah untuk kita.... Dan jangan pernah menutup semua pintu kebaikan yang Allah sediakan buat kita semua...

Sahabatku,

Berubahlah... Selangkah demi selangkah...
Berubahlah walaupun secara perlahan lahan... Namun istiqamah (berterusan)...
Dan berubahlah kerana Allah... Bukan kerana manusia.... 

Ingatan buat diriku, kamu dan juga kamu...  Semoga Allah merahmati kita semua... Aminn.. 


Kaedah Rawatan Penyakit dengan Air Sejuk


Rawatan Penyakit dengan Air, Air Sejuk dan Ais

“Ya Allah, cucilah diriku dari dosa-dosaku dengan air batu dan air embun…”
Ucapan Nabi dalam doa iftitah, riwayat sahih dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim 

Air, Air Sejuk dan Ais

Air adalah makhluk Allah SWT dan ianya sangat patuh kepada manusia yang taat kepada Penciptanya. Air merupakan medium rawatan yang amat berkesan. 

Molekul air sejuk adalah lebih stabil daripada molekul air suam atau panas dan oleh yang demikian air sejuk dapat menerima dan merakam isyarat gelombang niat dengan lebih cekap. 

Air bersifat menyucikan dan meneutralkan gelombang dan memori yang tidak baik. Air yang terbaik adalah daripada sumber gunung, mata air, sungai yang mengalir deras dan embun. 

Air hujan malam Jumaat dan air daripada kolam masjid juga baik untuk digunakan dalam rawatan.

Air sejuk mengandungi unsur membekukan, menguatkan tubuh dan membersihkan kotoran, dan sifat ini tidak terdapat dalam air panas. 

Kotoran terbahagi kepada dua iaitu daki dan kesat (melemahkan) , dan kesan dua pengaruh itu diatasi dengan zat yang dapat membersihkan, menguatkan dan mengebalkan jantung menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya. 

Mengambil wudhu’ dengan air yang panas adalah makruh dan hukum ini nyata memberi petunjuk yang jelas mengenai pengaruh suhu air terhadap tubuh.

Minum Air Sejuk

Air yang sejuk adalah lebih baik untuk diminum dan bukannya air suam seperti yang dipercayai dan diamalkan oleh ramai orang. 

Yang ditegah ialah air yang terlampau sejuk seperti ais. 

Di dalam perubatan Nabi, air panas dan suam hampir tidak digunakan di dalam rawatan baik di dalam mahupun di luar tubuh.

Air yang terbaik untuk dijadikan khasiat untuk tubuh ialah air sejuk yang dicampurkan dengan manisan seperti kurma, kismis dan terutama sekali madu. Ini adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW . 



Air suam tidak menghasilkan keadaan sebegini malah ia mengembangkan dan menghasilkan keadaan yang berlawanan.

Di dalam buku “Medicine of the Prophet” tulisan Ibn Qayyim Al-Jawziyya, seorang imam dan ulama besar yang banyak mengumpul data mengenai rawatan dan amalan Rasulullah SAW dari segi perubatan, beliau telah mengatakan:

“When a drink combines the two qualities of sweet and cold it is one of the most beneficial things for the body and one of the greatest means of the preservaton of health; the spirits, the faculties, the liver and the heart have a great longing for it, and are nourished by it. When it combines the two qualities, nourishment is acquired, and the penetration and distribution of the food to the organs is fully achieved.”

Seperti yang diperintahkan kepada Nabi Ayyub a.s. yang menderita kerana penyakit dalam Surah Sod: 42, di mana Allah telah berfirman:

“Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)

Air sejuk adalah lebih baik untuk mengeluarkan penyakit-penyakt dari dalam tubuh

Yang penting ialah cara meminum air yang sejuk itu, dan cara yang terbaik adalah mengikut amalan dan ajaran Rasulullah SAW. 

Pada yang tidak biasa, air sejuk akan menyebabkan sakit-sakit urat, batuk dan sebagainya. 

Ini berlaku kerana penyakit telah dipendamkan oleh air yang suam atau panas dan mengamalkan minum air sejuk akan membongkar semua penyakit-penyakit itu. 

Amalan minum air sejuk harus diteruskan sehingga semua simtom tindakbalas hilang dan jadikannya amalan harian.

Berendam Air Sejuk
Hadis riwayat At-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’:

“Apabila salah seorang diantara kamu diserang demam - dan demam itu adalah percikan api neraka - hendaklah ia memadamkan api itu dengan air sejuk dengan berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. 

Hendaklah ia mengucapkan:

“Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.”

Lalu berendam(menyelam) sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. 

Jika belum sembuh juga ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Walaupun di dalam hadith ini disebut demam, tetapi rawatan ini nyata amat berkesan untuk merawat rawatan penyakit panas yang lain seperti kanser, HIV, hepatitis, gout, stroke dan gangguan makhluk halus.

Mandi Air Sejuk

Dalam Sahih telah dipastikan bahawa Rasulullah SAW telah berdoa pada Allah:
“Ya Allah, bersihkanlah aku dari dosa-dosaku dengan air salji dan ais”.

Fakta penting dalam hadis ini ialah penyakit dirawat dengan yang berlawanan dengannya. 

Dosa-dosa adalah bersifat panas dan merupakan pembakaran. Ia membawa dua kesan iaitu: penodaan (pencemaran) dan kelemahan. 

Oleh itu rawatan mandi air sejuk bertujuan untuk melenyapkan api itu lalu menguatkan jantung yang sepatutnya bersifat sejuk. 

Air sejuk mempunyai sifat-sifat menguatkan tubuh yang tiada dalam air panas. Mandian air sejuk adalah satu kaedah sebagai asas perubatan jasmani dan rohani. 

Mandi air sejuk merangsang deria-deria, menguatkan roh, menambahkan kadar oksigen di dalam darah, mengekalkan cas-cas ion -ve pada kulit, meningkatkan sistem imun, menguatkan tulang dan merawat penyakit.

Firman Allah SWT:

Dan ingatlah peristiwa hamba Kami: Nabi Ayyub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ’Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab siksa (penyakit)”.

Maka Kami kabulkan permohonannya (Nabi Ayyub a.s.) serta Kami perintahkan kepadanya: “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”

Dan kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Surah Sod (38:41-43)


Dari firman Allah SWT di dalam ayat-ayat tersebut nyata air yang sejuk adalah penawar bukan sahaja untuk penyakit rohani dan jasmani tetapi juga dapat memperbaiki keadaan dan kedudukan manusia di dalam kehidupan hariannya. 

Mandi air sejuk akan menguatkan hati seseorang supaya ia dapat bersabar dan redha atas musibah-musibah yang menimpanya. 

Kekuatan roh, hati dan iman juga dapat menjauhkan diri daripada syaitan yang sentiasa mempengaruhi manusia supaya berputus asa, sedih, kesal dan berdendam. 

Menghadapi cabaran-cabaran hidup dengan pemikiran dan sikap yang positif adalah lebih mudah dilakukan jika mandian harian adalah dengan air yang sejuk.

Dari segi metafizik, mandi air sejuk akan 
  1. menguatkan tenaga spirit dan daya magnetik tubuh
  2. juga akan membersihkan medan tenaga elektromagnetik dan 
  3. meleraikan frekuensi-frekuensi yang membinasakan di sekeliling tubuh.
Ketiga-tiga faktor ini akan menentukan gelombang-gelombang mana yang ditarik samada gelombang jarak dekat yang positif atau baik atau gelombang jarak jauh yang negatif dan memudharatkan dan merugikan.


Air dan Rawatan Untuk Gangguan Spiritual

Hadis riwayat Imam Malik juga dari Muhammad bin Abu Umamah bin Sahal, dari ayahnya. Disebutkan di situ:

“Sesungguhnya penyakit ‘ain itu ada. Berwudhu’lah untuk menghadapinya. "

Manakala Abdurrazzaq meriwayatkan juga dari Ma’mar, dari Ibnu Tawus, dari ayahnya secara marfu’:

“Penyakit ‘ain itu nyata. Yang ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu sesuatu itu adalah ‘ain. Apabila salah seorang di antara kamu dituntut untuk mandi, hendaklah ia mandi.” 


credit to: berita harian online.com

Saturday 17 March 2012

Cerpen: Maafkan Saya


"Psst.. psst...," Danny cuba menarik perhatian Zahra.

Iskh, apahal mamat ni. Tiba-tiba psst psst... Tak tahu ke ni library. Orang datang sini nak study, bukannya nak mengorat. Baik aku buat tak tahu je.

"Assalammualaikum Zahra... Sibuk ke?" kenapalah si Zahra tutup dia muka dengan buku bila nampak aku.. Aku cuma nak tegur dia je...

"Waalaikumussalam.. Eh, kau Danny... Aku tak sibuk pun.. Baru ingat nak tido atas lantai ni...," ambik sebiji... Dah nampak aku baca buku, boleh tanya aku sibuk ke tidak....

"Aii, perli nampak.. Hehe.. Kebetulan aku nak cari buku, nampak kau duduk sini.. Tu yang aku tegur kau..."

"Yalah tu... Dah dapat cari buku ke belum?" 

"Belum... Takpelah.. Aku nak berbual dengan kau dulu.."

Suka hati je nak berbual kat library... Aku dahlah ada test toxicology lusa... Aku ni study kat library sebab nak fokus, senang faham nota.. Bukan nak berbual... 

"Kau ni masa dalam kelas tak pernah pun tegur aku... Mimpi apa tiba-tiba nak ajak aku berbual? Ke kau nak minta no.telefon coursemate aku yang cun tu, si Liza?" dengan nada perlahan Zahra membalas kata-kata Danny..

"Aku bukan taknak tegur kau kat kelas, tapi aku ni kan cuma menumpang je kat kelas kau tu... Yalah,  budak engineering yang sesat sebab kena repeat paper... Emm, Liza tu cun ke.. Pada aku dia biasa je.. Aku rasa kau lagi cun... Sekarang kau gemuk pun cun, bila kau kurus mesti lagi cun melecun... Konfem ramai nak ngorat kau... Kau tak nak diet ke Zahra? "

Astaghfirullah.. Sabar Zahra, sabar... Mamat ni memang tak reti jaga mulut agaknya... 

"Ooops, sori Zahra.. Aku tak bermaksud nak cakap macam tu...," kau pun satu Danny... Cakap main lepas... Kesian Zahra.

"Takpe Danny.. Aku dah biasa dengan gelaran gemuk ni... No big deal... Tapi yang kau risau sangat aku ni gemuk, kenapa?"

"Sebagai kawan, aku ambik berat pasal kau... Yalah, bila badan besar ni, banyak penyakit boleh datang... Kau tak cuba pergi pusat rawatan kuruskan badan tu ke? Aku tengok ramai yang berjaya..."

"Emm, sejak bila kita jadi kawan ni.. Kelakarlah.... Emm, kau ni Danny... Agak-agaklah.. Aku kan student.. Mana ada duit nak buat rawatan tu.. Kalau aku keja pun, aku rasa still tak mampu.. At least RM10 000 kena ada dalam poket.. Baik aku beli kereta... Kau lainlah Danny, anak usahawan berjaya...,"

"Kalau kau nak, RM10 000 tu aku boleh usahakan... Sebenarnya duit kat bank aku banyak... Aku tak kisah kalau kau pakai duit aku..."

"Danny, kau ni tak sihat eh... Tiba-tiba suruh aku kurus.... Nak bagi pinjam duit lagi... Iskh, tak payah... Baik kau guna duit tu sedekah kat anak yatim ke, masjid ke... Eh Danny, hari ni kan hari Sabtu.. Kau tak keluar dengan  Tina ke? Buah hati kau tu..." 

"Alah Zahra.. Aku serius ni nak tengok kau kurus... Sedekah duit kat masjid lain, bagi kau guna duit aku lain Zahra... Tina? Dia tu kawan biasa je... Lagipun dia bukan minat kat aku pun.. Minat kat duit aku..."

"Biasalah Danny... Kalau kau approach seorang perempuan tu dengan duit kau, mestilah dia akan terpikat dengan duit.. Cuba kau pikat dengan hati, insyaAllah kau akan dapat yang ikhlas..."

"Kau takde pun macam Tina.. Aku nak bagi RM10 000 pun kau taknak.."

Mamat ni memang dah sewel agaknya... Sesuka hati dia nak bagi aku duit ribu riban.. Ingat aku ni apa... 

"Okeylah Danny.. Aku nak balik kolej... Dah waktu lunch ni... Kau sambunglah cari buku tu ya...," kalau aku duduk lama kat sini, memang sah aku tak study...

"Eh, dah waktu lunch ke.. Jomlah aku hantar kau balik kolej... Tapi sebelum tu aku belanja kau lunch...," aku baru nak selami hati dia.. Minah ni nak balik dah.. Dia memang lain dengan budak perempuan yang aku pernah kenal sebelum ni...

"Eh, takpe Danny... Aku memang allergic dengan Honda Jazz... Tak boleh duduk, nanti badan aku gatal-gatal... Aku jalan kaki je... Lagipun nak keluarkan peluh.. Yalah, aku kan gemuk..."

"Kau ni agak-agaklah Zahra nak keluarkan peluh tengah hari buta ni.. Jazz aku kat workshop.. Aku bawak kereta mak aku.... Jomlah, aku hantar kau..."

Alamak... Kereta favourite aku tu... Mercedes dua pintu... Astaghfirullah... Tak boleh.. Kalau budak kelas tahu aku tumpang Danny, konfem jadi skandal.... Peliklah Danny ni.. Tak pernah tegur aku kat kelas, tiba-tiba serang aku kat library ni... Oh, aku pernah marah dia sebab bising masa kelas Dr Asri.. Dahlah duduk belakang aku, pastu bolehlah pulak buat adegan romantik dengan si Tina.. Aku memang sound direct je.. Nampak je aku lembut... Tapi kalau sekali aku marah, terkejut beruk orang.. Hihi... 

"Danny, lain kali eh... Kau kan nak cari buku.. Pergilah cari... Aku balik dulu...," bingkas Zahra meninggalkan meja.

"Zahra, tunggu...," suara Danny antara jelas dan tidak.. Cuba mengawal nada suara supaya tidak terlalu kuat..

Aishh, mamat ni kejar aku pulak... Tak paham bahasa betul...  Malas aku nak layan...

"Zahra, jangan sampai aku tarik tangan kau...," jerit Danny sebaik sahaja mereka keluar daripada library.. Tak kisahlah kalau orang sekeliling dengar...

Ya Allah... Beraninya mamat ni nak pegang tangan aku... Nak lari ke, atau nak minta tolong budak-budak yang ada kat sini... Ya Allah, selamatkanlah aku...

"Zahra... Tolong berhenti.. Please..."

"Danny, kau ni kenapa? Aku ada test lusa ni.. Tolonglah.. Aku memang taknak tumpang kau..."

"Zahra, please... Kita cari tempat duduk kejap, boleh tak? Ada benda aku nak cakap dengan kau..."

"Nak cakap apa lagi? Kan kita dah bercakap masa kat dalam tadi...," mamat ni sangat menakutkan.. Tiba-tiba jadi serius.. Mata dia pun macam dah berair je aku tengok.. 

"Zahra, sekejap je...  Aku janji aku lepaskan kau pergi kalau kau bagi aku cakap dengan kau.."

"Okey, kita duduk kat sini.. Sekejap je.. 5 minit.... Ha.. Cakaplah Danny...," lebih 5 minit, konfem aku pergi terus...

"Zahra, aku...  Aku... Sebenarnya aku suka kat kau... Since kau marah aku masa hari tu, hati aku dah mula suka kat kau... Bila kat kelas, aku suka perhatikan kau... Kau ni baik... Kau tak kisah kawan dengan siapa-siapa pun... Kau tak macam budak perempuan yang aku kenal... Diorang rapat kat aku sebab aku kaya... Sebab nak tumpang kereta aku... Nak kikis duit aku... Serius, aku suka sangat kat kau Zahra...," alamak Danny.. Kenapa air mata kau boleh mengalir ni.... Tapi betul, hati aku rasa lega sangat dapat luahkan kat Zahra...

Danny menangis ke? Pertama kali aku tengok lelaki menangis.. Lelaki, bukan budak lelaki... Umur pun dah 25 tahun..... Patutnya dia lagi matang daripada aku.. Aku ni dahlah pangkat adik dia.. 23 tahun... Takkanlah nak luahkan perasaan pun sampai mengalir air mata... Aku ni yang kejam ke? Huu....

"Danny, kau okey?  Aku... Aku  tak tahu nak cakap macam mana.... Aku rasa kau suka aku sebagai kawan je kot..," betul ke apa yang aku cakap ni.. First time ada orang luahkan perasaan kat aku... Dan sekarang ni first time jugak aku nampak air mata lelaki mengalir live... 

"Zahra, aku pasti dengan perasaan aku... Aku nak kau jadi isteri aku... Aku akan berubah jadi baik.. Aku takkan keluar dengan Tina lagi, atau mana-mana perempuan... Bulan Mei ni aku habis degree, aku hantar rombongan meminang ke rumah kau...."

What???? Sah, Danny ni memang tak sihat...

"Danny, macam nilah...  Aku bagi kau nombor telefon aku... Lepas zuhur kau contact aku ya... Kau tenangkan hati kau.. Gi lunch, pastu solat... Aku balik dulu.. Assalammualaikum...," cukup 5 minit...

"Zahra, aku minta maaf kalau cara aku drastik sangat... Tapi aku tak tipu..."

"Ya Danny, aku tahu kau tak tipu.. Tapi aku nak balik dulu... Ni nombor aku... Okey, take care ya...," baik aku beredar cepat... Tak dapat naik kereta idaman pun takpelah.. Tapi kenapa hati aku rasa sayu sangat bila Danny melamar aku... Ya Allah, adakah dia jodoh aku.. Aku mohon petunjukMu Ya ALLAH...

======================================================================

"Assalammualaikum Zahra.... How are you? Saya harap awak sihat... Setahun lagi saya akan balik ke Malaysia.... Kalau awak masih belum berpunya, izinkan saya menjadi imam awak dunia dan akhirat..."

Emel yang aku terima daripada Danny malam tadi benar-benar membuat aku terkejut... Aku tak sangka Danny masih berharap pada aku lagi.... Kisah 2 tahun yang lalu masih tersemat dalam hati... Aku beri dia nombor telefon palsu... Hanya emel luahan hati aku yang mampu aku sampaikan kepada dia... Biarlah dia menilai sendiri adakah perasaan suka dia itu hanyalah suka semata-mata ataupun perasaan sayang yang diilhamkan Allah untuk melamar diriku ini untuk menjadi isterinya yang sah....

Setahun lagi.. Dan aku belum pun kurus... Aisshh..... Susah betul nak berdisiplin dalam mencatu makanan... 

Danny, maafkan saya.... Saya tak bermaksud nak mainkan hati awak... Saya taknak mengharap pada sesuatu yang tidak pasti... Awak pun tahu jodoh itu rahsia Allah... Dalam masa setahun, apa jua kemungkinan  boleh berlaku... Sekiranya awak benar jodoh saya, pasti kita akan bersatu dalam ikatan yang halal.. InsyaALLAH.... 

"Wa'alaikumussalam Danny... Alhamdulillah, saya sihat... Sekejapnya masa berlalu kan... Dah setahun awak di London... Danny, sekiranya kita ditadirkan antara satu sama lain, pasti kita akan disatukan..  Take care Danny.. May Allah bless you.... "





Friday 16 March 2012

STay STRONG, NeVEr GivE Up

Bismillahirrahmanirrahim....

Pepatah mengatakan usaha tangga kejayaan... Tapi apabila yang diusahakan tidak berjaya, kadangkala boleh menjadikan mereka yang berusaha itu hampir berputus asa... Pada ketika itu, hanya iman dalam diri menjadi pendinding... Kecewa, sedih dan sebagainya... Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan kecewa tersebut...

Sebagai contoh.. Pelajar yang siang malamnya berusaha menuntut ilmu, kecewa apabila usahanya tidaklah seperti yang dijangkakan... Malah kawan-kawannya yang usahanya hanya biasa-biasa sahaja mendapat keputusan yang sangat hebat... Pada ketika ini, wajarkah dia berputus asa dek kerana keputusan kawan-kawannya yang hebat... 

Sedih, kecewa adalah perkara normal apabila sesuatu yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan... Tapi jangan sampai berpanjangan.. Segeralah memujuk hati kita bahawa apa yang berlaku telah ditakdirkan Allah... Kita hanya merancang, tetapi Allah jualah yang menentukan... Bukankah perancangan Allah jua yang terbaik buat kita..

Diibaratkan 10 orang memesan seekor ayam panggang untuk dimakan bersama.. Adakah kesepuluh mereka tersebut akan mendapat seorang satu bahagian kepak, paha, dan sebagainya... Tentulah tidak... Begitulah manusia... Ada aturan yang telah ditetapkan... 

Bila kita sudah berusaha, jangan lupa bertawakkal kepada Allah.. Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon kebaikan atas apa yang telah diusahakan.... Allah Maha Mengasihi... Dan kasih sayang Allah sangat luas untuk hamba-hambaNYA.... (^_^)

Barangsiapa yang berTAQWA kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan). Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” 
[Surah at-Talaq:ayat 2-3] 

Thursday 15 March 2012

Cabaran hari tanpa bedak.... =D

Kalau sehari keluar tanpa pakai bedak (bedak asas plus bedak padat) pasti takkan sempurna hari tersebut.. Something is missing... Samalah dengan tuan punya blog ni... Tapi bila duk dalam rumah, okey je kan tak letak apa2 kat muka...

Hari ini dan esok nak cabar diri sendiri taknak pakai bedak... Just pakai pelembap (a.k.a moisturiser) je.. Memandangkan pelembap ni dah ada SPF, so cukuplah untuk protect muka daripada kesan buruk cahaya matahari... Lagipun duduk dalam ofis je, dan tak gi mana-mana... Okey kot cuma pakai pelembap... InsyaAllah.. Takpelah, tak cantik pun.. Nampak tak berseri ke, pucat ke.. Saja nak rilekskan muka... Mana tahu nampak cam baby face.. Sila jangan perasan okeh... Huu...

Sebenarnya nak cuba DERMAGIC SimplySiti... Tapi since moisturiser yang lama pun tak habis lagi, terpaksalah pendam hasrat ni dulu... Tak baik membazir...


Jom tengok kelebihan Dermagic SimplySiti
- Melembap
- Kulit tanpa stres
- Mencerah
- Tona kulit lebih sekata
- Mengecilkan saiz pori
- Menenangkan
- Mengurangkan kedutan dan garisan halus
- Menegangkan kulit wajah
- Membentuk wajah (V Shape)
- Mengurangkan cela kulit
- Menambah seri
- Menyegarkan kulit
- Mengurangkan bintik hitam
- Kulit lebih lembut dan licin 

Bukan sengaja taknak tengok.....



"Mi, tengok tak video kat Syria tu?,tanya abang Ben....
"Tak tengok..." 
"Kenapa tak tengok? Ada budak tu sampai hancur tangan, kena tembak... Yang sorang lagi kaki hancur... Umur macam sebaya....."
"Hakim?"
"A'ah..."
"Takpelah... Mimie memang taknak tengok pun... Bukan sengaja taknak tengok, tapi tak sanggup..."  


Syria... Negara yang sedang bergolak disebabkan tindakan kekejaman rejim Basyar... Di Syria, mereka semua adalah umat Islam... Tetapi kenapa mereka berbunuhan antara satu sama lain.. Yang paling menyedihkan kanak-kanak menjadi mangsa.. Dibunuh, ditembak, dipenggal kepalanya.. Astghfirullah... Perbezaan fahaman Sunni (Ahlus Sunnah wal Jamaah) dan Syiah telah menyebabkan mereka yang berpegang kepada fahaman Sunni dibunuh dan ditindas.... Ya Allah, selamatkanlah mereka yang ditindas di Syria... Hanya doa yang mampu saya titipkan buat mereka..... 

Umat Islam, bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

“Telah berpecah kaum Yahudi menjadi tujuh  puluh satu golongan, dan telah berpecah kaum  Nasrani menjadi tujuh puluh dua golongan, sedang umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya akan masuk neraka kecuali satu. Maka kamipun bertanya siapakah yang satu itu, wahai Rasulullah? beliau menjawab: yaitu barangsiapa yang berada pada yang aku dan para shahabatku jalani ini (Ahlus Sunnah Wal Jamaah)...” 

[Diriwayatkan oleh Tirmidzi: 5/ 2641, dan Al Hakim dalam mustadraknya: 1/ 128-129]

Tuesday 13 March 2012

Bukan Soal Taknak Fikir

Bismillahirrahmanirrahim....

Daripada zaman belajar, mesti akan ada yang soal, "dah ada boyfriend belum?".... Pastu bila jawab tak ada konfem kena soal balik... "Aii, sebesar besar universiti tu takkan tak ada....?" 

Emm, saya datang ke universiti sebab nak belajar, bukan nak cari boyfriend.... Cukuplah masa part 1 diploma kena repeat paper Fizik... Bila balik rumah masa cuti sem, ayah bagi ceramah... Last sekali ayah cakap, "Lebih baik kahwin, tak payah sambung belajar..." Huuu.... Sampai degree tersemat je kat dalam hati kata-kata ayah tu.. Menahan perasaan... Memang mencabar.. 

Sekarang ni bila dah masuk zaman kerja, orang tak cakap boyfriend... Orang tanya dah ada calon ke? If cakap takde, orang akan cakap.. "Tulah, jual mahal sangat.. Tulah memilih sangat..."  And so on...

Sekarang ni bukan soal jual mahal, bukan soal memilih... Dan juga bukan soal taknak fikir... Soalnya ialah belum tiba masanya lagi... Siapa yang taknak kahwin kan, then ada anak... Allah yang Maha Mengetahui.. 

Jadi sekarang, lebih baik fokus pada kehidupan sekarang... Fokus pada kerjaya... Berbakti pada emak ayah, family, pada masyarakat... Then tak lupa juga membuat persiapan menjadi seorang penyejuk mata... 

Ajal maut, jodoh pertemuan semua ketentuan Allah... Apa-apapun, saya tak pernah putus asa dalam berdoa kepadaNYA... Sebagai manusia, saya hanya mampu berusaha, selebihnya saya serahkan pada Allah... Tawakkal.. Itu yang terbaik... Allah knows what the best for me... Subhanallah.. (^_^)



Sunday 11 March 2012

Dia Jahat Pasangannya Nanti Juga Jahat

Islam tidak pernah menutup ruang pengharapan untuk manusia, biar seburuk mana dia pada pandangan manusia yang lain - gambar google -
Saya kira ramai di antara kita pernah mendengar pernyataan seperti ini. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Saya fikir ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama anda dalam entri ini.
Asas kepada kefahaman seperti di atas adalah firman Allah yang berbunyi :
” (lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya ) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang jahat kepada mereka, dan mereka itu akan beroleh keampunan dari Allah dan pengurniaan ( syurga ) yang mulia. ” [ An Nur : 26 ]
Di dalam tafsir Ibnu Kathir terdapat dua pendapat berkenaan ayat di atas. Selain daripada apa yang seringkali kita dengar dan faham, maksud ayat di atas juga adalah ‘perkataan’ atau ‘ucapan’ yang baik, untuk golongan yang baik. Manakala sebaliknya yang buruk, untuk golongan yang buruk. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Abbas.
Demikian juga dalam tafsir Mujahid dan At Thabari.
Ayat di atas turun pada peristiwa Saidatina Aishah r.a yang difitnah dengan tuduhan yang buruk. Maka Allah menyatakan, bahawa kiranya Aishah itu bukan seorang baik, mana mungkin dia akan bergelar isteri kepada kekasih agung, Muhammmad s.a.w. Bahkan dalam ayat tersebut juga Allah menjanjikan tempat untuk Aishah di dalam syurga, sebagai peneman kepada Rasulullah s.a.w.

SUDUT PANDANG
Ramai orang memahami ayat tersebut dalam konteks yang sempit dan mudah. Lalu dikatakan kepada saudaranya ; kau seorang yang tidak baik, nanti pasangan kau juga mesti seorang yang tidak baik. Dalilnya, Allah telah sebut tentang perkara tersebut dalam Al-Quran.
Persoalannya, benarkah begitu yang dimaksudkan?
” kau suka dating, couple..nanti kelak kau mesti akan dapat bini yang kaki dating, kaki couple..kaki layan laki..”
Perkataan-perkataan ini diucapkan kepada sesama mereka, beralasankan ayat Allah di atas.
Seolah, maksud sebaliknya begini.
” lainlah aku, aku tak pernah couple, kaki masjid. nanti comfirm bini aku juga kaki masjid..ahli sufi…”
Berhati-hati dalam ucapan.
Saya pernah ditegur tika sembrono mengulas tentang ayat di atas. Meskipun ia bukanlah pendapat saya sepenuhnya. Saya sekadar memetik secara berjenaka, suatu kisah yang pernah di baca dalam majalah Mastika. Dalam ruangan santai, diselitkan kisah seorang lelaki yang kaki GRO telah berkahwin dengan seorang wanita.
Selesai menjalani malam pertama, si lelaki terlanjur bertanyakan harga ( mungkin seperti lazimnya orang melanggan pelacur ). Tidak menyedari yang ditidurinya adalah isteri sendiri, maka dia bertanya ‘berapa harga?’. Sangkanya, tembelangnya sudah pecah dan isterinya pasti tahu tabiat buruknya sebelum berkahwin.
Alangkah terkejut si lelaki, apabila isterinya menjawab ( mungkin juga secara tidak sedar ) : “RM100 je bang”.
Mesej yang ingin disampaikan dalam lawak santai itu mudah. Sebabkan lelaki itu jahat sebelum berkahwin, maka dia juga mendapat pasangan yang jahat. Disebabkan suka melanggan pelacur, maka dia berkahwin dengan pelacur.

TEGURAN
Saya ditegur, oleh seorang ustaz yang hari ini telah bergelar selebriti. Semua orang kenal dengan beliau.
Katanya, tidak adil bagi kita menghukum suatu yang belum berlaku, atau menghukum suatu kesalahan seseorang yang pernah dilakukan, dengan menutup ruang pengharapan dalam hidup orang tersebut. Mudahnya, seorang yang pernah terlanjur berzina, pasti akan dapat pasangan yang kaki zina. Seorang yang pernah bercouple, pasti akan dapat yang suka bercouple.
Siapa kita untuk menetapkan demikian?
Maka seorang yang pernah berzina atau terlanjur, tidak nampak jalan untuk berubah. ‘ Aku jahat..tak layak dapat yang baik ‘. Ini akibatnya.
Syariat datang untuk memotivasikan manusia, supaya bersemangat untuk terus hidup, biar segunung kesalahan yang pernah dilakukan. Buktinya?
Sabda Nabi s.a.w :
” Orang yang bertaubat dari dosa-dosa, seumpama orang yang tiada dosa “
Di dalam Al-Quran, bukan sahaja terdapat begitu banyak ayat Al-Quran mengajak manusia bertaubat, bahkan terdapat juga larangan berputus asa dari rahmat Allah yang Maha Luas. Firman Allah :
” Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah “
Untuk apa semua saranan seperti ini? Tujuannya supaya manusia tidak terus ‘jatuh’ akibat kelemahannya mengekang diri dari melakukan dosa.
Tiba-tiba kita muncul.
Menjatuhkan hukuman ‘pancung’ kepada saudara kita yang terlanjur diuji dengan dosa, dengan menutup ruang pengharapan daripada hati-hati mereka.
Tidak hairan, jika sesetengah golongan ‘baik’ dipulaukan dari golongan-golongan yang dianggap ‘jahat’ hari ini. Pemahaman simplistik tentang ayat Allah di atas mungkin menjadi faktor utama.

JAHAT DAN BAIK
Apabila kita bercakap tentang term ‘jahat’ , kita harus faham apa yang dimaksudkan dengan sebuah kejahatan. Begitu juga dengan ‘baik’, apa yang dimaksudkan dengan sebuah kebaikan. Tidak adil jika ada rakan mahupun saudara kita yang terjebak dengan  budaya bercouple, maka mereka kita hukum sebagai ‘jahat’.
Manakala kita yang suci bersih, tidak pernah bercouple, kita anggap sebagai ‘baik’.
Ini silap.
‘Baik’ di sisi Allah tidak sama dengan ‘baik’ di sisi kita. Betapa banyak kebaikan yang kita rasakan sebagai ‘baik’ , padahal lebih buruk dan jelik di sisi Allah. Contohnya riak, ujub dan bangga diri. Riak dengan diri sendiri yang tidak pernah tersepak melakukan dosa. Bangga diri dengan menganggap diri sendiri lebih mulia berbanding orang lain.
Maka ayuh kita berubah.
‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik’. Ini kita jadikan slogan untuk memberi motivasi supaya manusia mengejar perubahan ke arah kebaikan.
‘Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat’. Ini kita jadikan slogan untuk mengajak mereka meninggalkan maksiat, dalam masa yang sama memberi motivasi bahawa jika anda BERUBAH dan BERTAUBAT, anda boleh melompat ke dalam kategori lelaki atau perempuan yang baik, bila-bila masa sahaja.
Ya benar. Lelaki jahat yang bertaubat, perempuan jahat yang mahu berubah, mereka umpama tiada dosa. Mereka adalah lelaki yang baik, dan mereka juga adalah perempuan yang baik.
Maka, pasangan mereka juga nanti adalah lelaki dan perempuan yang baik. Itu janji Allah.

AMARAN
Tetapi dalam masa yang sama, saya tidak menafikan keperluan kita bersikap ‘keras’ dengan sesetengah golongan yang keras hati dan terang-terang menentang kebenaran. Mereka yang hidupnya jauh dari solat, meneguk minuman keras, tinggal serumah lelaki dan perempuan, menjadi mat rempit atau minah rempit di jalanan,mahu berkahwin tetapi ENGGAN berubah, mana mungkin tiba-tiba beroleh suami yang berjubah serban, kaki masjid dan gemarkan majlis ilmu?
Tidak mungkin juga mat rempit yang terlibat dengan gejala negatif itu, tiba-tiba berkahwin dengan isteri yang ahli sufi.
Suami : ‘wa ingat malam ni wa ada game ( race ) la..lu rilek-rilek dulu..tak payah tunggu wa balik ah..’
Isteri : ‘ InsyaAllah bang..Subhanallah..Alhamdulillah,semoga Allah kurniakan kemenangan kepada abang malam ini..’
Tentu sekali tidak masuk akal. Rumahtangga akan tunggang langgang. Kerana itu, dalam soal jodoh terselit seribu satu hikmah dari Tuhan.
Sekadar memberi amaran tidak salah. Menggunakan kaedah inzar memang dibolehkan. Tetapi perlu diingat, jangan sampai di sana timbul rasa riak, atau menjadikan orang yang ditegur merasa jauh dan berputus asa dari Rahmat Tuhan.

TAKDIR
Kita bercakap tentang jodoh, bermakna kita bercakap soal takdir. Soal yang tiada siapa berhak tentukan, samada saya, anda atau mereka. Ia hak mutlak Allah. Cukuplah panduan-panduan yang diberikan menjadikan kita sentiasa berhati-hati dengan perkataan dan seruan kita. Persoalan ‘yang jahat dapat pasangan jahat, yang baik dapat pasangan baik’ kadangkala banyak menambah barah dalam masyarakat.
Andaikata, saudara kita yang ‘baik’ ditakdirkan berkahwin dengan seorang yang kemudiannya diketahui sebagai kaki botol, terlibat dengan dadah, judi dan sebagainya, maka sanggupkah kita menghukum dengan menyatakan bahawa saudara kita itu pasti dahulunya seorang yang ‘jahat’, dek kerana itulah dia berkahwin dengan pasangan yang jahat?
Tentu sekali tidak. Kerana mungkin saja ia merupakan ujian Allah kepada saudara kita tersebut, sebelum diberikan Allah hidayah kepada pasangannya yang kemudiannya berubah.
Justeru, biarkan soal takdir itu kekal sebagai kerja Allah.
Kita buatlah kerja kita. Ajak manusia untuk kembali kepada syariat Allah. Kembali kepada gaya hidup Islam yang mempunyai masa depan yang cerah, dunia akhirat. Jangan sewenang-wenangnya menghukum atau mengeji sesiapa yang pernah terjebak dengan keburukan, kerana siapa tahu, mungkin hari ini dia diuji, esok lusa tiba giliran kita pula.
Kembalilah beristighfar kepada Allah.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads