Thursday 28 February 2013

::Cinta SONGSANG Semakin SONGSANG::





::Cinta SONGSANG Semakin SONGSANG::


Dalam setahun kebelakangan ini, saya menerima permintaan daripada beberapa orang remaja yang memohon pertolongan. Ada yang bersemuka, ada juga secara maya. Permintaan ini datang dari suara insan yang jauh terbuang di dalam lubang yang dalam, memanggil saya untuk menolong mereka keluar, dari dunia gelap cinta seorang lelaki terhadap seorang lelaki, cinta songsang yang menyeksa si empunya diri.
Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi.
Bagi remaja yang telah kalah dengan perasaan itu, dan terjebak dengan perbuatan keji di sisi agama, saya tidak dapat berkata apa-apa… hanya kepada Allah jua saya pohonkan agar mereka ini bertemu cahaya di hujung jalan songsang yang mereka susuri itu. Namun yang ingin saya bincangkan di sini, adalah remaja yang baik, yang bersih, tetapi terperangkap dalam dunia yang cukup misteri ini… sebagai mangsa keadaan.
Mengapa saya katakan demikian? Hasil perkongsian cerita… boleh dikatakan setiap seorang dari lelaki pencinta lelaki ini, pernah menempuh pengalaman hidup yang hitam.



LATAR BELAKANG YANG MENJADI BEBAN HIDUP
Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka.
Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.
Beberapa individu yang saya temui dari kumpulan kedua ini, mempunyai penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki, namun mereka menanggung kejanggalan naluri sebagai rahsia yang memakan diri.
Sukar untuk saya membantu, kerana kecelaruan ini bukan kecelaruan ilmu. Ia juga bukan kecelaruan emosi, tetapi kecelaruan identiti. Identiti adalah suatu rangkuman dimensi dalaman manusia yang terbentuk hasil dari pelbagai aspek kehidupan. Mengungkaikannya memerlukan kekuatan semangat dan kembali berbaik sangka kepada Allah terhadap potensi diri untuk pulih… dari satu peringkat ke satu peringkat.
Mungkin ada yang secara spontan menghukum golongan ini, namun saya sebagai seorang pendakwah tidak mampu untuk berbuat demikian. Membantu, sentiasa lebih utama untuk difikirkan. Siapalah saya untuk menilai dan menghukum, kerana penilaian saya juga akan dinilai oleh Maha Penilai di sana, dan Maha Menghukum atas keculasan saya tidak membantu sesama saudara.
Apatah lagi, mereka yang saya temui ini mempunyai syakhsiah yang baik. Mereka adalah remaja yang taat kepada Allah pada ibadah dan akhlak, tetapi mereka terseksa kerana menanggung ‘dosa perasaan’ lantaran kecenderungan diri yang ganjil itu. Malah saya hargai kepercayaan yang mereka berikan apabila tampil meminta pertolongan dari saya, walaupun tidak banyak yang dapat saya lakukan, selain sokongan nasihat dan keyakinan diri.
Menghadapi golongan ini, tidak boleh disamakan dengan pendekatan kita terhadap isu homoseksualiti. Nyatanya, kebanyakan artikel yang saya temui, mengecam homoseksualiti dengan sokongan keterangan al-Quran dan al-Hadith. Saya yakin, remaja yang datang bertemu dengan saya amat sedar akan hal ini. Kerana itulah mereka tidak berzina sejenis, mereka tidak bergaul bebas. Mereka datang meminta bantuan atas rasa bersalah yang tinggi terhadap naluri yang menyalahi iman itu. Maka mereka memerlukan nasihat, panduan dan sokongan. Bukan kecaman.
Kerana itu, saya lebih simpati, berbanding marah atau terkilan, kerana mereka tetap berada di dalam status mangsa, selagi mana perasaan itu tidak dimaterialisasikan pada maksiat fizikal zina, liwat dan yang seumpama dengannya.
Saya cuba menyelami masalah mereka, dan nyatanya mereka adalah golongan yang sangat kesunyian dan sepi. Mereka hidup dalam kesunyian, bukan kerana kosong dari kehidupan berkawan dan berakan taulan. Sunyi itu datang kerana mereka sering memikul diri lari jauh dari semua orang di sekitar mereka, bersama rahsia yang terlalu berat untuk jatuh ke pengetahuan manusia. Mereka ini adalah manusia yang bersembunyi di tengah ramai.

SEKADAR NASIHAT
Nasihat pertama saya kepada remaja seperti ini, adalah untuk terus bertahan dari mendekati liwat dan cabang-cabangnya. Sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhkan dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis, kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa hujung. Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu, tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan.
Kuatkan iman, teguhkan pendirian.
Namun saya berpandangan, perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini, jauh lebih sukar, kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki normal’ boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus teguh berganda…

CEBURKAN DIRI PADA AMAL ISLAM
Tempuhilah usia akhir belasan tahun, dan 20an itu sebagai usia mujahadah menentang gelodak hormon dan ketidak seimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti, khususnya kerja Islam, dan sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)

Kesusahan hidup di jalan dakwah, akan menyulitkan nafsu bangun menjajah keputusan diri. Bukan saya bermaksud agar mereka ini perlu sengaja mencari kesusahan diri, tetapi jalan dakwah dan kesibukan akan menghindarkan setiap remaja lelaki yang normal dan ‘tidak normal’ ini dari dosa fahsya’ seperti zina dan yang seumpama dengannya. Sibukkan diri. Jangan iyakan perasaan itu.


Rukood al-maa’ yufsiduhu, firaagh asy-syaab yaqtuluhu
“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab
Berikan peluang kepada diri untuk melepasi usia 20an itu, sehingga keredaan naluri muncul seiring dengan pertambahan usia.
“Ustaz, apakah saya ada peluang untuk menyintai wanita, berkahwin, mempunyai anak, seperti manusia yang lain?” soalan yang sering diajukan kepada saya.
Berilah peluang kepada masa untuk merawat kesakitan jiwa itu, dengan syarat kamu tetapkan diri pada menjauhkan diri dari maksiat. Tunggulah hingga reda gelodak nafsu itu pada usia remaja seperti ini, dan nanti, kita berbuallah tentang liku-liku mencari jalan pada sebuah perkahwinan, yang diinginkan tanpa keinginan itu…, itu sahaja batas upaya saya berkongsi pandangan.
Bagi ibu bapa, dan pihak penaja yang menghantar pelajar ke luar negara, ketahuilah bahawa kebebasan undang-undang dan persepsi persekitaran terhadap homoseksualiti ini telah dan sedang begitu rakus mengorbankan banyak anak muda kita. Sukar untuk saya ungkapkan dengan perkataan, kerana jika dicadangkan AGAMA sebagai benteng penyelesaian, ramai yang sinis kerana mabuk POLITIK hingga takut kepada SIASAH, lantas terlupa kepada fungsi besar AGAMA, bahtera penyelamat buat manusia.
Semoga Allah memelihara kita semua, dan adik-adik remaja ini dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara Islam yang digenggam.
Tabahkan hati…



Sunday 24 February 2013

:::So Soon:::



~SO SOON~

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around
But Im so grateful for every moment I spent with you
Cause I know life wont last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on cause I know its been too long
Ive got to stop the tears, keep my faith and be strong
Ill try to take it all, even though its so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But Im so thankful for every memory I shared with you
Cause I know this life is not forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on cause I know its been too long
Ive got to stop the tears, keep my faith and be strong
Ill try to take it all, even though its so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldnt help asking: Why?
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him well return, ooh

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on cause I know its been too long
Ive got to stop the tears, keep my faith and be strong
Ill try to take it all, even though its so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon



...SYAMIMI HJ RAHMAN...

Saturday 23 February 2013

~I b.e.l.i.e.v.e~



When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
Coz I believe

In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything

He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away

If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
I believe I believe, I believe I believe




(^__^)
::SYAMIMI HJ RAHMAN::

::Kebaikan Memakan BAWANG PUTIH::

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalammualaikum semua...

Hari ini tuan punya blog nak berkongsi kebaikan memakan bawang putih...
Amalan memakan bawang putih memang telah lama dipraktikkan oleh nenek moyang kita, sama ada dalam masakan atau dalam mengubati penyakit tertentu....
Banyak kajian telah dijalankan oleh para saintis untuk membuktikan lagi peranan bawang putih dalam kesihatan manusia, dan juga mengubati penyakit tertentu...
Jom kita tengok kebaikan memakan bawang putih... 


1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical (salah satu punca kanser) di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

p/s: Untuk kesan yang baik, panggang bawang putih bersama-sama kulitnya.. Dan amalkan memakan begitu sahaja, satu atau dua 'clove' of garlic... Mungkin sebab tu kat pasaran sekarang banyak dijual pil bawang putih, sebab sudah terbukti kesannya dalam merawat pesakit... Apa salahnya mencuba kan, untuk kesihatan kita....

Okey, sampai ketemu lagi.. Selamat mencuba... (^_^)



Sunday 17 February 2013

♥...BIDADARI...♥

Bismillahirrahmanirrahim....


Ya Allah...
Saya nak jadi bidadari...
Bidadari untuk emak dan ayah...
Bidadari untuk suami....
Bidadari untuk anak-anak...
Bidadari untuk keluarga...
Dan bidadari untuk semua....
Semata-mata kerana cintaMU ya ALLAH....
Allahurabbi....

Ya Allah, permudahkanlah...
Supaya saya boleh jadi bidadari di Syurga sana....
Walaupun saya tak layak, tetapi saya mahu juga ke Syurga sebagai Bidadari..
Walaupun jalannya payah, bantulah saya agar jalannya mudah...
Benar, saya mahu jadi bidadari bersama bidadari-bidadari yang tersedia wujud di syurgaMU...

Ya ALLAH...
Permudahkanlah dan makbulkanlah doa hambaMU ini...
Untuk menjadi Bidadari di SyurgaMU...
Amiin Ya Rabbalalamin....


::BIDADARI::
~Syamimi Hj Rahman~

[Jangan Bersedih]

Bismillahirrahmanirrahim....


Seringkali kita takut pada kenyataan...
Terutama pada sesuatu yang sudah ternyata kesahihannya....
Dan kalau boleh kita tidak mahu mengakui...
Apatah lagi bila sesuatu itu sememangnya amat kita sayangi....
Tapi, kita tetap kuat dan tabah...
Kerana yang berlaku memang sudah terjadi...

Benar, kita sebagai manusia sangat lemah....
Namun bukan bermakna kita akan selama lamanya lemah....
Allah kan ada bersama sama kebenaran...
Walaupun pahit untuk ditelan...
Kita serahkan sahaja pada Allah supaya kekuatan itu datang...

Sehingga saat hari itu tiba dan sampai bila-bila...
Kuatkanlah hati, kuatkan iman...
Benar, Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat kita semua...
Sakit itu akan hilang, dan manis itu pasti akan datang...
Walaupun lambat dan tiada di dunia ini...
Di akhirat sudah siap tersedia....
Allahurabbi...
::SYAMIMI HJ RAHMAN::



Friday 15 February 2013

~Nasihat Untuk Jadi Baik~

Bismillahirrahmanirrahim....



Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan sesorang tu berubah...
Sama ada berubah menjadi baik, atau berubah menjadi tidak baik....
Beruntunglah bagi mereka yang dahulunya merupakan seorang yang banyak melakukan dosa, sentiasa berbuat maksiat, dan kemudiannya bertaubat kepada Allah....
Tapi sangat rugilah mereka yang semakin jauh daripada Allah dan semakin hanyut dengan keduniaan...

Bukan mudah untuk menjadi hamba Allah yang baik...
Dan bukannya susah untuk menjadi hamba Allah yang baik...
Patuh kepada perintah Allah, buat ibadah wajib, amalkan ibadah sunat...
Tinggalkan perkara yang dilarang....
Nampak sangat mudah kan, tetapi berapa ramai yang tidak mampu melaksanakannnya...
Terutama solat 5 waktu yang wajib...
Itu baru solat, belum perkara-perkara yang lain lagi....
Untuk berubah menjadi hamba Allah yang baik, mulalah dengan mencukupkan solat 5 waktu...
Bila rasa tak tenang dengan dosa, lari ke ceruk hutan mana pun memang takkan tenang...
Melainkan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Mengampuni...
Menggunung harapan dan doa agar Allah tunjukkan jalan supaya tidak sesat....
Supaya apa sahaja yang dimiliki tidak menjauhkan diri daripadaNYA yang Maha Esa...

Allah kan sentiasa ada dekat di hati kita...
Bila kita berubah keranaNYA, Allah akan hadirkan perkara yang baik-baik untuk kita...
Bila kita menyayangi keranaNYA, Allah akan hadirkan ketenangan yang abadi buat kita...
Bila kita mahu ke SyurgaNYA, Allah akan buka jalan untuk kita semua....

Betul, dosa dan pahala itu hak Allah...
Kita sebagai manusia tidak layak menilai manusia yang lain...
Tetapi dari perlakuan, bahasa, akhlak sudah cukup menggambarkan siapa kita di mata insan yang lain...
Bukankah insan yang baik-baik itu seperti magnet....
Akan menarik kebaikan ke arah dirinya...
Manakala insan yang suka kepada kejahatan dan maksiat juga seperti magnet yang menarik perkara-perkara buruk mengelilingi dirinya lantas merosakkannya...

Beryukurlah kerana Allah masih sayang pada kita...
Masih memberikan kebaikan kepada kita, memberi nikmat dan rezeki melimpah buat kita...
Kalau kita masih sombong, bongkak....
Ingatlah Allah Maha Besar... 
Itulah maksud tersirat ayat Kun Fayakun...
Sesungguhnya tiada apa yang dapat menolong melainkan ALLAH yang Maha Mengkehendaki lagi Maha Mengasihani...




~SALAM JUMAAT~
Semoga kita semua dalam redhaNYA selalu
Amiinn...
(^_^)

Tuesday 5 February 2013

::Hikmah Hidup::

Bismillahirrahmanirrahim....


Setiap kejadian dalam hidup kita ini Allah ciptakan hikmah di dalamnya....
Begitulah prinsip yang dipegang oleh saya...
Walaupun kadangkala saya sendiri tidak tahu apa hikmah yang tersembunyi itu...
Namun jauh di sudut hati saya, saya percaya ia adalah yang terbaik...

Kegagalan, kesedihan, ketakutan, kerisauan...
Kegembiraan, kejayaan, keyakinan...
Semua yang kita perolehi dan rasai ada hikmahnya...

Saya hanya manusia biasa...
Yang tersangat biasa, hina, dan banyak dosa...
Mana mungkin saya layak menilai seseorang manusia itu...
Apatah lagi membencinya....

Begitu juga manusia yang membenci atau menyukai diri ini...
Semuanya berlaku tanpa paksaan...
Dan perasaan itu Allah lahirkan dalam hati insan lain dengan tujuan dan hikmah....
Supaya menjadi menjadi hambaNYA yang sentiasa kuat dan tabah...

Fitrah manusia yang lemah ini sememangya memerlukan bimbingan...
Mencari sesuatu untuk disandarkan segala harapan dan kepayahan...
Satu kuasa yang Maha Besar untuk memberikan kekuatan dan ketenangan...
Itulah kuasa yang dimiliki ALLAH yang Maha Esa...
Carilah dengan minda dan hati yang terbuka... 
InsyaAllah, semua yang baik-baik akan ditemui.... =)


::Syamimi Hj Rahman::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads