Thursday 26 January 2012

~UjiAn ALLAH~

Alhamdulillah, malam ni rasa tenang... After telefon kawan2 sekelas, berbual dengan diorang... Terasa mereka berada di depan mata... Baru saya tahu saya rindukan kawan2 saya... Walaupun tak lama, tapi kepuasan tu hanya Allah sahaja yang tahu... Thank you Allah...

Dalam hidup setiap insan, ujian pasti akan ada... Ujian ini akan berhenti setelah kita menghembuskan nafas yang terakhir.. Tiada lagi tangisan, kesakitan kerana ujian tetapi hanyalah kesakitan sakaratul maut... Banyak jenis ujian yang dilalui setiap insan... Ada yang diiuji dengan kehilangan orang yang dikasihi, dikhianati oleh orang yang mereka sayangi atau percayai, diuji dengan penyakit yang kronik, diuji dengan pasangan yang panas baran, suka memukul, diuji dengan kesunyian kerana belum bertemu jodoh, diuji dengan ketidakhadiran anak setelah lama berkahwin... Dan macam-macam lagi... Sekarang ni bila baca suratkhabar, ada sahaja berita yang menyayat hati...

Ya Allah, tatkala insan lain diuji dengan ujian yang sangat berat, terutamanya apabila kehilangan orang yang disayangi untuk selamanya, hambaMu ini sepatutnya bersyukur... Apalah sangat dengan ujian yang Kau berikan kepada diriku ini jika dibandingkan dengan mereka yang kehilangan orang yang dikasihi selamanya.. Ya Allah, hambaMu ini memang lemah... Berilah daku kekuatan dan kejayaan dalam menghadapi segala dugaanMu...  Jangan biarkan aku tersesat... Amiinn..

Sekiranya di dunia ini ada mahkahmah rayuan untuk mengurangkan hukuman, bila di 'sana' nanti tiada lagi mahkahmah rayuan.. Kerana segala yang kita lakukan walaupun sebesar zarah,pasti akan dihisab... Banyaknya dosa yang dilakukan... Tapi kenapa diriku ini masih melakukannya... Masih menafikan tanggungjawabku kepadaMU... Astaghfirullah... Ujian yang ku hadapi ini adalah tarbiyah untuk diriku.. Ya Allah, bantulah diriku agar sentiasa redha dengan ketentuanMU... Amin...

Andai dirimu diuji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT..... Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu... Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.... Sedang dirimu diuji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan.... Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan... Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu.... Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.....

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk... Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya... Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah... Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang.... Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku.... Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah...."

  • Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads