Thursday 12 January 2012

...CINTA HinGGa ke SYURGA....

"Pernikahan adalah permulaan cinta"



Saya sokong sangat dengan 'statement' ni.. Pada saya, sekiranya kamu sayang, kasih dan cinta pada seseorang itu, ajaklah dia ke syurga... Bukan ke neraka..  Bila bersamanya, kamu merasakan ketenangan.. Dan bila berjauhan, kamu berasa gundah, rindu dan takut akan kehilangannya.. Sekiranya ini yang berlaku,kenapa kamu tidak mengajaknya bernikah... Bukankah pernikahan itu jalan yang terbaik untuk merawat hati kamu yang gundah itu...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang befikir. ..” (QS. Ar Ruum:21)

Cinta itu adalah fitrah, perasaan kasih dan sayang yang Allah titipkan dalam hati setiap manusia... Cinta mencintai, melengkapi hidup masing2 adalah kehendak lahiriah setiap manusia.. Perasaan ini tiada salahnya.. Tapi sejauh manakah manusia memahami erti cinta yang sebenar.. Cinta yang diredhaiNYA... Caranya adalah jumpalah walinya dan menikah.. Kerana itulah satu satunya jalan yang Allah redha... Betul tu.. Kita sebagai manusia hanya merancang, hakikatnya Allah jualah yang menentukan....

Cinta? Kasih? Bawalah dia ke syurga... Jaga hati, jaga pandangan, jagalah dari perkara yang ALLAH larang..
Memang benar perkahwinan adalah tanggungjawab yang sangat besar dan bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab tersebut.. Tetapi perkahwinan jua yang membawa kepada kebahagiaan hidup dan melengkapi jiwa setiap insan bagi setiap individu yang mengetahui keindahannya...

Saya teringat bila setiap kali mendengar ceramah ustaz dan ustazah, sama ada di youtube, di televisyen, dan juga secara live di hadapan saya... Seringkali mereka menceritakan betapa mudah dan banyaknya pahala yang diperoleh setelah berkahwin.. Apabila suami dan isteri bersalaman, gugurlah dosa2 di celah tapak tangan mereka... Apabila isteri memasak untuk suami, membasuh pakaian suami, mengurut suami, bahkan senyum kepada suami pun sudah mendapat pahala dan mendapat redha ALLAH dengan banyaknya... Subhanallah.... Sebab itu cinta sebelum perkahwinan dilarang kerana cinta itu hanyalah sia-sia.. Dan syaitan akan kecewa sangat apabila berlakunya pernikahan..

Bagi adik-adik yang masih belajar, kejarlah cita-cita dahulu.. InsyaALLAH anda akan jumpa cinta yang anda cari.. Sekiranya hatimu telah terpaut pada seseorang, cintailah dia dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan, dengan keikhlasan.. Cukuplah cintai dia dalam diam... Memupuk cinta itu hanya akan menambah penderitaan.. Menumbuhkan harapan dan akan membangkit kebahagiaan para syaitan.. Mungkin dia bukan untukmu.. Yakinlah, tulang rusuk takkan bertukar pemiliknya... Curahkan isi hati anda kepada Allah setiap kali solat... Dia Maha Mendengar... Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah, maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.." (Umar Bin Khattab ra)

Sementara itu, peliharalah diri untuk suamimu.. Hanya dia sahaja yang layak ke atas kamu.. Kerana mahar cinta suami kamu sangatlah mahal dari segala pelusuk isi dunia ini... Persiapkan diri dengan ilmu agar sama-sama dapat bersama suami mengemudi keindahan alam rumahtangga... Dan jangan lupa mencari cinta Allah kerana itu perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.. 

Kepada lelaki yang ingin menikah, memang benar tanggungjawabmu sangat berat dan besar.. Oleh itu tingkatkan kefahaman dalam ilmu, dekatkan diri dengan Allah Taala, mencari cinta Allah serta lakukan persediaan rapi untuk pernikahan...

Tanggapan pernikahan jalan terakhir sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber'couple' dan menganggap pernikahan sebagai jalan akhir itu adalah salah... Kerana pernikahan itu satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar.. Pernikahan yang penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang.. Carilah cinta yang sebenar...!



Dear Husband♥

I will cook... I will clean... I will shop... I will be the best wife, ever, InsyaAllah..
I will dress up for you... I will maintain my appearance for you... I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah..
I will have children with you & I will raise them to be the best they can be... I will be the best mother, InsyaAllah..
I will take care our marriage humility and obey your orders if it's not against our religion, InsyaAllah..
All this - as long as you promise me one thing.. 

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah as Jannah already waiting for you... ♥
(^_^)






credit to : myibrah.com(rasa cinta)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads