Monday 9 January 2012

Saya Bukan CIKGU

Ya murid-murid.. Tajuk entry blog cikgu hari ini membincangkan berkenaan penafian bahawa 'cikgu' bukan seorang cikgu yang mengajar  di sekolah ataupun cikgu yang selalu membebel dgn anak muridnya.. huhu... Yup... Saya bukan seorang cikgu, walaupun saya pernah bercita cita menjadi cikgu.. Oopps, pernah ke.. Pernah kot bila stress dengan kerjaya sekarang.. Alhamdulillah, skarang tak lagi.. Sebab Allah kan ada... Biasalah, stress bekerja... Kat mana2 pun, atau apa2 situasi pun, biasanya akan ada stress a.k.a tekanan..  Tapi itu semua boleh diatasi... Sedangkan dalam subjek fizik pun ada formula penyelesaian utk kurangkan stress... We as human mesti ada penyelesaian kan... Tepuk dada, tanya iman.. ALLAH sentiasa ada utk kita luahkan segala masalah.. Mohon petunjuk dan diberi kekuatan.. Walaupun begitu, kita boleh je share masalah kita, apa yang kita rasa, atau apa saja rahsia dengan seseorang yang kita percayai... Of courselah... Kita kan manusia, need someone to talk... Tak sempurna.. Semua tu tak salah... Allah Maha Baik Hati, DIA paham kita ni manusia yang lemah....

Situasi pertama:
Membeli lauk tengah hari di Warung Pak Joned... Biasalah pergi dgn kawan2 satu ofis (ofis kilang)... Bila dah bungkus nasi dan lauk2 semua.. Pergi ke kaunter nak bayar... Pastu pakcik tu cakap "terima kasih cikgu"... Oppss, terkedu jap... Berbalas pandangan dgn kawan2...  Pastu, cakap dgn pakcik... "Saya bukan cikgu pakcik, saya keja kat kilang je..." "Oh, ya ke.. Ingatkan cikgu tadi...", jawab pakcik... Huuu.. 

Situasi kedua:
Sama jugak kat Warung Pak Joned.. Hari jumaat yang mulia.. Bungkus nasi dan lauk... Pakcik  yg sama tegur lagi... Tapi lupa pakcik tegur apa.. Tapi pakcik ada cakap aku ni cikgu... Huu.. Pastu tanya balik kat pakcik tu, "Kenapa pakcik cakap saya cikgu?" "Tu, yang ramai2 tu.. Cikgu semuanya.. Awak macam diorang...", lebih kurang yg aku ingat kata2 pakcik tu.. Huuu... Pakcik ni lupa agaknya dia penah tegur aku.. Aku senyum je, malas nak explain.. Cakap terima kasih kat pakcik, terus balik... Pakcik ni, saya sensitif tau bab cikgu ni.. Tahulah saya ni penah bercita cita nak mintak cikgu.. huu..

Situasi ketiga:
Lepas hantar adik bongsu gi bus stand, aku singgah gerai tepi jalan nak beli sarapan.. Bukan malas masak sarapan tau, gas memasak takde, dah habis....  Ada tong gas yang penuh, tapi tak larat nak angkat... Lagipun masa dah suntuk nak hantar adik gi bus stand... Okey, singgah kat gerai.. Beli nasi lemak 5 bungkus, plus kuih karipap (my favourite), then bayar.... Sebelum tu, ada pakcik dtg, nak beli nasi lemak  dgn nasi ambeng.. Banyak dia beli... Sedara ramai kot yg datang.. Aku senyum jelah kat pakcik tu.. Senyum hormat... Nak tegur gak "banyak pakcik beli", tapi tak jadi... Sebab pada aku, suka hatilah pakcik tu nak beli bnyak ke sikit.. hihi...  Lepas bayar duit, then cakap kat makcik terima kasih... Tibe2 pakcik tu tegur aku... "Awak cikgu eh.."  Aku toleh kat pakcik tu,then aku senyum.. "Bukan pakcik, saya bukan cikgu..." Pakcik tu jawab.. "Ooo...Tengok gaya awak ni macam cikgu...." Aku tahan je gelak... Masuk kereta, serius gelak sakan... Gaya mana entah yang macam cikgu... If pakai baju kurung adalah kot.. Ni baju cam nak gi pasar je pakcik saya pakai.. Hehe.. Mesti pakcik tu cikgu jugak... Sebab muka dia, aku mcm kenal... Entah2, kwn ayah... Hihi.. Lupa nak tnya pakcik tu, pakcik ada anak bujang ke... Saya solo lagi.. Oppss, astaghfirullah.. Sempat lagi menggatai eh mimi... hee.. =p

p/s: Ada lagi situasi.... Tapi 'cikgu' berhenti sampai sini sahaja ya anak2 murid... Kesimpulannya di sini, dalam apa jua situasi yang dihadapi, jangan cepat melatah... Senyum, dan be positive... Bila bukan fakta, nafikan.. Jangan mengiyakan.. Tak baik menipu.. Sekian... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads