Wednesday 11 January 2012

KEHIDUPAN-Proses Pembelajaran Terbaik Dan Termahal

Bismillahirrahmanirrahim...


Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai jalan hidup mereka sendiri... Kesusahan, kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan, kedukaan, kesakitan dan sebagainya... Dan kita sebagai manusia tidak mengetahui sejauh mana dan selama mana proses kehidupan kita akan berlangsung dan berterusan... Sebab di penghujungnya kita semua akan bertemu yang Maha Esa... Dan kita juga tidak mengetahui bilakah waktu tersebut akan berlaku....

Bermula daripada bayi, manusia melalui proses pembelajaran... Belajar bagaimana untuk bergerak, menyusu dan sebagainya...Sebenarnya ini semua adalah proses pembelajaran yang tidak langsung.. Dan daripada situ  juga  bermulanya pembelajaran yang baru bagi seorang wanita yang bakal bergelar sorang ibu... Subhanallah...

Pembelajaran bukan bermula daripada sekolah semata mata, ataupun apabila anda mula mengenali A, B, C sampai Z... Pembelajaran sepanjang hidup dan permulaannya apabila anda dilahirkan ke bumi ini.. Begitu juga dengan diri saya... Setelah 25 tahun lebih saya mengenali dunia ini, banyak manis dan pahit yang saya lalui... Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umur saya untuk saya belajar lebih lagi mengenai kehidupan ini.... Terlalu banyak dugaan dan masalah yang dihadapi... Tapi inikan semua rencah kehidupan.. Guru saya pernah mengatakan mereka yang tidak mempunyai masalah dalam hidup adalah 'orang gila'.. Kerana fikiran mereka yang terbatas.. Walaubagaimanapun mereka masih ada perasaan... Jangan sesekali sakiti mereka atau merendahkan mereka kerana mereka adalah insan yang terpilih...Bagi manusia, kesusahan, masalah, dan dugaan penting dalam menjadikan mereka kuat serta mengharapkan satu kuasa yang Maha Besar untuk membantu mereka iaitu ALLAH yang Maha Esa...

Saya tidak malu mengakui bahawa diri saya masih banyak kekurangan, dan masih kurang pengalaman dalam kehidupan ini... Saya insan yang sangat lemah... Dan pada umur suku abad ni, saya baru belajar bagaimana untuk menjadi insan yang lebih berdikari, belajar menyimpan, dan juga merencana kehidupan untuk masa hadapan.. Memiliki harta adalah impian semua orang, tetapi bagaimana kita berusaha mendapatkan, memilik idan menghargai harta tersebut dan menjaganya, itu adalah caranya...  Tapi harta dunia bukanlah segalanya.. Walaupun begitu ia adalah keperluan untuk memudahkan hidup kita berdasarkan kemampuan kita... 

Apabila saya melihat diri saya masih lagi ke belakang dibandingkan dengan orang lain, saya melihat dari sudut positif... Masih ramai mereka yang sebaya saya atau yang lebih tua daripada saya masih mencari-cari kehidupan mereka sendiri.. Sebab itu saya katakan setiap orang mempunyai jalan cerita mereka sendiri.. Allah Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk hambaNYA... Kita sebagai manusia wajib berusaha dan bertawakkal padaNYA... 

Pengalaman saya mencari kerja benar-benar membuka mata saya... Isu mengatakan graduan memilih kerja rasanya tidak tepat... Tapi suka di sini saya ingatkan bahawa usaha tangga kejayaan... Bagi kawan2 yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kos yang diambil, teruskan usaha anda.. Teruskan usaha anda menghantar resume, memahami skop kerjaya yang bakal anda tempuhi dan teruskan berdoa kepada ALLAH.. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar... 

Proses pembelajaran akan sentiasa berlaku dalam hidup anda, sama ada anda sedar atau tidak.. Bersabar dan bersyukur dengan setiap yang berlaku... Hayatilah lagu ini ya.. Semoga berjumpa lagi.. InsyaALLAH..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads