Sunday 26 February 2012

PereMpuaN yang Bukan BiaSa-BiaSa



“Awak sudah kahwin?” tanya bos India yang muda itu.

“Belum,” balas Shikin.

“Bertunang?”

“Belum juga,” jawab Shikin tersenyum sambil dalam hatinya memikirkan apakah motif bos muda itu bertanyakan soalan sedemikiam.

“Sudah ada yang istimewa?” lelaki itu seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Shikin.

“Belum lagi,” Shikin semakin tidak selesa dengan soalan yang diajukan. Tapi Shikin positif. Emm, boleh jadi dia ingat aku ingin bekerja di syarikatnya kerana ingin dekat dengan bakal suami. Tapi aku memang masih single.

“Umur U berapa tahun?”

“25 tahun...”

"Pelik sebab awak masih belum mempunyai kekasih walaupun rupa awak bukan yang biasa-biasa,” tegas bos muda itu lagi. Seakan tidak percaya akan jawapan Shikin.

"Maksud encik?” Nasib baik temuduga. Kalau sekadar perbualan biasa, dah lama aku angkat kaki. Shikin sedang menahan sabar. Cukuplah dengan jawapan yang aku berikan. Apa yang pelik sangat tak tahulah.

"Yalah, zaman sekarang ni dengan rupa yang biasa-biasa pun orang boleh mendapat seseorang yang istimewa… Cuba awak tengok, budak sekolah pun dah pandai bercinta… SMS, telefon selalu… Keluar sana sini dengan kekasih hati… Tapi awak yang ada rupa bukan biasa-biasa, masih sendiri lagi… Hati awak ni kuat.."

"Sebenarnya encik, rupa saya biasa-biasa sahaja.. Mungkin kebetulan encik lihat rupa saya hari ini bukan biasa-biasa.. Hmm.. Dan memang saya sedang kuatkan hati saya... ," balas Shikin sambil memandang meja.



Setelah selesai temuduga, hati Shikin mula bermonolog...

"Adakah rupa yang bukan biasa-biasa ini adalah tiket untuk aku menggoda mana-mana lelaki untuk dijadikan kekasih.. 


Apakah perbezaan mempunyai rupa yang biasa-biasa dan mempunyai rupa yang bukan biasa-biasa.. 


Dan apakah perbezaan menjadi perempuan yang biasa-biasa dan perempuan yang bukan biasa-biasa..  


Apa yang aku tahu aku tidak mahu menjadi perempuan yang biasa-biasa, walaupun rupaku bukan biasa-biasa.. 


Tetapi aku ingin menjadi perempuan yang bukan biasa-biasa walaupun rupaku biasa-biasa sahaja... 


Mari sini aku jelaskan... 


Sekiranya aku perempuan yang biasa-biasa, sudah pasti aku sudah mempunyai kekasih untuk aku melampiaskan kasihku dan cintaku padanya... Walaupun rupaku biasa-biasa sahaja.. 


Kerana fitrah manusia itu ingin berpasangan dan selalunya cintalah yang akan menarik lelaki dan perempuan itu untuk berpacaran... Aku dan dia akan selalu bermesej, berjumpa dan mengungkap kata-kata cinta serta janji tanpa mengetahui bahawa jodohku sebenarnya adalah rahsia Allah.. 


Dan apabila rupaku bukan biasa-biasa, sudah tentu peluangku untuk mencari lelaki lain akan sentiasa ada sekiranya aku putus dengan kekasih lama... 


Wah, begitu senangnya mengungkap kata cinta... Ya, ketika itu aku adalah perempuan yang biasa-biasa dengan cinta yang biasa-biasa.... Sepertinya kelihatan cintaku seperti cinta yang murah....


Tapi, aku bukan begitu.... Aku adalah perempuan yang bukan biasa-biasa... Sebenarnya, aku sedang berusaha... 


Ketika ramai rakan kuliahku, dan kini rakan sekerjaku mengerling ke arahku, aku masih tetap mahu menundukkan wajahku... 


Aku tidak mahu menggunakan rupaku yang bukan biasa-biasa ini menjadikan diriku perempuan yang biasa-biasa... 


Aku sedar, umur aku sentiasa meningkat.. Bukankah dengan berperangai sedemikian menyebabkan aku seorang yang menjual mahal lantas menidakkan kehadiran jodohku.. Oh, tidak.. Tolong jangan salah sangka... 


Aku sedang berusaha menjadi seorang perempuan yang baik, dan menjadikan mereka lelaki yang lebih baik juga... Aku tidak mahu mereka yang mengerling ke arahku tersasar daripada perasaan yang tidak sepatutnya... 


Aku hanya mahu lelaki yang berani... Bukan berani memandangku tetapi berani untuk berjumpa emak dan ayahku melamar aku... 


Aku bersyukur kerana telah diajar sejak kecil oleh abang-abangku untuk menjaga diriku... 


Abang-abangku sangat tegas dan garang dalam hal yang berkaitan dengan lelaki.. Mungkin kerana mereka ialah lelaki... Mereka tahu apa yang lelaki mahukan daripada seorang perempuan.. 


Aku ingat lagi kata-kata yang pernah keluar dari mulut abang-abangku ketika aku masih belajar... Walaupun aku tahu ada antara situasi ini yang pernah mereka lakukan, aku turutkan sahaja.. 


Kerana prinsip yang diajar oleh guruku, jangan lihat siapa yang beri nasihat, tapi lihatlah apa yang dinasihatinya.. Sekiranya baik, ambillah...

"Jangan pernah bawa lelaki balik ke rumah walaupun sekadar kawan..."
"Kalau abang nampak engkau keluar dengan lelaki, atau kawan-kawan abang mengadu nampak engkau keluar dengan lelaki, siaplah...."
"Jangan nak bercinta, pegang-pegang tangan... Macam budak depan ni..."
"Jangan bonceng motosikal dengan lelaki... Ingat pesan abang..."
"Belajar yang penting, bukan bercinta...  Kalau setakat bersms, telefon, ajak jumpa selalu.. Lupakanlah.... Lelaki yang berani sahaja akan jadikan engkau isteri... Masa tu dah jadi suami isteri, nak bercinta sakan, bercintalah.. Bercinta tengah belajar, merosakkan adalah....."

Banyak sungguh nasihat abang-abang aku sampai suatu tahap aku mahu melupakan nasihat mereka.. 


Aku mahu bercinta... Ya, aku mahu dikasihi, dicintai, berkongsi hal yang aku lakukan setiap hari.... 


Dan aku juga mahukan hadiah harijadi daripada si dia yang istimewa... Hadiah patung beruang comel yang besar yang sentiasa aku dambakan... Kerana aku perempuan, dan aku sukakan yang comel.. Dan apabila memeluknya di malam hari membuatkan diri menyedari ada sang kekasih yang sedang merindui.. 


Sungguh kelakar, kerana sehingga hari ini aku tidak pernah memperolehnya... Kerana aku masih teringat ingat akan amaran abang-abangku... Cukuplah aku memeluk patung beruang yang comel di pasaraya  sekadar untuk memenuhi tuntutan jiwaku... 


Masa berlalu dengan pantas... Dan aku masih berusaha menjadi perempuan yang bukan biasa-biasa walaupun langkahku pernah tersasar juga...  


Ya, kerana aku sedang berusaha... Menyebabkan langkahku hampir tersasar dalam mencari si dia... Aku tertanya tanya adakah dia sekarang ini jauh daripadaku, atau dekat denganku... 


Sekarang aku masih berusaha mencari... Cuma aku tidak tahu cara manakah yang perlu aku lakukan... Aku takut tersalah lagi... Dan kerana itu, aku masih lagi sendiri walaupun umurku sudah menginjak 25 tahun... 


Walaupun begitu, aku masih positif dan optimis dalam pencarianku dengan berdoa padaNYA... 


Semestinya impianku tidak lagi  berpaksikan untuk memiliki patung beruang besar yang comel, tetapi cita-cita ku ingin menggapai cinta yang direhaiNYA iaitu cinta suamiku agar aku menemui cinta Allah yang Satu.... 


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk diriku... Moga suatu hari nanti aku ketemu juga dengan jodohku... InsyaAllah....


Walau siapapun jodohku, hanya dia yang layak untuk cintaku yang sememangnya BUKAN CINTA BIASA... 




~PereMpUan yaNg bUkan BiaSa-BiaSa~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads