Friday 17 February 2012

Hargailah dan Syukurilah

Firman Allah:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya....” (Al-Imran : ayat 92)

Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki... Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga mencakupi kesihatan kamu, usia kamu yang masih hidup hingga hari ini... Setiap hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita, masih ada orang yang mengucapkan "selamat pagi, atau salam sejahtera, atau assalamualaikum".... Syukurilah segala nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tak dapat kita sebut kan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluknya yang bernama MANUSIA ini....

Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang kamu tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang-kurangnya pada 5 perkara yang kamu perolehi pada hari itu... Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul-betul dan rasainya ke dalam perasaanmu....

1. Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak2 itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?

2. Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?

Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya.....

Firman Allah:
"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu:Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras...."( Ibrahim : ayat 7)

Oleh itu bersyukurlah, berterimakasihlah, dan Allah akan menambahkan lagi apa yang kamu ada..... 

The More You Get, The More You'll Give 
The More You Give, The More You'll Get
....Alhamdulillah....


Credit to: Mutiara Hati

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads