Wednesday 29 February 2012

KhaSiaT TeMpe


Siapa yang tak kenal tempe, makanan yang kaya dengan zat. Sekiranya budu sinonim dengan orang Kelantan, kimchi sinonim dengan orang Korea, tempe pula sinonim dengan orang Jawa. 


Apabila mengetahui khasiat tempe, pasti kita tidak sangka bahawa orang dahulu lebih bijak dalam menghasilkan makanan yang berkhasiat. Walaupun tiada asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi, mereka dapat mencipta makanan yang berkhasiat malah terkenal sepanjang zaman sehingga ke hari ini.

Cuba kaji balik cara tempe dihasilkan. Di situ ada satu istilah fermentasi iaitu satu proses pembebasan energi (tenaga) melalui tindak balas mikroorganisma. Proses yang sangat terkenal dalam bidang sains terutamanya sains makanan.


Selain kacang soya, bahan penting dalam pembuatan tempe ialah ragi (yeast). Ragi (yeast) mengandungi mikroorganisma Rhizopus Oligosporus. Dan mikroorganisma inilah yang akan melakukan proses fermentasi dengan kacang soya untuk menghasilkan tempe.




Jom tengok apakah nutrien yang ada dalam tempe... 

  • Vitamin B2 (riboflavin) -  pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, dan tumbesaran sel 
  • Vitamin B12 (cobalamin) - pembentukan sel darah merah dan sum sum tulang
  • Vitamin B3 (niasin) - untuk peredaran darah dan kulit yang sihat
  • Vitamin B5 (asam pantorenat) - penting utk proses pemecahan lemak, karbo & protein kpd tenaga
  • Vitamin B6 (pyridoxine) - pengeluaran sel darah merah dan antibodi
  • Vitamin C, E, karotenoid, isoflavin (antara sumber antioksidan)
  • Protein, karbohidrat, dll...


p/s: Kebanyakan vitamin B yang disebut ialah komponen utk Vitamin B Kompleks.. Free je dapat bila kita makan tempe.



Okey, ini adalah khasiat-khasiat yang kita boleh dapat daripada tempe....

  • Kaya dengan protein yang mudah dicerna oleh badan kita serta boleh mengatasi masalah diarrhea (cirit birit)
  • Mengandungi zat besi, flavoid yang bersifat antioksidan untuk menurunkan tekanan darah.
  • Anti infeksi. Maksudnya meminimumkan tindak balas infeksi ke atas tubuh badan kita. Atau dengan kata lain meningkatkan imunisasi dalam badan kita.
  • Kaya dengan antioksidan. Boleh membantu mengelakkan kanser.
  • Mencegah darah tinggi.
  • Tinggi kandungan kalsium. Dapat mencegah osteoporosis (tulang rapuh).
  • Membantu menurunkan kadar kolesterol.
  • Menyeimbangkan pengambilan gizi harian. Maksudnya dalam tempe ada pelbagai zat-zat (nutrien) makanan.
  • Mengurangkan risiko anemia (penyakit kurang hemoglobin darah). Takdelah pening-pening, cepat letih, atau pitam.




Yang paling saya suka khasiat makan tempe ialah dapat mencantikkan kulit. Mak selalu pesan, nak kulit cantik, makan tempe. Jom makan tempe. Goreng dan cicah dengan sambal kicap. Memang terbaik dan sedap.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads