Wednesday 22 February 2012

nOta HaTi SeOranG LelaKi

Assalammualaikum semua....
Buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk NOTA HATI SEORANG LELAKI terbitan Telaga Biru merupakan buku yang sangat bermanfaat isinya... 

Terdapat 56 nota yang mempunyai inpu-input tersendiri.. Berkenaan peranan sebagai seorang anak, ayah, dan juga seorang hamba Allah... Bukan hanya merangkumi peranan seorang lelaki, tetapi juga diselitkan peranan sebagai seorang wanita... Sangat terkesan apabila membacanya dan secara tidak langsung menyedarkan kita bahawa tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk hidup di alam yang satu lagi... Ya, hidup untuk hidup... 

Saya sendiri mengaku bahawa sebenarnya terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dalam diri saya... Astaghfirullah... Saya langsung lupa akan alam yang satu lagi.... Kita manusia tak pernah lari dari kesilapan, dan dosa... Tapi sampai bila kita harus tersesat dan membiarkan diri kita tanpa arah tujuan yang sebenarnya... Saya pun sedang berusaha menjadi hamba Allah yang diredhaiNYA... Sementara hayat dikandung badan, selagi kita masih bernyawa, sama-samalah kita bermujahadah menjadi hamba Allah yang terbaik dan berdoa agar Allah memberi hidayah kepada kita semua.... InsyaAllah... Aminn...

" Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik, tetapi berilah kebaikan.. Tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya... Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita... Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri...

Hapuskan dendam, iri hati, dan marah yang bersarang dalam jiwa.. Kemaafan akan membuahkan kebaikan.. Kebencian akan membuahkan kejahatan... Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan menjadi semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan...

Ada maksud Tuhan menjadikan manusia secara bersama (co-existence) di atas dunia ini.. Seolah olah Allah telah berpesan, belajarlah sesama insan nescaya kita akan terasa kesan didikanNYA... 

Inilah yang anda akan fahami dan rasai, apabila mula membaca NOta Hati Seorang Lelaki....."

~SELAMAT MEMBACA~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads