Saturday 11 February 2012

Bertiga dengan nenek..... =)

Kul 4 petang tadi, emak dan ayah selamat bertolak ke larkin, JB menaiki bas... Then, kul 8 malam, emak dan ayah akan bertolak ke Sarawak dengan saudara mara di JB untuk menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu saya.... Sepupu yang sebaya dengan saya, dan orang rumahnya ialah sarawak... Kenduri di JB bakal diadakan pada bulan april.... Emm, betullah seperti yang dikatakan... Jodoh tak mengenal jauh atau dekat... 

Dan kul 7 malam tadi, pakcik sekeluarga menghantar nenek ke rumah kami untuk tumpang menginap di sini... Memandangkan ada undangan perkahwinan di tempat lain, me and my sister diamanahkan untuk menjaga nenek sepanjang ketiadaan anak2 nenek..... Jadi, malam ni cuma kami bertiga je... Esok, baru my brother balik daripada Kuala Selangor sebab isnin dah start kerja....

Menjaga nenek yang berusia 80 tahun ke atas (lupa umur nenek), bukanlah satu perkara yang sukar... Sebab nenek masih mampu berjalan walaupun perlu dipimpin.... Dan nenek masih mampu untuk makan dengan sendiri.. Nenek juga tidak cerewet dalam memilih makanan.... Tapi menu makanan perlulah yang sesuai dengan umur nenek dan tidak pedas....

Dan setiap malam sebelum tido, badan nenek terutama bahagian belakang perlu diurut sedikit dengan 'bam' atau minyak panas untuk memudahkan nenek tido..... Mungkin nenek semasa muda adalah tukang urut, jadi nenek tidak selesa sekiranya badan nenek tidak diurut...  Alhamdulillah.... Kemahiran nenek ini telah diwarisi oleh saya.... Walaupun begitu saya tidaklah sehandal nenek..... Sekadar berbakti kepada mereka yang memerlukan khidmat saya...

Bila melihat nenek, baru saya tahu, bukan senang untuk menjadi orang tua... Dan secara tidak langsung mengingatkan saya bahawa hidup di dunia ini pasti akan menemui Tuhan yang satu iaitu Allah... Tidak kiralah masa itu kita masih muda ataupun sudah berumur...... Subhanallah..... Walaupun menakutkan, tapi itu adalah kenyataan yang perlu dialami setiap manusia... Cuma waktunya yang tidak ketahui... Semoga Allah meredhai hidup kita semua... Amiinn...

Apapun saya rindu dengan emak dan ayah.... Bagaimana keadaan emak dan ayah tanpa kami, anak2 di sisi... Huuuhuuuu..... Saya doakan supaya emak dan ayah sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu...  Sayang emak dan ayah...... 
(^_^)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads