Friday 27 April 2012

Halal Executive Program (HEP)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, bersyukur sangat kepada Allah kerana saya telah terpilih untuk mengikuti Program Halal Eksekutif  (HEP) yang dianjurkan oleh KFCH International College dan Halal Industry Development Corporation. Program yang akan bermula pada 2hbMei2012 dan akan berakhir pada 31hbOktober2012. Bermulanya hidup sebagai seorang pelajar di KFCH International College di Puchong Selangor. Tanpa yuran, malah disediakan penginapan, pengangkutan dan elaun. Alhamdulillah..

Saya bersyukur kerana dapat menghadiri program ini tanpa perlu menghadiri temuduga. Sebenarnya memang dah merancang untuk menghadiri temuduga, tapi disebabkan urusan kerja, terpaksa batalkan hasrat. Cuma dapat hantar resume, itupun last minute.

Terima kasih kepada bos sebab sudi bagi kebenaran saya untuk join program ini tanpa perlu berhenti kerja, walaupun mula-mula tu dah hantar surat berhenti kat manager. Betullah orang cakap, 'tanpa keberanian, mimpi takkan jadi kenyataan'. Saya ingat saya boleh berbincang dengan bos hanya dalam mimpi sahaja. Saya ragu-ragu yang bos akan menerima permohonan saya. Saya mula solat istikharah. Memohon petunjuk daripada Allah. Dan Allah tunjukkan saya jalan keluar satu persatu... Semuanya dipermudahkan walaupun tempoh masa hanya ada seminggu sahaja.. Syukur sangat-sangat... Alhamdulillah..


Objektif Program:

Objektif Program Eksekutif Halal adalah melahirkan individu yang berpengetahuan yang akan membantu pengeluar poduk halal supaya menggunakan pendekatan yang betul dalam meningkatkan kualiti pengeluaran produk halal serta amalan pengilangan terbaik di mana ini akan menjadikan pengeluar lebih kompetitif di dalam pasaran halal global. Gabungan elemen syariah dan “thoyyiba” di dalam proses pengeluaran makanan halal diharapkan dapat menjaga serta menegakkan integriti produk makanan halal. 

6 comments:

  1. Salam, sy nak tnya skit.. HEP ni utk org yg dh bekerja ke atau student pun boleh? apa kelebihan join HEP ni dr sudut kerjaya ye? banyak ke peluang kerja?

    Trima kasih.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...
    HEP ni boleh untuk sesiapa sahaja...
    Syaratnya mesti bagi komitmen sbb program ni full time....
    Kena pergi kelas setiap hari dan ada praktikal selama 3 bulan (terpulang pd penganjur HEP)...

    Banyak kelebihan kalau dpt join HEP...
    Since Halal mendapat perhatian worldwide, peluang pekerjaan sgt tinggi...
    Awk boleh jd Halal Executive (HE) di industri makanan, industri kosmetik, industri ubat-ubatan dll, dan boleh jadi trainer Halal jugak...

    Sometimes, syarikat oversea pun ada mintak HE dr program HEP ni..
    Sbg cth jd HE di syarikat Jepun, penyembelih bertauliah di Australia..
    Gaji pun boleh tahan, beribu dolar..
    Yang penting perform dengan sangat baik dan sanggup berkorban...

    Banyak yang awak boleh belajar kat program HEP...
    Cara nak sembelih binatang halal, cara kenalpasti ingredients halal, haram atau syubhah selain improve soft skill peserta itu sendiri dll..

    Harap jawapan ni dapat membantu...
    Thanks..

    p/s: Sampai sekarang ada je iklan jawatan kosong untuk Halal Executive di Group HEP kami... =)


    ReplyDelete
  3. macam mana saya nak apply HEP ni??

    ReplyDelete
  4. Ni no sya 0102678708...sya harap dpat masuk gp HEP tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads