Friday 6 April 2012

Pentingnya menjaga KATA-KATA...

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya sangat respek dan admire mereka yang baik.... Suka tolong orang, murah dengan senyuman, kaya dengan nasihat, baik dengan ibu bapa, cakap lemah lembut, menjaga kata-kata, bersangka baik dan sebagainya... Pada saya hati mereka bersih dan tentunya baik... Mereka manusia biasa juga, tidak lari dari melakukan kesilapan.. Tetapi mereka berusaha dalam menjaga hubungan mereka sesama manusia supaya menjadi hamba Allah yang baik dari semua sudut...

Saya sendiri sedang cuba untuk menjadi baik, sama ada dari segi tingkah laku dan percakapan... Bukan mudah, dan bukannya susah... Tapi banyak susah daripada mudah.. Betullah ahli bijak pandai mengatakan 'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'... 

Orang yang baik tentunya akan menjaga kata-katanya supaya tidak menyakiti hati orang lain...

Sejak tamat SPM, saya cuba untuk menjaga kata-kata dan perlakuan... Bab menjaga kata-kata yang saya sedang 'struggle'... Seriously.... Kadang-kadang tanpa saya sedar, bila saya bercakap, memberi pendapat, secara tidak langsung saya sebenarnya sedang menyakiti hati orang lain especially orang yang saya rapat dan kasihi... Then, bila ini berlaku, sukarnya untuk meminta maaf.... Astaghfirullah... Hanya kemaafan yang dapat saya pinta dari mereka semua walaupun saya rasa itu tidak memadai... 

Sekarang ini, bila umur sudah meningkat (dah suku abad pun), saya lebih prefer untuk berdiam diri bila rasa tidak puas hati berlaku... Walaupun kadangkala terlepas juga... Saya sedang mengawal diri saya... Saya sedang cuba agar diri saya tidak dikuasai oleh perasaan marah dan ego saya... Saya akan cari pendekatan yang lain iaitu berhikmah dan bukannya pendekatan dengan menyakiti hati orang lain walaupun hati saya puas.....

Saya sedar akan hakikat apabila kita menyakiti orang lain, sebenarnya satu hari nanti pasti hati kita juga akan disakiti.. Tidak kira dalam apa jua bentuk balasan, pasti kita akan menerimanya... Dan apabila ini berlaku, saya tahu bahawa saya sedang menerima natijah daripada kata-kata saya yang tidak enak selama ini... Cuma saya mengharapkan Allah mengampuni dosa-dosa saya... Ampunilah dosa hambaMU ini ya Allah... +_+

Semoga saya sentiasa istiqamah dalam menjaga kata-kata saya.. Amin... Pesanan Nabi Muhammad S.A.W menjadi pendorong saya dalam menjaga kata-kata saya...

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, 
maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads