Thursday 12 April 2012

~Pentingnya Komunikasi Itu~

Assalammualaikum...

Zaman sekarang ni hubungan jarak jauh bukan lagi satu masalah... Bak kata pepatah, jauh di mata tetapi dekat di hati... Terlalu banyak cara untuk berkomunikasi.. Sms, telefon, skype, MMS, YM, dan lain-lain...  Perasaan rindu dan ingin berjumpa tu, perkara yang normal... Cuma kita kena pandai mengawal perasaan tersebut supaya tidak timbul perasaan cemburu yang melampau sehingga membawa kepada syak wasangka.. Bab rindu-rindu ni,  rasanya tiada masalah bagi pasangan suami isteri,.. Tapi bagi pasangan yang belum mempunyai hubungan halal,  mereka harus bijak mengawal hati dan perasaan mereka.. Itu yang wajib dititikberatkan supaya tidak kecundang dengan godaan syaitan... 

Dalam sesuatu hubungan, komunikasi itu sangat penting.. Dan sudah tentu komunikasi yang berkesan iaitu yang boleh memberi kebaikan.... Walaupun tinggal bersama, tetapi jika tiada komunikasi yang baik, sesuatu hubungan boleh menjadi hambar... Dan apa jua salah faham, sila selesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah.. Gunakan pendekatan yang lembut dan bukannya berkasar... 

Tabiat suka berdiam diri dan menyebabkan pasangan tertanya-tanya bukan satu langkah yang bijak... Pasangan bukanlah ahli nujum yang dapat membaca hati dan perasaan orang lain.. Berbincang dari hati ke hati, itu yang terbaik... 

Okeylah, di sini saya sarankan mereka yang belum menonton drama JUJUR AKU DAYUS agar menonton drama ini... Daripada drama ini, baru anda tahu betapa pentingnya komunikasi dalam hubungan suami isteri... 


~Pentingnya Komunikasi Itu~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads