Friday 6 April 2012

Sabar itu Indah

 ‎~One moment of patience may ward off great disaster... 
One moment of impatience may ruin a whole life...~

"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah..." 
(Surah al-Muddaththir: ayat 7)

Bismillahirrahmanirrahim...

Ayat pertama yang di atas sekali, hanya secebis ayat.. Bergantung pada individu untuk menilainya sama ada dari sudut positif atau sudut yang lagi satu.. Manakala ayat yang kedua datangnya daripada Allah... Kata-kata Pencipta memujuk makhlukNYA yang lemah dan di saat mereka cuba mencari kekuatan.. 

Jika tidak diikutkan hati yang sabar, mahu sahaja 'dia' berhenti kerja akibat tekanan kerja yang banyak... Mahu saja 'dia' mencari cinta yang lain berikutan isterinya yang sudah tidak seperti dulu lagi.. Mahu saja 'dia' memukul anaknya semahu hatinya kerana memecahkan cermin kereta barunya.. Mahu saja 'dia' membunuh diri kerana ketidakupayaannya untuk menyara keluarga sendiri setelah lumpuh akibat kemalangan... Mahu dan mahu melakukan segalanya hanya kerana tidak sabar..

Iya, kerana perasaan tidak sabar menyebabkan manusia seringkali melakukan kesilapan yang akhirnya membawa kerugian pada dirinya sendiri.. Sedangkan sekiranya dia sabar sedikit lagi seiring tinggi keyakinannya pada Allah Taala, sudah tentu jalan-jalan kebaikan akan dibukakan untuknya tanpa disangka-sangkanya... Bukankah Allah telah berfirman;

"Barangsiapa yang berTAQWA kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan).  Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
(Surah at-Talaq : ayat 2-3)

Bukankah sabar itu khazanah syurga.. Mana mungkin orang yang tidak sabar iaitu yang tidak beriman dan tinggi keyakinannya pada Allah akan memperoleh hikmah sabar... Bersabarlah  duhai hati kerana SABAR itu adalah salah satu kunci kebahagiaan... (^_^)

“Hikmah itu bukan sekadar kebaikan luaran yang kita peroleh, tetapi yang paling penting adalah kebaikan dalaman. Lalu pada ketika saya memberikan masa saya kepada orang yang memerlukan, saya sebenarnya sedang mencari hikmah. Bagaimana kamu mahu memperoleh hikmahnya ikhlas dan sabar, sekiranya kamu tidak pernah memberi?”




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads