Sunday 29 April 2012

~HaRi MinGGu~

Assalammualaikum...

Sekarang ni, saya sedang menghitung hari untuk mendaftar di program HEP... Hati mula terasa berat.. Tak tahu kenapa... Mungkin sebab tak dapat pegang duit yang banyak kot setiap akhir bulan.. Yalah, ambil cuti tanpa gaji.... Hmm... Then, berat hati sebab nak tinggalkan emak di rumah, yang sentiasa memerlukan seorang peneman untuk berbicara dan juga pembantu dalam menguruskan rumah.. Iskh mimi ni, your dad kan ada.... Huu.. Walaupun berat hati, but still kena kemas barang-barang yang perlu dibawa... 

Semalam pergi kenduri kahwin sepupu lelaki yang sebaya dengan saya di JB (tak sangka dah jadi suami orang)... Dan biasalah, sepupu yang sorang lagi ni akan ditanya soalan-soalan cepu berlian... Haha... Baru tahu kan perasaan orang yang selalu ditanya soalan macam ni.. Dulu, masa zaman budak2 lagi selalu jugak dengar orang tanya soalan ni kat akak2 sepupu.. La ni, ambik sebijik... Huhu.. 

Selepas gi kenduri kahwin, kami singgah rumah pakcik di Tampoi..  Selepas mahgrib, baru kami bertolak balik ke Batu Pahat... Dan malam tadi bila dah sampai BP, saya baru perasan kat tepi Jalan Kluang (sebaik sahaja keluar dari Jalan Tan Swee Hoe) ada KEDAI AL-IKHSAN.. Kedai yang jual kasut sukan tu... Hmm... Selama ni duk pergi balik kerja, ulang alik jalan yang sama, tak penah perasan pun ada kedai al-Ikhsan... Yang perasan kedai langsir je, itupun tak penah singgah.. Apalah mimi ni.. Itupun, kebetulan lalu waktu malam.. Sudah tentu bila waktu malam, kedai pasang lampu.. Tu yang perasan.. Kalau tak, sampai bila-bila agaknya tak perasan... Huuu...

Okeylah, nak sambung kemas baju... Banyak kot baju yang perlu dibawa... Haisshh... Emm, perasan tak, sekejap je masa berlalu kan.. Lusa dah bulan Mei.. Bulan Julai kita menyambut Ramadhan, bulan Ogos Hari Raya Aidilfitri.. Bulan Oktober Hari Raya Aidiladha.. Bulan November, bulan Disember, then bulan Januari 2013... MashaAllah.. Sekejap je masa berlalu... Semoga hari ini dan hari esok lebih baik daripada semalam dan semoga apa jua yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah.. Aamiinn...

p/s: Stay safe, stay healthy and May Allah Bless you... Take care.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads