Monday 9 April 2012

Nostalgia ZaMan SeKoLah RenDaH


Assalammualaikum semua...

Banyak-banyak kenangan zaman belajar, rasanya kenangan masa zaman belajar sekolah rendah dan semasa di UiTM yang banyak sekali meggamit memori... 

Dulu masa darjah 1-6, banyak mengenal erti susah.. Sekolah di kampung, tidak semua yang bernasib baik.. Ada seorang kawan lelaki yang mempunyai masalah pendengaran, selalu dibuli dengan budak-budak lain.. Memang orang susah... Kesian dia.. Tapi dia kelakar jugak... Bila orang cakap perlahan, dia dengar.. Tapi bila orang cakap kuat, dia tak dengar pulak... Hehe.. Peristiwa yang paling tak boleh lupa masa acara lumba lari... Dia ni memang lumba lari nombor satu.. Nak jadi cerita dia kena lari 200 meter dengan budak2 lain.. Pastu, kebetulan posisi dia kat depan sekali.. Cikgu belum cakap mula, dia dah lari.. Huuu.. Kesian dia, kena ulang semula.. Then tak dapat jadi juara.. Ingat lagi dia kena ejek dengan senior.. Tuan puteri yang mengada ngada ini jugalah yang cuba nak back-up... Nasib baik cikgu datang, kalau tak confirm kami kena buli... Senior lelaki pulak tu... Pelik betul dengan perangai orang yang suka membuli ni...  

Bila pergi sekolah agama, ada ketua 'budak nakal' ni suka mengganggu.. Senang cite dia suka menyakitkan hati orang... Ada je modal dia.. Dahlah tak penah kacau dia, angin apa entah mengganggu hidup orang lain.. Ikutkan hati memang nak cerita kat ayah sebab tak tahan tiap-tiap hari kena menghadap perangai buruk dia.. Tapi hati ni sabar je, tahan perasaan... Lagipun malas nak layan budak macam tu.. Tengok muka dia pun taknak.. Dahlah Form 1 tapi perangai macam budak Darjah 1... Satu hari tu nasib dia memang tak baik... Kantoi dengan Guru Besar Sekolah Agama yang juga merangkap kawan baik ayah... Apa lagi depan kelas dia kena rotan... Sempat lagi tu kena rotan, dia jeling dan bagi amaran 'siap kau'.... Ingat takut dengan dia, boleh blah... Dalam hati kesian jugak kat dia... Yalah anak orang kaya, tapi perangai sangat miskin... Miskin kasih sayang agaknya... Sebab tu dia buat perangai untuk tarik perhatian orang lain... Hmm... 

Zaman dulu tak macam zaman sekarang.. Walaupun pernah disogokkan dengan cerita 'hantu drakula', naik kereta kancil warna merah, dan hanya ambik darah anak dara sunti... Takuuutt.. Tapi tetap kuatkan hati berjalan kaki dari depan kampung sampai rumah setiap kali balik naik van.. Alhamdulillah dilindungi Allah daripada perkara yang tak sepatutnya.... Tapi zaman sekarang tak payah hantu drakula, 'hantu manusia' banyak buat onar.. Menculik budak2..  Astaghfirullah.... 

Banyak sangat kenangan.... Suka dan duka... Setiap orang pasti ada jalan cerita mereka sendiri... Mereka yang tahu akan erti kesusahan dan memahami kesusahan orang lain, pasti akan menghargai kehidupan ini dengan sebaiknya... Jangan sombong dengan  harta benda dan kemewahan yang ada sebab itu semua takkan kekal lama...  Zaman UiTM akan disambung pada entri seterusnya..  Takpun buat dalam versi novel kan... InsyaAllah... Tunggu jelah ya.. Okey, sampai ketemu lagi... =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads