Friday 20 April 2012

~KeSaN HeBoH PerTuNaNgan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini, saya nak share ceramah daripada Ustaz Don Daniyal yang bertajuk "Kesan Heboh Pertunangan".. Khitbah atau maksudnya pertunangan merupakan salah satu syariat Islam yang dijadikan Allah untuk memberi kepada peluang kepada lelaki/ perempuan untuk bertaaruf (berkenalan) dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin...




Walaubagaimanapun ramai yang tersalah anggap akan fungsi pertunangan ini... Dari apa yang kita lihat pada zaman millennium ini, majlis bertunang diadakan seperti majlis kahwin... Dihebohkan kepada orang ramai walhal pertunangan tersebut boleh putus bila-bila sahaja... Dan sudah tentu ada sesetengah pihak menjadikan pertunangan sebagai tiket untuk membawa pasangan ke mana sahaja tanpa ditemani mahram...


Ada hikmah kenapa pertunangan perlu dirahsiakan... Salah satunya untuk menjaga nama baik pihak perempuan mahupun pihak lelaki sekiranya pertunangan tersebut tidak dapat diteruskan ke peringkat seterusnya iaitu pernikahan.. Selain itu, hikmah merahsiakan pertunangan adalah untuk menjaga ukhwah yang terjalin antara dua pihak (lelaki dan perempuan).... 


Sesungguhnya pertunangan ini bermula "Dengan kita ada pilihan... Iaitu pilih..." Yang penting pintalah doa dan restu ibu bapa dalam memilih jodoh... Semoga kita dirahmati Allah selalu.. Aminn.. (^_^)

“Perkahwinan itu bukan perlawanan bola sepak. 
Semasa belum dapat, dikejar-kejar. 
Sudah dapat, terus disepak sekuat hati sejauh mungkin. 
Sebaliknya perkahwinan itu biarlah seperti permainan ragbi. 
Semasa belum dapat, dikejar-kejar. 
Sudah dapat, dipeluk digenggam dan tidak dilepaskan sama sekali”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads