Friday 7 October 2011

~Dia UntuKKu~ [SEMANIS KURMA]

Assalammualaikum semua.....

Arini nak share pasal tajuk rancangan Semanis Kurma malam tadi, 6/10/2011, pukul 10 malam di tv9.. Tajuk malam tadi ialah DIA UNTUKKU.....

Alhamdulillah, syukur sangat2 sbb rancangan ini keluar di saat aku benar2 mengharapkan nasihat dan pandangan seseorang.. Seronok dapat dengar ceramah berkenaan hati dan perasaan lagi2 masa tgh jiwa kacau ni...

Mcm mana nak tahu DIA untuk KITA???

  • Solat istikharah, minta petunjuk daripada Allah.. Banyakkan berdoa...
  • Bila kite tengok dia, kite akan rasa tenang, dan  jauh di sudut hati kite, kite akan tahu mmg dia yang kite cari selama ini..
Tips jodoh daripada ustaz dan ustaz dan ustazah:
  • SEkiranya kite  nak JoDoh yang baik dan soLeh, kite kena berubah dahulu menjadi yang baik dan soleh..
  • Kepada yang dah bercinta tu, jangan tunggu lama2, segerakan pernikahan.... 
  • Kepada yang belum bertemu jodoh lagi, jangan berputus asa berdoa.. Buat solat hajat dan solat istikharah.. Ustaz ckp solat istikharah ni bukan hanya bile kena buat keputusan.. bila2 pun boleh... Masa dah jumpe seseorang tu pun dah boleh buat solat istikharah....
  • Kepada yg bercouple, jgn berdua duaan... Kena bawak mahram skali bile berjumpa tu supaya terhindar daipada maksiat... kalau boleh, bawak mak ayah u all sekali.. he..
  • Jangan nak pegang tangan, pegang sana, pegang sini.. Kalau dah Gatai sangat nak pegang, ajaklah pasangan awak menikah cik abang oiii...
  • Jangan anggap perkahwinan ini satu perjudian.. Means, if bahagia, bahagialah.. if cerai, nak wat macam mana kan.. Judi tu kan MAKSIAT, mana boleh samakan perkahwinan yang sememangnya SUCI.. Korang semua kena berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan masing2, berusaha menjadikan perkahwinan, rumahtangga korang bahagia hingga ke syurga... 
  • Pilihlah pasangan anda kerana AGAMA.. Pilih yang soleh dan solehah.. insyaAllah, kamu akan mendapat keluarga yang sakinah, bahagia dunia dan akhirat...
Pastu ustaz pesan, bila hari ulang tahun hari lahir kita, puasalah dengan niat kerana untuk menyatakan hajat kepada ALLAH.. Hajat supaya diberikan pilihan yang terbaik dalam hidup.. Tak semestinya jodoh, tapi pekerjaan dan sebagainya... Besday aku 29hbOktober ni.. insyaAllah aku akan berpuasa.. Tapi masih dalam dilema sebab masa tu ada dua jemputan kenduri kawen.. huuuu... semoga semuanya dipermudahkan.. aminn...

Next, ustazah Husna, isteri kepada Imam Muda Ashraf bagi nasihat.. perempuan dan lelaki ni boleh diibaratkan seperti tikus dan kucing.. perempuan tikus, lelaki kucing.. tikus dan kucing mana boleh kawan baik, selalu gaduh.. Jadi, bila dah berkawan baik, tikus ni kena berhati hati supaya dia tak dimakan oleh kucing a.k.a orang lelaki.. Yalah, perempuan ni kan baik.. bile dah cinta, sayang kat seseorang tu, mereka sanggup buat apa shaja... So, girls out there.. please watch out, okey.. nasihat untuk diri saya jugak.. supaya kuat.. jangan nak kesian kat orang laki ni.. BERANI UNTUK KATAKAN TIDAK.... korang kena jaga maruah korang.. belajar untuk kuat... biarkanlah.. kalau betul lelaki tu sayangkan awak, dia akan respek awak, keputusan awak.. if not, dia nak tinggalkan u all.. let him go.. sebab Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri kita.. Unless, dia dah jadi husband u all.. Bagi jelah apa yang husband mintak.. dapat pahala banyak as long tak bertentangan dengan hukum ALLAH..


So, the conclusion is JODOH anda ada di mana2.. Mungkin ada di depan mata, atau tersembunyi, atau di sebelah anda sahaja, atau jauh di mata.. Jangan putus asa berdoa, pinta kepada ALLAH jodoh yang baik dan soleh, supaya kamu dan dia bahagia hingga ke syurga.. insyaALLAH.. aminnnn...

okeh kawan2... seMOga kite semua bertemu jODOH yang terbaik, soleh, dan bertanggungjawab.. aminn...
Take care of your heart... saVe your heart only for your husband whO deserve the best.. 

JUmpa Lagi.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads