Saturday 24 December 2011

.........Perubahan Masa..........

Dulu masa belajar, selalu merungut.. Banyak assignment dan lab report yang kena buat... Pastu kuiz, test hampir tiap2 minggu.. Macam nak pecah kepala, kononnyalah.. Padahal tido jelah kejanya... Pantang ada masa lapang, konfem tido... Esok ada test@kuiz pun, aktiviti tido pasti tak dilupakan... huuu... Apalah yang hebat sangat dengan tido, aku pun tak sure.. Yang penting bile jawab test@kuiz, taklah sampai tetido kan... hee.. Actually, penah jugak kami tido cuma beberapa jam sebab nak prepare untuk jawab test bagi subjek yang sangat susah, atau nak siapkan assignment, ataupun utk prepare booth for exhibition... Itupun bergilir supaya keja siap... Sebab tu kami agak 'jakun' dengan tido ni... huu..


Zaman diploma tak sama dengan zaman degree... Sebab masa ni takde laptop... Kitorang akan pegi cyber cafe kolej, atau lab computer library.. If banyak assignment kena buat, tiap2 hari mendaki bukit utk ke library.. Sabtu ahad pun sama.. Degree pun aku takde laptop sebenarnya.. Final year baru ada, itupun guna laptop abang yang dah nazak.. Huu... Terpaksa guna sebab nak siapkan tesis final year project... Orang lain punyalah beli laptop,tapi aku prefer gi lab komputer kat library, atau kat kolej untuk siapkan assignment and lab report.. No money, no talk... So, better aku guna je kemudahan yang ada.. Tapi budak sekarang, takde laptop macam takde nyawa.. Macam wajib je kena beli.. Tak kisahlah kan if buat keja.. Ni tak, berFB sepanjang masa... Siapa kata tak boleh berFB ke, berblog ke.. Yang penting siapkan keja yg utama dulu.. Priority first....


Bila diingatkan zaman belajar ni sebenarnya lagi seronok dibandingkan dengan zaman bekerja.. Banyaknya kenangan terindah... Dengan kawan2 yang sentiasa bersama susah dan senang.. Walaupun kami bukan dari kelas atau kos yang sama, tapi kami sentiasa support antara satu sama lain.. Pengorbanan pun bukan calang-calang... Berkorban masa, tenaga, terpaksa berjauhan dengan keluarga, berkorban nyawa setiap kali keluar menaiki bas@ berjalan kaki untuk mencari bahan tesis@projek... Sebab tu belajar ni dikategorikan pergi berjihad di jalan ALLAH.. Itulah kosep sebenar menuntut ilmu.. Bukan mencari pakwe, berdating, atau menghabiskan duit mak ayah... Konsep yang perlu diubah setiap kali pelajar melanjutkan pengajian.. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat dapat menahan dugaan sebegini.... 

Zaman bekerja.. Seronok.. Dan lagi rumit daripada zaman belajar... Mematangkan aku dalam pergaulan dan juga cara berfikir..... Walaubagaimanapun, tetap merapatkan  hubungan dengan kawan-kawan lama sebab kami di bidang yang sama.. Banyak pengetahuan yang perlu dikongsi untuk memantapkan karier.. Semoga kami sentiasa kuat dan tabah menghadapi masa hadapan dan menemui kejayaan... Aminn... 

p/s: miss you all so much....  take care friends.. (^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads