Friday 23 December 2011

~KEMPEN JAUHI ZINA~

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.."  
(SURAH AL-ISRA':32)



Setiap hari ada saja berita pembuangan bayi yang berlaku... Sedih sangat dengan situasi yang nampaknya takde kesudahan... Astaghfirullah... Di mana silapnya... Adakah ibu bapa yang perlu dipersalahkan... Atau adik beradik? Atau guru2? Atau semua orang????

Kenapa bayi dibunuh, dibuang sedangkan bayi itu tidak bersalah... Punca pembuangan@pembunuhan bayi disebabkan oleh mereka yang telah berzina mahu menutup perasaan malu mereka... Perasaan malu terhadap manusia...  Tapi mereka tak malu@tak takut pada ALLAH sedangkan ALLAH MAHA MELIHAT... Sejauh mana mereka membuang bayi tersebut, sesungguhnya malaikat telah pun mencatit dosa mereka... 

Cukuplah kamu membuat dosa dengan berzina... Janganlah kamu menambah satu dosa lagi dengan membunuh bayi tersebut... Dia tak bersalah.. Bertaubatlah sayang... Pohonlah keampunan dari ALLAH yang MAHA ESA.. Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN.... DIA MAHA PENYAYANG... Masih belum terlambat untuk kamu bertaubat... 

  • Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata :

"Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu..."
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -



  • Allah berfirman di dalam Al Quran:

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan...” (SURAH ASY SYURAA:25)




Wahai gadis-gadis di luar sana, kesayangan emak dan ayah, harapan keluarga...
Ingatlah bahawa maruah adalah mahkota yang paling penting daripada segala-galanya....
Adakah dengan melakukan perbuatan terkutuk itu, lelaki tersebut akan bertanggungjawab????
Apakah nasib bayi yang sudah pun membesar di dalam perut anda?
Lelaki memang manis dengan kata2... 
Percayalah kesayangan emak dan ayah...
Lelaki itu tidak akan berkahwin dengan anda kerana pastinya dia tahu bahawa kamu dengan mudah sekali menyerahkan dirimu kepada lelaki yang lain pula....

Wahai permata kesayangan emak dan ayah,
Jangan mudah menyerah kalah dengan kata2 manis dan pujuk rayu lelaki...
Ketahuilah sekiranya dia benar2 mencintaimu, menginginkanmu, menghormatimu....
Dia pasti akan melamarmu menjadi isterinya,menjaga batas2 pergaulan, dan bersabar sehingga tiba waktunya...
Kuatkanlah hatimu, tabahkanlah hatimu menjaga fitrahmu, menjaga maruahmu...
Sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar...
Pernikahan juga jalan yang terbaik... Subhanallah..
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu, insyaALLAH masanya pasti akan tiba jua... 


Salam sayang dari saya a.k.a tuan punya blog... (^_^)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads