Saturday 23 February 2013

::Kebaikan Memakan BAWANG PUTIH::

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalammualaikum semua...

Hari ini tuan punya blog nak berkongsi kebaikan memakan bawang putih...
Amalan memakan bawang putih memang telah lama dipraktikkan oleh nenek moyang kita, sama ada dalam masakan atau dalam mengubati penyakit tertentu....
Banyak kajian telah dijalankan oleh para saintis untuk membuktikan lagi peranan bawang putih dalam kesihatan manusia, dan juga mengubati penyakit tertentu...
Jom kita tengok kebaikan memakan bawang putih... 


1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical (salah satu punca kanser) di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

p/s: Untuk kesan yang baik, panggang bawang putih bersama-sama kulitnya.. Dan amalkan memakan begitu sahaja, satu atau dua 'clove' of garlic... Mungkin sebab tu kat pasaran sekarang banyak dijual pil bawang putih, sebab sudah terbukti kesannya dalam merawat pesakit... Apa salahnya mencuba kan, untuk kesihatan kita....

Okey, sampai ketemu lagi.. Selamat mencuba... (^_^)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads