Friday 1 February 2013

::Kau yang TERINDAH::

Pagi Jumaat yang mendamaikan....
Bermulanya satu sejarah dalam hidup Zahra...

"Assalammualaikum... Boleh saya bercakap dengan Cik Zahra?" kedengaran suara lelaki di talian... 

"Waalaikumussalam... Ya, saya Zahra.."

"Saya Saiful, peguam dari Zulkifli & Co... Begini Cik Zahra... Saya peguam arwah En. Daniel bin Datuk Mustakim ingin menyampaikan wasiat arwah kepada Cik Zahra..... "

"Arwah Daniel?? Wasiat??? Apa maksud En.Saiful??" Astaghfirullah... Danny.... Ya Allah, apa sebenarnya yang berlaku.....

"Maaf, saya tak boleh nak beritahu apa-apa di telefon sekarang... Boleh saya tahu Cik Zahra ada di mana sekarang... Sebab saya dan keluarga arwah mahu menemui Cik Zahra berkenaan wasiat ini..." suara tegas peguam tersebut menyebabkan Zahra tersedar semula... Seakan tidak percaya akan kata-kata lelaki tersebut....

"Saya minta maaf En.Saiful... Saya tidak percaya..." Ucap Zahra tegas sambil mematikan talian.... 

Arwah Danny.... Betul ke apa yang aku dengar tadi... Hampir lima bulan sejak aku dan Danny putus... Aku tekad tidak mahu berjumpa dengan dia... Ahh.. Tak mungkin aku akan bagi peluang kepada dia setelah dia berlaku curang.. Di depan mata aku lagi.... Tapi sekarang Danny dah tak ada kat dunia ni... Susahnya aku nak percaya.... Air mata ni... Kenapa deras sangat mengalirnya... Danny, apa yang terjadi pada awak....


________________________________________________

Berpuluh panggilan dari nombor yang berlainan memang aku tidak layan.... Sehingga mesej dari seseorang yang aku kenal...

"Salam Zahra... Aku minta maaf banyak-banyak... Bukan aku sengaja, tetapi arwah Danny yang minta aku rahsiakan.... Danny dah takde Zahra... Dah sebulan arwah tinggalkan kita semua... Aku tahu kau mesti sedih dan marahkan aku sangat-sangat... Aku tahu kau ada kat Kuala Lumpur sekarang ni... Esok, aku ambil kau... Kita jumpa keluarga arwah untuk urusan wasiat.... Aku minta maaf Zahra..." 

Mesej dari Loqman aku biarkan tanpa balas... Sampai hati Loqman... Aisha?? Tidak mungkin Aisha tahu sebab Aisha yang beria sokong aku untuk tinggalkan Danny... Dan perasaan aku saat itu sangat sedih....   Airmata mengalir deras... Sedih kerana aku tidak berada di sisi Danny sehingga akhir hayatnya... Ya Allah... 


_________________________________________________

Dalam kereta Loqman, sepatah perkataan pun aku tidak keluarkan... Dan Loqman faham akan tingkah laku aku yang  marah sangat dengan dia....

Kereta Loqman berhenti di bangunan syarikat yang sememangnya aku kenal... Syarikat ibu Danny....

"Zahra, jom kita naik atas.. Datin Kamariah dan adik beradik arwah dah tunggu kau...."

Sebaik sahaja Loqman menghabiskan ayat dia, aku menangis tanpa henti.... 

"Sampai hati kau Man buat aku macam ni... Danny sakit apa?? Kenapa mesti berahsia sangat dengan aku... Astaghfirullah...Lima bulan Man aku cuba lupakan dia... Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa dia buat aku macam ni... Pastu, tiba-tiba kau cakap dia dah tak ada... Kau ingat aku ni takde hati dan perasaan??" Esakan aku makin kuat...

"Zahra... Danny ada barah otak... Selepas dia berjanji untuk datang rumah kau, dia baru dapat tahu berita dari hospital di London...  Danny buat 'operation' tetapi tak berjaya.... Kau ingat aku sengaja ke nak rahsiakan ini semua dari kau... Arwah berkeras suruh aku rahsiakan sebab arwah sangat sayangkan kau.... Adegan dia curang itu pun memang sengaja dia buat supaya kau tinggalkan dia..." Loqman membuka pintu kereta dan keluar meninggalkan aku menangis tanpa henti....

Setengah jam berlalu, dan esakan aku makin perlahan.... Loqman di luar kereta membiarkan aku dengan perasaan aku sendiri....

"Man, jom kita balik.... Aku tak boleh jumpa Datin... Lagipun aku memang tak layak untuk terima apa-apa daripada arwah..."

"Tak boleh Zahra... Aku dah janji dengan arwah untuk bawa kau datang masa wasiat itu dibacakan... Kau sabar eh.... Aku tahu kau kuat.... Kau pergi toilet, basuh muka kau tu... Buruk aku tengok kau menangis..."

______________________________________________________

Apabila wasiat dibacakan, aku sangat terkejut.... Arwah memberikan seluruh saham di syarikat ibunya untuk aku... Tidak termasuk sebuah rumah banglo, sebuah kereta, dan sejumlah wang bulanan yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank aku....

Dan sejurus wasiat dibacakan, aku dapat lihat muka keluarga arwah yang sangat terkejut dan tidak berpuas hati... Apa yang aku dapat lakukan hanya berdiam diri.... Dan semestinya bangkangan yang dibuat oleh adik lelaki arwah mengejutkan aku... Bayangkan aku seorang gadis biasa, yang tidak punyai apa-apa, tiba-tiba mendapat apa yang semua inginkan hanya sekelip mata.... Linangan air mata sahaja yang aku mampu keluarkan tika itu.. Ya Allah, aku sangat lemah... Ujian apa yang Kau berikan kepada aku saat ini...

"Cik Zahra, segala proses berkaitan wasiat ini termasuk penukaran nama akan bermula sebulan daripada sekarang... Saya harap Cik Zahra dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya... Memandangkan Cik Zahra merupakan pemegang saham kedua terbesar di syarikat ini selepas Datin Sharifah, Cik Zahra akan diberikan seorang 'PA' dan seorang 'driver' untuk kemudahan Cik Zahra... Dan untuk pengetahuan Cik Zahra, sekarang ini Cik Zahra adalah ahli lembaga pengarah bagi syarikat ini... Segala dokumen berkaitan akan diterangkan oleh PA Cik Zahra... Dan sebarang persoalan berkaitan wasiat, penamaan dan sebagainya, Cik Zahra boleh berurusan dengan saya....," ujar En.Zulkifili, peguam yang menguruskan segalanya.

__________________________________________________

Perjumpaan dengan Datin Sharifah menambahkan lagi kesedihan aku... Datin mengaku arwah sangat sayangkan aku... Arwah berubah menjadi seorang yang baik setelah mengenali aku... Dua tahun arwah sanggup menunggu aku habis belajar untuk meminang aku sehingga dia mendapat berita yang menyedihkan jiwanya... Dan sekarang arwah menyerahkan segala kepunyaannya kepada aku untuk menunjukkan kasih dan sayangnya....

Aku pasrah....Aku redha padaMu ya Allah... Engkau lebih menyayangi arwah... Tetapi aku perlu lakukan sesuatu supaya aku tidak menerima semua ini...

Dua hari aku berada di KL, aku bermalam di rumah Datin untuk menghadiri majlis kenduri arwah Danny... Dan kemudian sebelum aku pulang ke kampung, aku singgah ke kubur arwah Danny... Sayu aku melihat kuburnya...

"Danny, saya minta maaf sebab menuduh awak yang bukan-bukan... Saya minta maaf sebab tidak dapat terima pemberian awak ini... Saya harap awak dapat maafkan saya..." Air mata aku kembali deras mengalir...



____________________________________________________

Aku sudah buat keputusan... Selesai sahaja proses penamaan ini, aku akan menjual saham Danny, termasuk menjual rumah banglo dan kereta Danny... Kemudian, aku akan memberi hasil duit itu kepada mereka yang memerlukan.... Aku sudah pun melantik peguam yang aku percaya untuk menguruskan segalanya... Sekiranya keluarga aku mengetahui perkara ini, mereka pasti tidak setuju... Tetapi aku sesekali tidak ada hak ke atas harta Danny....

Semoga Allah permudahkan semuanya untuk aku... Wasiat arwah Danny benar-benar menyebabkan aku runsing dan tidak dapat melelapkan mata... Aku paham akan hasrat arwah Danny tetapi aku benar-benar tidak layak untuk semua ini... "Maafkan saya Danny..."

Untuk arwah Danny, hanya doa sahaja aku dapat sampaikan... Setiap kali selepas solat malam, aku gagahkan diri untuk membaca Yassin untuk arwah... Pemergian Danny benar-benar mengejutkan aku... Aku yakin Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat diri aku... Namun, setakat ini sahaja kisah aku dan Danny... Aku perlu memberi peluang kepada kehidupan aku sekarang..... Semoga Danny ditempatkan di kalangan hambaMu yang Soleh.. Aminn ya Rabb....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads