Thursday 2 August 2012

::Sisi Pahit Seorang Wanita::


Bila berbicara tentang wanita, jarang sekali kita akan membicarakan sesuatu yang tidak seronok. Selalunya, kita akan bercerita tentang kemanisan dan keseronokan bertemankan seorang wanita, dengan seribu satu impian dan anganan.

Segala anganan dan impian itu pula kita peroleh dari segala jenis novel cinta, filem dan drama. Cerita cinta yang tidak pernah berpijak di bumi yang nyata menjadikan penafsiran kita pada kehidupan realiti jauh menyimpang. Begitu juga, cara kita mentafsirkan seorang wanita sebagai teman hidup atau isteri, juga jauh menyimpang.

Berapa ramai anak muda yang begitu teruja melangkah masuk ke alam rumahtangga, akhirnya terkulat2 dan tak terkata apa2 bila mengetahui hakikat sebenarnya.

Sungguh, saya mahu menulis tentang ini. Doakan saya.

Kadang2, saya rasa mahu memperuntukkan masa dan idea secara khusus semata2 mahu menulis tentang ini. Bukan menulis tentang cinta yang mengasyikkan semata2. Tetapi saya mahu lebih dari itu, sehingga anda yang membaca mampu mendapat tafsiran dan bayangan tentang kehidupan akan datang yang akan anda tempuhi. Percayalah, ia tidak semudah dan seasyik yang anda sangka.

Ini, sudah tentu saya khususkan untuk para pembaca yang masih bujang.

Kawan, 

Anda tidak akan mampu mengenali seorang wanita dengan sebenar2 kenal, kecuali setelah anda hidup bersamanya. Dan bermula anda hidup bersamanya, anda juga akan mula belajar tentang siapa dirinya secara khusus dan siapa wanita secara umum.

Ramai orang tidak jujur bila menggambarkan wanita kepada anda.

Mereka hanya menggambarkan sudut2 manis dan mengasyikkan, sehingga anda tidak sabar2 mahu menjabat tangan tok kadi. Jadi awas. Boleh jadi ketergesaan anda itu mengundang padah di kemudian hari.

Ketika ini, mungkin anda sedang asyik dilamun anganan dengan seorang wanita yang boleh jadi berjaya menawan hati anda, atau anda yang kemaruk kepadanya sedangkan dia tidak kemaruk pun kepada anda. Tidak kisahlah. Cuma saya mahu ingatkan anda, bahawa jangan lupa tentang sudut pahit pada seorang wanita.

Apa yang saya maksudkan?

Saya maksudkan begini. Suatu hari nanti, apabila anda telah sah menjadi miliknya dan dia telah sah menjadi milik anda, anda akan melihat bahawa dia sebenarnya punya seribu satu kelemahan yang sebelumnya tidak pernah kelihatan kepada anda.

Ketika anda bercinta, atau bertunang, atau bergayut setiap malam, anda tidak pernah merasai perkara tersebut.

Kenapa saya gunakan istilah merasai , bukannya mengetahui?

Sebabnya, lumrah orang bercinta, biasanya segala benda dicerita, bahkan kelemahannya pun kadang2 turut dicerita. Nak contoh?

Ani : " Em..saya ni bukan macam yang awak tengok kat luar. Kawan2 pun cakap, saya memang jenis keras kepala skit. Itu memang kelemahan saya, dan saya tak kisah kalau awak tak suka.."

Mail : " Eh tak adalah..biasalah tu. Awak, saya tak pernah kisah tentang kelemahan awak. Saya janji akan terima awak seadanya..Awak jangan cakap macam tu..saya ikhlas dengan awak.."

Ani : " Betul ke ni? "

Mail : " Betul ..........."

Itu namanya mengetahui, belum merasai. Ramai orang sangat hipokrit dalam bab ini. Apabila berkahwin, barulah terbukti.

Seorang wanita mempunyai sudut pahit yang harus anda terima, beserta dengan sudut manis yang selalu anda puja. Sudut pahit inilah yang kadang2 tidak mampu ditelan oleh sebahagian suami. Sudut pahit ini juga yang selalu mereka kata 'indah khabar dari rupa'. 

Hakikatnya, semua orang ada sudut pahit yang harus diterima dan ditelan oleh pasangannya. Pahit pun kena telan, jangan hanya telan yang manis. Cuma saya highlightkan wanita, kerana wanita lebih sukar ditafsirkan berbanding lelaki.

Jarang2, ada lelaki yang lebih sukar ditafsir berbanding wanita.


Sekian.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads