Thursday 9 August 2012

::Antara KACA dan PERMATA::



Dia ialah Si Cantik...
Dia bergaya...
Dia popular...
Semua yang dipakainya pasti tampak menarik...
Dan cukup membuatkan Gadis itu cemburu...

Dia ialah Si Kaya.
Dia hensem...
Mewarisi harta ayahnya...
Punya kereta harga setengah juta...
Dan cukup membuatkan Pemuda itu tercabar....


Gadis itu cemburu kerana dia risau kekasihnya akan terpaut pada Si Cantik...
Lihat saja pada potret Si Cantik... 
Mata yang bundar, pipi yang halus, senyuman yang menawan mampu mencairkan hati sesiapa yang memandangnya.. 
Sedangkan Gadis itu hanyalah gadis biasa.. 
Pipi yang halus sudah tentu bukan miliknya... 
Arrghh, memikirkan kecantikan Si Cantik sudah cukup membuatkan Gadis itu sengsara....

Pemuda itu cemburu kerana Si Kaya peminat setia buah hatinya... 
Berusaha mendapatkan cinta dengan wang dan harta... 
Dalam diam Si Kaya memberikan hadiah mahal kepada buah hati Pemuda sebagai tanda persahabatan... 
Sebenarnya bukan hanya sebagai tanda, tetapi sebagai ujian kesetiaan juga... 
Arghhh, memikirkan kekayaan Si Kaya sudah cukup membuatkan Pemuda itu tercabar....

Gadis itu kacakah, atau Si Cantik itu permata...
Si Kaya itu permatakah, atau Pemuda itu kaca...

Lihat, mereka sudah berpinar...
Berpinar dengan kecantikan dan kekayaan dunia...

Gadis, kenapa mahu sengsara andai Pemuda itu tahu menjaga pandangannya...
Kenapa mahu sedih andai Pemuda itu bijak mengawal hatinya...
Serahkan saja pada PEMILIK HAKIKI hati Pemuda, supaya tidak terarah kepada perkara yang tidak sepatutnya...

Pemuda, kenapa mahu tercabar andai Gadis itu bukan pencinta harta...
Kenapa mahu cemburu andai Gadis itu setia hanya kepada pasangan halalnya...
Serahkan saja pada PEMILIK HAKIKI hati Gadis, supaya tidak menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya...



==============================================

Antara kaca dan permata...
Memang sukar untuk dibezakan...
Terhiris jari, berdarah, baru tahu ia adalah kaca...
Terbuang jauh, lantas berkilau, baru tahu kehilangan permata...

Tersalah pilih itu biasa... 
Terhiris berdarah itu norma...
Terbuang itu mungkin perbuatan yang tidak sengaja...
Kerana asas manusia itu tidak sempurna...

Hakikatnya, masih ada ruang untuk pembetulan...
Ruang untuk kebaikan...

Andai tersalah pilih...
Usah dibuang kaca itu, tetapi baikilah ia agar tidak menghiris lagi...
Andai terbuang...
Segeralah mendapatkan permata itu agar keberuntungan mendapatkannya ditujukan hanya kepadamu dan bukannya orang lain...

"Lebih baik terlanggar tiang menundukkan PANDANGAN 
daripada terlanggar agama menurut panahan syaitan...."


:: Antara KACA dan PERMATA ::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads