Friday 3 August 2012

::SesUatu yang Tak Pasti::



Bismillahirrahmanirrahim....


Antara perasaan dan amanah itu, mana yang lebih penting?
Perlukah terus dihanyutkan dengan perasaan yang tidak pasti...
Atau terus sahaja dikuatkan hati supaya amanah itu tidak dikhianati...


Jangan salahkan perasaan...
Kerana rasa itu hadir tanpa diundang...
Jangan salahkan dia..
Kerana dia juga tidak mengetahui...
Jangan salahkan diri sendiri..
Kerana diri masih tidak mengerti..


Amanah itu perlu dijaga...
Hanya untuk yang sepatutnya...
Belajarlah untuk kuat..
Supaya tidak tersalah dalam menjaga amanah..


Sesuatu yang tak pasti..
Pada siapa harus dipastikan...
Pada noktah mana harus diberhentikan..
Pada jalan manakah harus dibuang keraguan itu...


Berpeganglah pada prinsip kebaikan...
Supaya satu hari nanti akan ditunjukkan jalan...
Supaya jalan itu dipermudahkan..
Dan supaya muncul keberanian yang akan membuka pintu kepada segala jawapan... 

~ SEBAGAI RENUNGAN~

"Jalan Allah, yang kepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi.. 
Ingatlah, kepada Allah kembali segala urusan..

(Surah As-Syura: ayat 53)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads