Monday 9 July 2012

::Peminat Yang Bukan Sekadar Minat::

"Zahra, dah siap ke?" tanya Aisha.

"Ok, siap.. Cepatnya Loqman sampai.. Ingatkan 10 minit tu, tambah lagi 10 minit....," ujar Zahra sambil tersengih..

===============================================================
Dalam kereta, kelihatan Loqman serius... Membuatkan Zahra dan Aisha tertanya-tanya..

"Kau ni Man, senyap je memanjang.. Bukan kitorang tau yang paksa kau belanja makan.. Kau yang nak sangat ajak kitorang temankan beli cincin untuk tunang kau... Kan Zahra....," usik Aisha menghangatkan suasana..

"Betul tu.. Aisha, agaknya Man tengah pikir berapa 'budget' untuk cincin.. Pastu nak belanja kita lagi, tu yang dia pening...," gelak Zahra..

"Haa.. Gelak.. Korang orang perempuan apa tahu... Tahu nak itu ini... Hantaran berbelas ribu, tunang nak cincin yang ada mata, majlis nak besar besaran... Tak tahu kami ni lelaki pening dengan belanja kahwin... Lainlah aku ni anak jutawan...," balas Loqman..

"Man, rilekslah... Mungkin si Aimi tu bergurau... Nak tengok kau ni berkira ke tak... Takkanlah dia nak susahkan kau.. Lagipun majlis kahwin ni kejap je... Yang penting selepas kahwin..," Zahra cuba memberi pendapat.

"Bergurau kau kata.... Ni dia tengah merajuk sebab aku nak beli cincin yang biasa-biasa je... Takpelah Zahra, aku tahu kau ni baik.. Untunglah siapa yang jadi suami kau..."

"Sebab tu aku suruh kau carikan Zahra ni ustaz.. Kat tempat keja kau kan ramai ustaz yang solo lagi... Betul tak Zahra?" Aisha menepuk bahu Zahra.

"Aisha, awak ni memang nak kena eh... Saya ni tak layak pun dengan ustaz.. Macam langit dengan bumi.. Cukuplah suami saya itu seorang yang taat kepada perintah Allah, boleh bimbing saya sampai ke syurga walaupun dia bukan ustaz.... Tapi kalau Man ada calon, saya tak menolak......," senyum Zahra sampai ke telinga..

"Yalah.. Nanti aku kenalkan kau dengan seseorang... Tapi Zahra, kau jangan memilih... Kata nak menikah tahun ni...," kata Loqman sambil mengangkat kening...

"Eh Man.. Mana aci main perli-perli... Tak salah kan kita memasang impian... Masa depan siapa yang tahu... Dahlah, malas cakap dengan kau," rajuk Zahra..

"Eleh, taknak cakap dengan aku.. Tapi bila cakap pasal jodoh, beria minta tolong aku carikan eh.. Dah, buruk bebenor aku tengok kau merajuk.. Malas aku nak pujuk.. Lainlah Aimi yang merajuk.... Hehe...," gelak Loqman...


"Please... Merajuk dan taknak cakap tu, dua 'terms' yang berbeza ok... Huh... Aku pun malas nak layan kau...," Zahra cuba pertahankan diri....


"Ha... Dah sampai pun...  Kita makan dulu eh, Cik Zahra... Aisha, kau gi pujuk kawan kau ni.. Takut aku tengok jelingan dia tu...  Kang ada yang tercekik masa makan nanti.. Hehe...," perli Loqman..

===============================================================
Di meja makan..

"Korang tunggu sini.. Aku nak order makanan... Khas untuk korang.. Zahra, kau mesti nak aiskrim coklat kan... Arini tak payah diet.. 'Abang' belanja...," ujar Loqman sambil tersengih..

"Abang?? Aisha, kawan kita sihat ke tidak ek? Gelinya dengar dia bahasakan diri abang," tanya Zahra seperti bergurau..

"Abang lain kot Zahra.. He.. Alamak, rasa nak pergi tandas pulak.. Awak tunggu sini ya Zahra..," balas Aisha.

"Okey.. ," lantas Zahra membelek 'handphone'nya sementara menunggu kawan-kawannya....


================================================================

"Assalammualaikum..."

Alamak.. Siapa pulak yang bagi salam kat kedai makan ni... Mentang-mentanglah aku duk sorang-sorang... Huh...

"Assalammualaikum Cik Fatimah Zahra.."

Zahra terpaku saat melihat wajah pemberi salam tersebut... Seorang yang sangat tidak disangka-sangka... Wajah yang sudah lama tidak ditatapnya... Wajah yang sering dielakkan untuk berjumpa hatta dalam mimpinya... Peristiwa tiga tahun dahulu menerjah kembali di minda dan di hatinya...

"Awak...," perkataan yang hanya terkeluar dari mulutnya... Nafasnya terasa amat berat...

"Ya saya.. Awak taknak jawab salam saya dulu ke?" sapa pemilik suara itu..

"Err.. Waalaikumussalam... Danny... Bila awak balik Malaysia? Kebetulan pulak kita berjumpa kat sini..," suara Zahra seperti jelas dan tidak.. Macam mana mamat ni boleh ada kat sini.. 

"Dah 2 minggu saya di Malaysia... Sebenarnya Cik Zahra, ini bukan kebetulan.. Saya minta tolong Loqman dan Aisha untuk berjumpa dengan awak.. Sebab saya tahu awak takkan setuju untuk jumpa dengan saya... Betul kan....," jelas Daniel sambil tersenyum..

Astaghfirullah... Loqman.. Aisha.. Kawan aku berdua ni memang nak kena.. Sampainya hati diorang... Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini...

"Tapi, kenapa awak nak jumpa saya?" Zahra cuba mencari jawapan..

"Assalammualaikum Bro... Dah lama sampai ke? Jemputlah duduk.. Sorilah.. Cik Zahra ni memang suka buat muka 'blur'... Lagi2 bila kena kejutan macam ni...  Kan Zahra...," usik Loqman..

Siap kau Loqman.. Kenakan aku eh... Geramnya.... Apa aku nak buat ni?? 

Tapi kenapa hati aku berdegup kencang? Perasaan yang belum pernah aku rasa sebelum ni... Mata dia.. Sangat mendamaikan..  Wajah dia sangat bersih... Sangat bercahaya.. Dia bukan Danny yang aku kenal dulu.. Betul ke dia dah berubah? Astaghfirullah.. Aku rasa nak balik je.. Tak dapat makan 'free' pun takpe... Malu sangat...

==============================================================

Satu jam berlalu... Sepatah suara pun aku tak keluarkan.. Loqman dan Aisha yang banyak menghangatkan suasana... Bertanya itu dan ini kepada Daniel... Dan aku hanya memasang telinga... Mendengar perkembangan kerjaya dan hidup Daniel.. Sangat merendah diri walaupun dia sudah mempunyai syarikat.. Anak orang kaya yang hidupnya seperti anak orang biasa.. Sama seperti rakan baik aku, Diyana... Tidak mahu menumpang kesenangan orang tua, dan sanggup memulakan perniagaan dengan modal sendiri...

"Zahra, awak jangan marah Loqman dan Aisha... Saya yang suruh mereka berjanji untuk merahsiakan perjumpaan ini...," kata-kata Daniel menghentikan lamunan Zahra..

"Marah? Takdelah... Buat apa nak marah... Lagipun saya bersyukur sangat sebab ada orang belanja makan..," balas Zahra tanpa melihat muka Daniel.. Serius, tak boleh tengok muka dia... 

Daniel,saya minta maaf..  Saya tak boleh tengok muka awak.. Sebab hati saya sedang bergetar yang amat... Saya rasa nak balik sekarang jugak...

================================================================

Selepas makan, solat, dan membeli cincin untuk pertunangan Loqman, mereka pun membawa haluan masing-masing... Tetapi kata-kata yang diucapkan Loqman kepada Zahra sebelum berpisah tadi membuatkan hati Zahra tidak tenang...

"Zahra, awak masih ingat hajat saya tiga tahun dulu? Sebelum saya ke London?" tanya Daniel...

"Hajat? Maksud awak?" Alamak Zahra.. Kenapa kau buat-buat tak tahu pulak ni...

"Cik Fatimah Zahra, sudi tak awak menjadi isteri saya? Menjadi ibu kepada anak-anak saya? Mendidik mereka menjadi zuriat yang soleh dan solehah? Bersama-sama saya berusaha ke SyurgaNYA?" Daniel melamar Zahra di hadapan Loqman dan Aisha...

Ya Allah.. Apa yang harus aku buat ni.. Tanpa ditahan lagi, airmata Zahra menitis satu persatu... Menggambarkan hatinya yang sangat syahdu ketika itu...

"Zahra, saya minta maaf.. Saya tidak paksa awak... Awak tak perlu beri jawapan sekarang.. Minggu depan saya akan datang ke rumah awak berjumpa dengan emak dan ayah awak... Saya harap pada waktu itu awak dapat memberi jawapan kepada soalan saya...," ujar Daniel lembut....

"Okeylah Man.. Hati-hati bawak kereta tu.. Tahniah sebab bakal bertunang.. Jangan lupa doakan aku.. Aisha, terima kasih sebab sudi temankan Zahra..." 

"Zahra, ni hadiah untuk awak... Sesuatu yang awak impikan.. Aisha bagitahu saya yang awak memang berhajatkan hadiah ni... Jaga diri ya.. Hari Sabtu depan, saya datang rumah awak.. Jangan lupa balik kampung... Assalammualaikum...," bisik Daniel kepada Zahra sambil tersenyum...

"Waalaikumussalam..," jawab Zahra dengan suara yang amat perlahan...
================================================================

Peristiwa petang tadi seakan mimpi.. Seseorang yang cintanya pernah ditolak aku, telah melamar aku untuk kedua kalinya...  Dan kali ini hati aku seperti mengiyakan lamarannya...  Hati yang dulunya tiada sekelumit perasaan kini sedang mekar, bercambah... Subhanallah... Kami tidak pernah berhubung melalui telefon.. Sepuluh emel yang diberi Daniel sepanjang dia di London, hanya lima sahaja yang aku balas...

Hadiah sweet yang aku dapat daripada Daniel.. Apple i-pad.. Penuh dengan gambar-gambar dia masa di London... Oooppss, kena telefon emak.. Harap-harap emak tak terkejut sebab aku memang tak pernah cerita apa pun pasal Daniel.. Bersiap sedialah Cik Fatimah Zahra untuk ditemuduga oleh emak dan ayah dek peristiwa yang mengejutkan ini..... 

Dia bukanlah peminat yang bukan sekadar minat.. Tetapi peminat yang betul-betul minat.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... (^_^)

~Peminat yang bukan sekadar minat~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads