Saturday 16 March 2013

~Tempat Tujuan~

Assalammualaikum....


Pernah terfikir di mana tujuan kita selepas hidup ini?
Pernah terfikir di mana kita akan berada selepas kehidupan di dunia?
Seperti yang dikatakan semua orang...
"Yang sudah pergi tu, memanglah dah pergi... Kita yang masih hidup ini perlu diteruskan..."

Bukankah yang sudah dicabut nyawa itu sama seperti yang hidup di dunia ini...
Sememangnya akan meneruskan perjalanan....
Perjalanan yang jauh lebih panjang daripada yang masih hidup...

Jika yang hidup perlu bekerja untuk mencari duit...
Jika yang hidup perlu makan dan minum untuk meneruskan kehidupan...
Apakah yang sudah mati tidak perlu melakukan apa-apa untuk kebaikannya di alam barzakh sana...

Benar, si mati perlu melakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan di alam kubur dan seterusnya di Hari Pembalasan...
Di saat Malaikat Munkar dan Nankir bertanyakan soalan...
Apakah mungkin soalan tersebut dapat dijawab dengan hanya berbekalkan sekelumit iman...
Dan mungkinkah kubur yang sempit itu menjadi semakin sempit atau menjadi semakin lapang...

Bagaimana pula menunggu dalam kubur yang gelap selama berpuluh tahun, beribu tahun....
Dipukul, disiksa kerana dosa yang dilakukan...
Dihimpit kubur yang gelap gelita...
Allahurabbi...
Hanya mereka yang sudah berada di alam sana mengetahui keadaannya di sana....
Dan hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui...

Bekalan untuk ke sana perlu diperbanyakkan...
Sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, hanya doa dan amalan yang berterusan sahaja dapat dilakukan...
Di setiap sujud memohon agar dosa diampunkan...
Berzikir supaya menjadi penolong ketika di alam sana..
Solat dan terus bersolat supaya dapat melengkapi apa yang kurang....
Membaca al-Quran dengan harapan menjadi peneman di alam barzakh...
Dengan penuh pengharapan agar dimasukkan ke SYURGA, dan diselamatkan dari api neraka...
Dan agar diampuni segala dosa...
Amiin...


Bismillahirrahmanirrahim....
"Ya ALLAH, akhirkanlah hayat kami (matikan kami) dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH dan janganlah akhiri hayat kami dalam keadaan SUUL KHATIMAH... Ya Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk dan berikanlah kami kurniaan RAHMAT-Mu.. Sesungguhnya Engkaulah yang banyak memberi kurniaan..."
Amiin...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads