Tuesday 1 January 2013

::NASIHAT DARI HAMBA ALLAH::

Bismillahirrahmanirrahim....


Hari ini saya nak share video ilmiah untuk tatapan pengunjung blog...
Bukan sahaja satu video, tapi ada beberapa video lain...
Kita manusia tidak pernah lari dari membuat dosa...
Benar, setiap saat, setiap detik...
Ada sahaja perkara yang mebuatkan kita seorang pendosa...

Tetapi Allah Maha Penyayang...
Allah Maha Pengampun...
Apabila kita melakukan dosa, cepat2 kita bertaubat....
Ucaplah Astaghfirullah...
Agar hati kita sentiasa lembut untuk meminta keampunan daripada Allah...




Dunia kita sebenarnya bermula dari dalam diri kita...
Dunia dalaman kita...
Mari kita audit diri kita...
Siapa kawan kita...
Adakah dia boleh membawa kita mendekatkan diri kepada Allah...
Atau dia akan menjauhkan diri kita daripada Allah...

Kita hidup di dunia ini mencari redha Allah, bukan penghargaan manusia...
Kalau kita kenal kawan kita ini, dia seorang yang zalim, ataupun hidupnya penuh dengan maksiat...
Kita wajib nasihatkan dia... 
Kita mesti ada usaha untuk mengajak dia bertaubat...

Tapi kalau dia masih ditakuk lama, tidak mahu berubah, kita doakan sahaja kawan kita itu..
Tidak perlu untuk bersamanya lagi....
Bukan kerana kita pentingkan diri sendiri, tetapi kita tidak mahu bersubahat dengan perkara-perkara maksiat...
Di samping itu, doakan dia...
Berdoa, dan terus berdoa...
Agar rakan kita itu diberi petunjuk oleh Allah...
Semoga hidayah Allah menjadi miliknya, dan milik kita jua... Amiinn...



Seringkali kita tersilap dalam melangkah...
Kita mahu bertaubat, tapi di laptop kita penuh dengan gambar dan video maksiat...
Kita mahu menjadi baik, tetapi kita masih lagi berkawan dengan mereka pelaku maksiat...
Kita mahu kembali kepada Allah, tetapi bahan bacaan kita masih lagi menjurus kepada khurafat, maksiat dan sebagainya....

Audit diri kita, audit niat kita, audit bahan bacaan kita, audit cara hidup kita...
Apa yang kita baca, dengan siapa kita berkawan, itu akan menggambarkan diri kita...
Berusahalah untuk maju ke hadapan...
Berusahalah untuk kembali kepada Allah..



Cuba dekatkan diri dengan mereka yang soleh dan solehah...
Banyakkan menonton rancangan yang mengingatkan kita kepada Allah....
Banyakkan juga membaca bahan bacaan yang mengajak kita mengenalNYA yang ESA...
Usah menjadikan isu sosial sebagai bahan bacaan yang melampau dalam kehidupan kita ini...
Ditakuti perkara itu menjadi nanah dalam kehidupan sebenar kita...
Nauzubillah minzalik...

Maaf andai tersalah bicara...
Dan mohon ampun jika menyakiti jiwa..
Kerana sayang dan kasih, diri ini cuba sebaiknya menyusun kata...
Untuk bersama-sama kamu semua ke SyurgaNYA di akhirat sana...
InsyaALLAH....


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu... 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah...
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi ingatan..."
::Imam Hassan Al-Basri::




~ Selamat Menonton~
(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads