Wednesday 17 October 2012

::PeriHaL JoDoH::



Bila bercakap pasal jodoh, masing-masing ada persepsi yang tersendiri... Bagi mereka yang masih sendiri iaitu  yang belum berkahwin, perihal jodoh boleh jadi sesuatu yang membahagiakan hati mereka ataupun seseuatu yang sangat melukakan hati mereka... Jodoh selalu kita kaitkan dengan seseorang yang kita kahwini kerana perasaan cinta dan sayang padanya... 

" Jodoh itu rahsia Allah... 
Dan Dia mengatakan awak untuk saya, dan saya untuk awak... 
Kerana takdir telah menentukan JODOH ITU MILIK KITA... 
Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali...." 

(JODOH ITU MILIK KITA)

Ada orang bercinta bertahun-tahun, tetapi mereka tiada jodoh, dan masing-masing berkahwin dengan orang lain... Aishh, banyak sangat situasi yang berlaku... Tapi itulah yang dinamakan jodoh... Takdir dan ketentuan Allah...

Perkahwinan di Malaysia kebanyakannya sangat goyah... Bayangkan, kes penceraian berlaku setiap 15 minit di Malaysia (klik sini).. Semoga kita semua dijauhkan dengan semua itu... Adakah jodoh yang salah atau sebenarnya cara mencari jodoh itu yang salah... Mana mungkin salah memilih jodoh sekiranya pasangan yang dikahwini adalah pilihan hati, bahkan bertahun menyulam kasih dengan semua perkara seperti sudah diketahui... Warna apa yang disukai, makanan apa yang digemari, binatang apa yang ditakuti dan sebagainya... 

...DOA UNTUK AWAK YANG TERISTIMEWA... 

Pelik bin kelakar... Sebab dalam membina rumah tangga, asas ini bukanlah yang terpenting.... Asas yang sebenarnya bermula dalam diri kita dan pasangan kita...Ya, asas dalaman...  Bukan yang luaran.... Bagaimana hubungannya dengan keluarga, rakan2, dan mereka yang di sekeliling.. Cukupkah solatnya, puasanya... Bagaimana dia mengendalikan perasaan amarahnya, dan juga bagaimana dia melontarkan kata-katanya.. 

Selain itu kita juga perlu sedar apabila kita berkahwin, kita sebenarnya bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita, bahkan juga dengan keluarga pasangan kita... Ayah, emak, adik beradik, pakcik makcik, atuk, nenek, saudara mara... Lihat, ramai kan.. Bermacam orang, bermacam ragamnya... 

Perkahwinan yang baik dibina berdasarkan kasih sayang, rasa hormat, kesabaran, dan saling melengkapi di antara suami dan isteri... Dan yang paling penting, kasih dan sayang kepada pasangan kita semata mata kerana Allah... Bukan kerana rupanya, hartanya, atau keturunannya... Tetapi kerana agamanya... Selain itu, jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada pasangan kita, kerana dia adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekurangan... 

Suami, jangan pernah melukakan hati isteri anda.. Sayangi dia dan bimbinglah dia.... Isteri, hargailah kasih sayang suami anda... Kerana syurga seorang isteri terletak pada redha suaminya.... Bukankah redha Allah terletak pada redha suami... Sentiasalah berusaha yang terbaik untuk pasangan anda... Kerana syurga sedang menanti anda berdua.. InsyaALLAH.... (^_^) 


"When nails grow, we cut the nails; not the fingers...
Similarly, when misunderstandings grow, we should cut the misunderstandings; not the relationship..."

~Syamimi Hj Rahman~

3 comments:

  1. Jika jodoh telah ditetapkan sejak azali, dan menyatakan pasangan yang kita kahwini itu yang terbaik, jd kenapa ada berlakunya penceraian? Jika itu adalah takdir, maka kesilapan yg pasangan itu lakukan sehingga berlakunya penceraian tersebut adalah telah ditakdirkan jugak, brmakna kita tidak dpt mengelak. Kerana kebetulan dlm kehidupan jgak telah ditetapkan takdir. Maaf sbb sy sehingga kini masih kurang jelas tentanng takdir. Begitu juga dengan ajal. Dikatakan ajal setiap manusia tlh ditetapkan tidak akn lewat atau awal sesaat pun, tp kenapa kita diberikan pilihan utk berdoa supaya dilanjutkan usia? Jd kematian blh diubah ketentuannya? Jika begitu, kte tidak perlu berdoa, kerana ia tetap akan berlaku dan telah ditakdirkan.

    ReplyDelete
  2. Maaf, sebenarnya saya bukannya individu yang arif tentang takdir.. .. Tetapi saya percaya dengan kekuatan DOA...

    Dlm al-Quran,Allah berfirman...
    "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.."
    [Surah al Mu'min ayat 60]

    Maksudnya Allah Maha Penyayang... Allah bagi kita peluang untuk berdoa yang baik-baik untuk diri kita dan orang lain... Allah jua Maha Berkuasa.. Siapa kita nak persoalkan takdir ALLAH... Kita hanya hambaNYA yang lemah... KIta lakukan je tugas kita sebagai hamba Allah...
    Amal ma'ruf nahi munkar... InsyaAllah segala kebaikan kita tu akan ada balasan di akhirat sana...

    Takdir Allah itu kepunyaan Allah... Kekuasaan Allah... Kehendak Allah... ALLAH MAHA MENGKEHENDAKI... Dan saya percaya, Allah tidak akan pernah menghampakan hambaNYA setiap kali hambaNYA berdoa... Semuanya atas izin ALLAH jua...

    Semoga Allah redha akan kita semua... AMinn.. =)
    http://syamimisan.blogspot.com/2012/01/pilihan-sendiri-atau-ketetapan-allah.html

    ReplyDelete
  3. Maaf, saya sebenarnya cuba bagitahu.. Mungkin dengan berdoa, kita akan dapat mengubah takdir kita kepada yang lebih baik... Allah jua yang Maha Mengetahui.. Wallahualam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads