Thursday 21 June 2012

::Teruskan Melangkah::


Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup ini sebenarnya berlaku proses pembelajaran...
Ilmu yang wajib dipelajari oleh semua manusia...
Iaitu ilmu kehidupan...
Ilmu yang tiada tolok bandingannya..
Bahkan duit pun tidak dapat membelinya..

Dalam kita melangkah menuju masa hadapan...
Hidup kita mula dilakar dengan warna-warni peristiwa...
Disusuli dengan pahit manisnya perasaan...

Bila kita gembira, kita terlupa yang kita pernah sengsara...
Bila kita sengsara, kita sering lupa yang kita pernah ketawa dan gembira dengan banyaknya...

Kadangkala kita harus belajar untuk melupakan, supaya kita dapat memberi ruang kepada peristiwa baru dalam ingatan..
Kadangkala kita perlu memaafkan supaya kita mengenali apa itu kekuatan...
Kadangkala kita perlu sahaja membiarkan supaya kita tidak lagi dalam kesengsaraan...

Ada benda yang kita tidak dapat fahami...
Dan seboleh bolehnya kita taknak cuba memahami...
Kerana di saat kita memahami dan cuba mengerti, tanpa kita sedar kita sebenarnya sedang menyakiti diri sendiri...

==============================================


Hati selalu sengsara...
Dek tidak puas dengan kehidupan...
Dek cemburu melihat kejayaan orang lain...
Ditambah kekurangan diri..
Dan mula tamak dengan kebahagiaan harta yang sememangnya tidak hakiki...

Kesukaran hidup kadangkala menyebabkan hati kita dalam kegelisahan..
Menyebabkan kita kembali mengulang dosa yang sudah lama kita tinggalkan...

Astaghfirullahalazim...


==============================================

Bersabarlah duhai hati...
Bersabarlah dengan penuh pengharapan...
Bersabarlah dengan berdoa kepada Allah yang Maha Penyayang...

Tatkala Allah menghadiahkan ujian, sebenarnya Allah mahu mengingatkan..
Hanya Dia sahaja yang bisa mengubat jiwa yang tidak tenang...

===============================================

Teruskan melangkah dengan penuh kekuatan..
Teruslah melangkah dengan penuh ketegasan tetapi seiring dengan kerendahan jiwa...
Terus sahaja melangkah dengan Allah di hati....


~MAY ALLAH BLESS US... AMIN... (^_^)~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads