Monday 4 June 2012

~HaKiKat KehiDuPaN~

Bismilllahirahmanirrahim.. 

Hidup ini takkan pernah sunyi dari dugaan dan cabaran... 

Ada yang diduga dengan kesempitan wang, diduga dengan penyakit, diduga dengan kesedihan akibat kematian, diduga dengan pengkhianatan orang yang disayangi, dan sebagainya...

Tatkala diri cuba untuk mengenal apa itu kegembiraan dan kebahagiaan, sesuatu yang tidak disangka datang menerpa... 

Manusia, itulah lumrah kehidupan di dunia ini... 

Kamu akan sentiasa diuji... 

Tanda kamu dalam pemerhatianNYA yang Maha Esa..

========================================================

Namun begitu, kenapa ada juga manusia yang sangat suka melihat manusia lainnya berada dalam kesusahan dan kesedihan... 

Seolah olah sengaja mencipta lara dan duka di hati manusia yang lain... 

Apakah mereka tidak mengetahui bahawa bersikap zalim itu amat dibenci oleh PENCIPTA.... 

Mereka zalim kerana menyakiti hati orang lain, mereka menuduh orang yang sememangnya baik, mereka memainkan perasaan insan yang ikhlas menerima mereka, mereka menduakan pasangan halal mereka, mereka mencari cinta lain dan meninggalkan darah daging mereka tanpa pembelaan... 

=========================================================

Apa yang mereka cari di dunia ini??? 

Mencipta kedukaan orang lain untuk menukar ganti kepada kegembiraan mereka... 

Untuk memberitahu dunia bahawa mereka berhak menentukan hala tuju hidup mereka tanpa mengambil peduli sekiranya ada hati yang kecewa atau luka disebabkan tindakan mereka...

Mereka berhak hidup gembira walaupun yang lain sengsara......

==========================================================

Sememangnya manusia takkan lari dari kesilapan... 

Tapi berusahalah agar setiap yang kita lakukan tidak menyakiti mana-mana jiwa... 

Apatah lagi tanpa disedari tindakan yang dilakukan itu sebenarnya telah 'membunuh' jiwa-jiwa kecil yang sememangnya dahagakan kasih sayang... 

Apabila kita sedar kita telah melakukan kesilapan, amatlah wajar kita meminta maaf... 

Dan berusaha membaiki apa sahaja yang boleh kita baiki... 

Masa silam tak dapat diputar kembali, tetapi masa hadapan masih ada untuk kita perbaiki...

=====================================================
Hati selalu bermonolog...

Kenapa kebaikan yang dicurah selalu disalah erti sebagai racun membunuh?

Kenapa kata-kata motivasi sering dianggap menyakitkan jiwa?

=======================================================

Wahai insan...

Belajarlah menyayangi orang lain...

Belajarlah menghormati orang lain..

Belajarlah untuk selalu bersangka baik terhadap orang lain...

Belajarlah ilmu kehidupan ini dengan hati yang terbuka, diiringi dengan kerendahan hati....

============================================================

Supaya suatu hari apabila kamu pernah disakiti, kamu tidak akan membalasnya kepada manusia lain...

Supaya kamu tabah dalam menghadapi rencah kehidupan...

Supaya kamu tahu bahawa setiap manusia itu diuji dengan dugaan yang berlainan...

Supaya kamu tidak menyombong diri dan membangga diri dengan kebahagiaan yang kamu kecapi..

Dan supaya kamu sama-sama merasai kepedihan dan kesedihan yang manusia lainnya hadapi...

======================================================

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku...
Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… 
DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini...
Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. 
Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas... 
Yang pahit ini akan menjadi ubat... 
Yang pedih ini akan menjadi penawar... 
Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu.. 
Amin...”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads