“Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!”
Wah, sedar tak sedar dah menghampiri bulan Mac...
Maksudnya lagi 3 bulan pernikahan saya dan suami mencecah anniversary pertama...
Huwaa, nak tulis entri ini pun air mata saya bergenang (dah mengalir pun)...
Sudah lebih 6 bulan saya bekerja jauh dari suami (taknak mengaku PJJ)... Huhu...
Memang cemburu melihat pasangan yang dekat antara satu sama lain..
Tapi saya yakin akan ketentuan Allah..
Hanya mampu berdoa dan berusaha supaya cepat2 pindah dekat dengan suami...
Alhamdulillah, dan sekarang zuriat kami sedang membesar dengan sihat dalam perut mamanya...
Syukur pada Mu ya ALLAH...
Apa jua kepayahan, keperitan sepanjang berjauhan ini hanya ALLAH yang tahu...
Thinks positive, always thinks good, banyakkan bersabar, banyakkan berdoa...
Semuanya akan menjadi okey... All is well, insyaALLAH...
Walaupun kadang2 (selalu kot) terburai air mata ni.. Hahaa... (iye, cuba menjadi cool)
Sini saya nak kongsikan nasihat daripada Ustaz Hasrizal...
Usaha selagi termampu untuk hidup bersama..
Takmo lama-lama berjauhan...
Semoga dipermudahkan Allah semuanya.. AMinnn... =)
Sebelum tu saya nak kongsi pantun dari Semanis Kurma;
Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan tuhan,
Biarpun jauh tetap SETIA...
·
Berkahwin tetapi berjauhan
daripada pasangan, boleh memberikan ‘nikmat’ yang tidak dikecapi sama ada oleh
orang bujang mahu pun yang telah berumahtangga iaitu hidup macam orang bujang
tetapi tiada tekanan untuk berkahwin sebab sudah berkahwin.
·
PJJ menjadi sebab yang
signifikan untuk sesetengah pasangan susah mendapat anak sebab hubungan kelamin
dibuat pada waktu bertemu yang isteri masa tu tak subur. Itu satu bab. Dah ada
anak, anak perlukan dua figure untuk mendidiknya ialah ibu dan
bapa. Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada
proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa
dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay). Dan sudah tentu
bila isteri atau suami spend waktu lunch dan dinner dengan kawan-kawan setiap
hari, ada kesan jangka pendek dan panjang yang tidak baik…. Kekangan kerja
memang susah. Yang penting jangan mengalah!
·
Kenyataan asal saya tidak
meletakkan sebarang judgement terhadap mereka yang duduk jauh
antara suami dan isteri. Ada banyak sebab. Ada sebab yang baik. Ada sebab yang
tidak baik. Tetapi yang dibincangkan ialah, sama ada sebabnya baik atau tidak
baik, kesan-kesan sampingan duduk berjauhan itu mesti diambil kira. Maka
kedua-dua mesti ada cita-cita dan usaha untuk duduk bersama sebab itu
FITRAHNYA. Melanggar fitrah akan mengundang banyak kesan sampingan yang tidak
baik.
~Selamat Mengambil Input~
(^__^)
Sabarlah puan mimi ya, asam garam berkahwin banyak rencahnya. lain pasangan, lain warnanya. usaha dan niat seseorang depan mata kita pun boleh disalahsangka, apatah lagi usaha yang dilakukan pasangan kita nun di sana.
ReplyDeleteByk ilmu di blog sekadar cetusan masalah diri, boleh dibaca tapi jalan cerita tak sama. Yang tak eloknya, penulis cuba berikan beberapa frasa keras seolah-olah ia perlu diterimapakai akal kita. Lantaran itu, kita terbuai-buai secara dramatik masalah kita diheret sama.
Fitrah manusia, dari kecil, besar berkeluarga, kembara kelana, bercinta, berpasangan mesra, berkeluarga, bersendirian semula adalah rencana tabie hambaNya. Yang bezanya, Allah bersama kita atau tidak pada saat-saat sukar maklumlah fitrah manusia ada yang biasa-biasa, ada yang luarbiasa.
Ada orang, bujangnya pun sudah macam berkeluarga, serba serbi fikir komplikasinya, apatah lagi bawa bersama menanggung dosa pahala isteri. Yang zahir boleh terungkap, yang lahiriah hanya doa padaNya. Sebagai manusia biasa, doa dan usaha agar saling percaya dan tanggungjawab turut serta selagi sama-sama celik mata.
Penulis adakalanya mungkin tersasul dah mengamalkan genderism bila anak lelaki sahaja jadi mangsa pasangan PJJ. Baik lelaki ke perempuan ke ia bawa signifikasi. Tepuk sebelah tangan pun tak berbunyi- ya,semua orang tahu.
Ya, yang penting jangan mengalah, itu kawe setuju!
* nukilan penulis tanpa nama