Tuesday 29 May 2012

::TiNta di aWaL paGi::

Bismillahirrahmanirrahim...


Dah lama rasanya tak menulis di blog.... Alang2 tak tido lagi ni, rasanya baik menulis kan.. Sepatutnya kena study dan siapkan assignment.. Tapi tahu-tahu jelah bila penyakit 'M' tu melanda...

Emm, bila tengok FB, kecoh pasal Sejuta Belia... Sebab terdapatnya pertunjukan KPOP dan lain-lain... Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah sebab tak menjejakkan kaki pun ke Putrajaya semasa Sejuta Belia berlangsung.. Ikutkan ada juga pengisian yang lain, yang menjurus kepada Islam itu sendiri tapi pengisian yang 'entah apa-apa' lagi banyak... 

Manusia, fitrahnya suka kepada kebaikan dan sememangnya sentiasa mencari kebenaran... Kita hidup di dunia ni sebab apa??? Bukankah Allah berfirman dalam al- Quran (Surah Adzaariyat: ayat 56), "Dan Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan supaya mereka menyembahKu"... Lihat, dah terang-terang Allah bagitahu kita semua dalam Al-Quran... Allah suruh kita beribadah kepadaNya, bukan mengikut tingkah laku syaitan yang sememangnya sukakan hiburan...

Tepuk dada, tanya iman.. Selalulah mendekatkan diri kita pada al-Quran... Baca, dan fahami maksud ayat-ayat Allah.. Beli tafsir al-Quran, tak mahal mana pun.. Dekatkan diri kita pada orang-orang Soleh.. Berusaha mencari hidayah Allah... 


Kita sebagai manusia, iaitu hamba Allah memang tak sempurna... Bila buat salah atau dosa, kita menyesal.. Dan kadang2 kita buat lagi..  Tapi Allah Maha Pengampun... PengampunanNYA Maha Luas... Kuatkan hati, kuatkan iman kita... Bersabarlah dengan dugaan... Hidup di dunia ni sementara je.. Yang kekal adalah di akhirat sana... Entah esok, entah lusa kita akan menghadapNya.. Kita pun tidak tahu.. Tapi yang kita tahu dan kita pasti, semua yang hidup pasti akan mati... 

Semoga kita semua dihidupkan dan dimatikan Allah dalam iman.. AMinn... 

Pesanan tuan punya blog, carilah makanan yang Halal, rezeki yang Halal, kehidupan yang Halal. dan juga hubungan yang Halal.... 

Cinta itu anugerah Allah.. Sangat suci.. Jangan jadikan cinta itu fitnah... Cinta juga berkait dengan jodoh... Serahkan pada Allah... Bersyukurlah sekiranya orang yang kita cinta itu memang ditakdirkan untuk kita.. Namun sekiranya dia bukan untuk kita, jangan bersedih.. Bersyukurlah kerana Allah telah merencanakan yang terbaik buat diri kita.... 

~ ALLAH KNOWS WHAT IS BEST FOR US ~


Friday 25 May 2012

♥RaHsia JODOH Saya♥


Bismillahirrahmanirrahim...

Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah.Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu.

Bercinta tidak haram, yang haram adalah zina. Jadi sekiranya cinta kamu itu mendekatkan kamu kepada zina, kamu boleh fikirkan sendiri hukumnya, dan kamu sendiri tahu menyusun keutamaannya. Jangan salahkan cinta tetapi salahkan diri kamu sendiri. "

"Nabi Muhammad saw sendiri tidak membantah orang bercinta tetapi cinta itu perlu berakhir dengan perkahwinan kerana hanya itu ubatnya cinta. Seperti kisah seorang gadis yatim yang dipinang oleh dua lelaki. Seorang miskin dan seorang kaya. Gadis tadi memilih lelaki miskin tadi atas dasar cinta sedangkan penjaganya memilih lelaki kaya tadi. Apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah, baginda bersabda, 'Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah”. Ini hadis sahih riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah.” 

(dingin.blogspot.com)

Saturday 12 May 2012

~BerTatih DaLam KehiDuPaN~

Bismillahirrahmanirrahim...

Hidup di dunia ini tidak lama.. Walaupun menyedari perkara tersebut, diri ini tidak terlepas daripada dosa... Astaghfirullah...  

Dulu, bila ayah tanya apa cita-cita bila dah besar nanti, pasti akan menjawab mahu menjadi seorang doktor, akauntan, atau peguam.. Masa berlalu, dan cita-cita pun turut berubah... Ya, tuan punya blog ini mahu menjadi seorang pensyarah... Mahu menjadi seorang pensyarah yang baik kepada student.. Ini semua gara-gara mendapat supervisor yang tegas dan sedikit garang untuk projek akhir tahun... 

Sekarang, setelah dua minggu mengikuti kursus HEP ni, cita-cita bertukar untuk menjadi 'trainer'... Iaitu pengajar dalam bidang HALAL... 

Apapun, kita sebagai manusia memang tidak tahu apa yang akan berlaku.. Manusia merancang, Allah jua yang menentukan kerana Allah jua sebaik baik Perancang...

Semoga Allah permudahkan segala yang baik buat diriku ini... Amin..

======================================================================
Bertatih seperti bayi...

Itulah yang digambarkan dengan diriku sekarang ini...

Masih lagi bertatih dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat...

Masih lagi bertatih dalam membina kehidupan dunia dan akhirat..

Tapi aku takut aku tersilap sekiranya aku terlalu mengejar keduniaan...

Ya.. Itulah yang aku rasakan sekarang...

Mahu menyeimbangkan dunia dan akhirat tetapi rasanya aku sudah melebihkan dunia...

Sangat melebihkan...

Terlalu memikirkan harta, pangkat dan segalanya...

'Wahai Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu.'

=====================================================================

Ya, aku masih lagi bertatih...

Bertatih mengenali Allah dengan lebih dekat...

Bertatih untuk mejadikan syurga sebagai rumah abadiku di akhirat nanti...

Bertatih menjadi hamba Allah yang baik..

Bertatih menjadi anak yang solehah..

Bertatih untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Bertatih untuk tidak menjadi hamba dunia...

=======================================================================

Hidup manusia akan sentiasa diuji...

Seperti yang sudah tertulis dalam al-Quran..


Firman Allah SWT, 

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan 
dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” 
(Surah al-Baqarah : 155) 


Diuji dengan kesedihan, perpisahan, kekayaan, kesihatan, kejayaan, kesakitan, kepapaan, kesusahan, kematian dan sebagainya...

Ujian bukan bermaksud kita perlu mengalah... Tetapi untuk menguatkan hati kita..... Menyedarkan kita bahawa hanya kepada ALLAH jualah tempat kita bergantung harap...

Sabar, sabar, dan bersabarlah... Kerana sabar itu ganjarannya adalah syurga....


======================================================================

" Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yg mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu...

Kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah dekat dan akrab denganNYA.."

Thursday 10 May 2012

Wanita - Benteng Hati Dan Anak Kunci

gambar hiasan

Mahu menjadi wanita yang baik. Mahu memiliki suami yang baik.
Itu harapan wajib setiap wanita. Sama ada pernikahan sudah dekat atau masih dilihat jauh, niat dan rasa itu ada ketikanya sukar disembunyikan. Lantas ia diluahkan dalam banyak cara. Antara paling ketara adalah di facebook.
Perkongsian pelbagai gambar dan animasi, gambaran indahnya ‘hidup bersyariat’ dan percintaan selepas nikah, serta pelbagai note ringkas di bawah setiap gambarnya jelas menunjukkan harapan dan cita-cita murni para srikandi hari ini.
TRAGEDI DAN IKTIBAR
Syukurlah. Meskipun kita hidup di zaman yang sangat mencabar, dengan pelbagai gejala pelik kedengaran saban hari, namun di sana kita ada peluang besar untuk mengenali kebejatan maksiat dan bertindak bijak menjauhinya.
Menjauhi pergaulan bebas, percintaan tanpa batas yang membawa kepada gejala zina dan buang anak.
Kelihatan ramai wanita yang dapat bersedia lebih awal. Maksudnya, sebelum mereka mengenal cinta, mereka telah terlebih dahulu mengenali bahana yang lahir daripada sebuah cinta. Justeru mereka dapat mengambil tindakan berjaga-jaga dari awal.
Pada saya, ini sudah tentu suatu perkara yang sangat positif.

UMUM DAN KHUSUS
Tetapi perlu diingat.
Melihat dan mentafsir perkataan ‘cinta’ secara umum dengan melihat dan merasai secara khusus adalah dua benda yang jauh berbeza.
Di sinilah, kebanyakan wanita jatuh dan terus jatuh.
Ketika ‘bayu’ cinta itu belum menyapa, anda cuma menyaksikan kehidupan orang lain. Ujian orang lain. Cabaran orang lain. Kesalahan bercinta oleh orang lain. Anda lantas mengambil pendirian tertentu atau komen tertentu atau kritikan tertentu. Normalnya begitu.
Namun apabila ‘bayu’ cinta itu menyapa anda sendiri secara khusus, barulah anda tahu langit itu tinggi atau rendah!
Sebab itu jangan pelik, apabila ada wanita yang dilihat begitu kuat berpegang dengan agama, atau sebahagian orang mengistilahkan sebagai ‘syadid’, di mana mereka bersikap keras dalam hal ehwal couple, cinta dan masalah hati, namun apabila tiba masa hati mereka direntap perasaan tersebut, mereka mula menikus dan mahukan privacy.
Jangan ditanya ; mengapa kau pun ‘terima’ juga cinta walhal sebelum ini engkau bukan main lagi nasihat orang sini sana?
Kerana jawapannya telah lama saya tuliskan : fitrah itu jangan diperangi, kelak engkau bakal malu sendiri.

HATI UNTUK SATU
Kelemahan paling besar untuk seorang wanita adalah apabila mereka menerima seseorang dan meletakkan orang tersebut di dalam hati mereka. 
Wanita diciptakan dengan prinsip kesetiaan yang cukup luar biasa.
Hati mereka hanya untuk seorang sahaja.
Apabila telah diberi, sukar untuk diambil kembali dan sukar untuk dikongsi-kongsi.
Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan wanita yang bersikap ‘keras’ seratus peratus kerana itu mungkin alternatif terbaik mereka supaya hati yang mahal itu kekal terjaga dan terpelihara. Cuma perlulah berpada-pada. Jangan sampai tahap ‘isytihar perang’ kerana itu jelas bukan satu tindakan yang bijak. Jangan pula terlalu lembut dan terbuka, sehingga dengan mudah boleh dipermainkan oleh sesiapa sahaja.
Mahu atau tidak, kelemahan yang satu ini perlu diakui oleh anda. Mengakui kelemahan ini sewajarnya menjadikan anda lebih bijak dan matang dalam bertindak.

CARA TERBAIK
Jika ditanya pada saya, sudah tentulah cara paling baik, selamat dan bijak adalah ; tidak menerima dan meletakkan seorang lelaki di dalam hati kecuali setelah dikenali, diselidiki dan diyakini bahawa lelaki itu adalah manusia baik yang mahu menikahi anda secepat yang mungkin.
Percayalah. Menjaga hati daripada diberi kepada seseorang bukanlah suatu kerja mudah, lebih-lebih lagi untuk seorang wanita. Ia bukan suatu pembelajaran dari dalam bilik kuliah, dan bukanlah suatu praktikaliti di makmal-makmal tertentu. Ia adalah soal kehidupan.
Janganlah terlalu mendabik dada kononnya anda kuat dan powerful. Tiada lelaki mampu tawan hati anda selain suami. Anda tidak akan jatuh cinta sebelum kahwin. Dan pelbagai ‘slogan’ lain yang pada saya, tidak nampak keperluannya untuk dilaungkan oleh anda.
Bergaul dengan manusia dan mengambil ibrah dari kehidupan, membuatkan saya terbuka untuk menterjemahkan mesej ini kepada anda. Ramai sekali wanita yang berlagak gagah dalam hal ini, namun sebenarnya hati mereka jauh lebih halus dan rapuh berbanding minah rempit. Ini hakikat.

KAMAR PERIBADI
Apabila terlajak meletakkan seseorang di dalam hati, ia bukan suatu yang mudah untuk diundur kembali. Apatah lagi jika sudah banyak ‘suka duka’ atau ‘warna warni’ yang telah dikongsi. Kadangkala si wanita tampak hebat umpama seorang srikandi perang di luaran namun apabila kembali ke kamar peribadi, dia seolah bertukar personaliti.
Kepada lelaki itulah segalanya terasa lebih mudah untuk diadu. Segala masalah seolah hilang apabila disapa perhatian dan keprihatinan si lelaki. Meskipun anda sedaya upaya cuba ‘melaungkan’ kepada dunia bahawa KAMI HANYA KAWAN tetapi percayalah, suara anda itu hanyalah bahan ejekan untuk geng Syaitan.
Dalam tidak sedar, sebenarnya anda sedikit demi sedikit telah menukar ‘hak milik’ hati anda kepada lelaki tersebut. Seminggu mungkin anda boleh mendabik dada. Setahun dua tahun, belum tentu.
Pemberian ‘anak kunci’ hati bukan hanya berlaku secara rasmi sebagaimana anda saksikan dalam filem atau drama , di mana si lelaki melutut dan melamar ‘i love you’ kepada anda. Ataupun apabila si lelaki telah mengakad nikah dan menyarung cincin kahwin ke jari anda. Banyak kes, setelah detik-detik ‘rasmi’ tersebut berlaku pun, wanita masih gagal menyerahkan ‘anak kunci’ hati mereka kepada si lelaki.
Tetapi ‘anak kunci’ itu seringkali diserahkan tanpa sedar. 
Maharnya bukan material. Cukuplah kasih sayang, perhatian, memahami dan seribu satu kebaikan yang dihulurkan oleh sang lelaki. Biar apa pun namanya tika itu, dan biar apa pun jenis hubungan anda dan dia waktu itu, ia tidak lagi menjadi perkara penting.

PERANGI SELEPAS KENA
Saya menyebut bahawa ia bukanlah suatu tindakan bijak, jika si wanita ‘memerangi’ fitrah dalam diri mereka semata-mata takut hati mereka diberi sebelum tiba masanya. Apa yang perlu dibuat adalah berhadapan dengan fitrah tersebut, bertolak ansur dan mengambil pendirian berlandaskan ilmu serta matlamat. Saya kepilkan satu reason kepada anda, bagaimana tindakan ‘memerangi fitrah’ tersebut berjaya merubah seorang wanita normal kepada cintakan kaum sejenis.
Namun berperang mendapatkan kembali ‘anak kunci’ hati anda itu adalah suatu perkara penting yang perlu dibuat. Anda perlu sedar bahawa akibat lebih buruk sedang menanti di hadapan sana andaikata anak kunci tersebut terus dipegang oleh si lelaki yang bukan suami anda.
Kalau saya katakan si lelaki itu jahat, anda mungkin tidak bersetuju. Anda akan mendatangkan ribuan alasan, untuk meyakinkan saya bahawa si lelaki itu benar-benar baik. Tetapi saya kira, anda dan saya boleh bersetuju jika saya katakan bahawa Syaitan dan hawa nafsu itu memang jahat, bukan?
Justeru, berperang tidak perlulah ditafsirkan sebagai bersemuka semata-mata. Ada strategi peperangan di mana tidak perlu berdepan tetapi mudah beroleh kemenangan. Anda lenyapkan segala perangkap yang telah dipasang oleh Syaitan dengan strategi-strategi yang bijak.
Sebagai contoh, si lelaki telah memasuki hidup anda, dan mungkin hati anda telah diserahkan kepadanya. Tetapi anda tahu, langkah si lelaki tidak fokus kepada pernikahan. Kelihatannya banyak terhoyong hayang daripada berjalan betul. Kadang-kadang, tempiasnya terkena pada anda. Dan anda pula terpaksa ‘menyantuninya’ meskipun hati anda tidak bersetuju. Apa boleh buat, ‘anak kunci’ sudah diberi.
Dalam keadaan tersebut, anda sedar yang anda sukar untuk menang jika berperang secara berdepan. Maksud saya, jika anda mahu katakan begini : ” saya mahu hubungan kita diputuskan, kerana saya risau kita berdua tidak dapat saling menjaga agama. Jika betul mahukan saya, tunggu sehingga awak betul-betul bersedia menikahi saya “. Anda sudah tentu tidak sanggup mengucapkan kata-kata tersebut secara berdepan, apatah lagi jika si lelaki pandai memujuk atau bermain kata. Mungkin juga anda boleh ucap ketika kuat, tetapi akan mengubah fikiran apabila terasa lemah, simpati dan sebagainya.
Maka anda boleh gunakan strategi lain. Contohnya ; LENYAPKAN dia dari hidup anda. Zaman ini, kebanyakan hubungan cinta berlaku dalam medium maya, di mana jika nombor telefon,facebook profile dan YM tidak wujud, hubungan cinta dengan mudah boleh terbantut.
Jadi silalah berperang dengan bijak. Melenyapkan dia dari hidup anda sangat membantu untuk mendapatkan kembali ‘anak kunci’ hati.

TIDAK YAKIN
Buat akhirnya, marilah kita lihat kepada dua kalimah di atas. Tidak yakin. Takut teringat. Takut dibadai rindu tidak sudah. Takut itu dan takut ini. Cuba buat eksperimen. Hadir solat berjemaah di masjid kemudian dengar tazkirah setiap hari selama seminggu, atau paling bagus 40 hari ( ketika tidak merah ). Selepas itu, check kembali hati. Masihkah ‘hantu’ itu menguasai hati anda ataupun sudah diganti dengan alunan merdu yang sungguh menenangkan jiwa?
Soalnya, anda kena yakin. Jika melenyapkan si lelaki kemudian membiarkan jiwa terus kosong, memanglah tidak ada faedahnya. Saya maksudkan, lenyapkan anasir negatif dan gantikan dengan unsur yang positif.
InsyaAllah, anda mampu mengubahnya.

Sekian.

Credit to: Blog Myilham

Tuesday 1 May 2012

~Kenapa Kita TiDaK daPat Apa YaNG kiTa MahUKaN?~


" Sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti aku akan dapat meskipun aku lari darinya... Dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti aku tidak akan dapat walau aku bersusah payah untuk mendapatkannya..."


(Abu Hazim Al Makki-Aulia)

Setelah kita berusaha, berusaha, dan berusaha.....

Kita tidak lupa berdoa pada Allah supaya apa jua yang terbaik buat diri kita ini dipermudahkan..

Kita berdoa supaya Allah memberi kita kebaikan di atas apa jua yang kita pilih, dan perolehi...

Kita mohon supaya Allah memberi kita kekuatan dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini...

=====================================================================

Namun adakalanya, walaupun kita berusaha dengan sepenuh hati kita, kita tetap tidak akan dapat perkara itu...

Dan kadang-kadang untuk perkara yang kita hanya meletakkan usaha yang sangat sedikit, dengan mudah kita perolehi...

=====================================================================
Untuk sesuatu perkara yang amat kita perlukan, yang amat kita mahukan...

Sesuatu yang kita inginkan, yang kita hajati.....

Kita berusaha mendapatkannya, kita berdoa bersungguh sungguh kepada Allah...

Namun tidak jua kita perolehi... Sangat sukar, bahkan seperti sia-sia sahaja usaha kita ini...

Keputusan dan hasilnya tidak seperti yang kita harapkan...

=====================================================================

Dan waktu itu, kita mula berfikir... Mencari sebuah jawapan...

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku mahukan??? 

Bukannya aku tidak berusaha... Bukannya aku tidak berdoa..

Aku sudah melakukan segala-galanya.... Hinggakan dalam setiap doaku, aku menangis meminta kepadaNya...

======================================================================
Pada saat itu, mungkin kita terlupa yang kita pernah meminta pada Allah...

"Ya Allah, ya Tuhanku.. Yang Maha Mengetahui segala galanya... Engkau yang Maha Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa.. Engkau yang Maha Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui... Dan Engkaulah yang Maha Mengetahui perkara ghaib...Ya Allah, seandainya urusan ini baik bagi agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya.. Dan sekiranya urusan ini tidak baik bagi agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku, sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya... Dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun, kemudian redhailah aku dengannya.."

=======================================================================

Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat diri kita....

Mungkin perkara itu untuk kita... Tetapi bukan sekarang.... Cuma Allah lambatkan sikit masa untuk kita memperolehinya....

Dan mungkin perkara itu langsung bukan untuk kita... Sama ada cepat atau lambat, kita tetap tidak akan dapat...


=======================================================================

Di sini kita perlu faham akan konsep TAWAKKAL....

Meletakkan kepercayaan, keyakinan sepenuhnya kepada Allah Taala...

Menyerahkan diri kepada Allah...

Kita sebagai hamba Allah, ilmu kita sangat terbatas... Kita tidak mengetahui masa hadapan....

Dan Allah Maha Mengetahui segala galanya...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...

Kesusahan, kesenangan, kesakitan, keupayaan itu adalah ujian dan tarbiyah (didikan) dalam hidup kita...

======================================================================

Allah sangat dekat dengan kita.... 

Lebih dekat daripada urat yang ada di leher kita ini...

Allah sangat menyayangi kita... 

Seperti ibu kita yang menyayangi kita, yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kita...

Kasih sayang Allah sangat besar, lagi besar, dan Maha Besar daripada kasih sayang ibu kita...

Dan Allah tidak sesekali akan membiarkan kita.... Tidak sesekali membiarkan kita terumbang ambing...

Percayalah pada Allah... Percayalah dengan sepenuh hati kita..

Dengan keimanan kita... 

Bukankah percaya kepada Allah, percaya kepada Qada' dan Qadar Allah itu adalah rukun iman...

Rukun yang wajib ada pada setiap diri insan...

Percayalah insan... Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani....

Terimalah ketentuanNYA dengan hati yang penuh dengan keredhaan...
=====================================================================

Benar, kita merancang... Tetapi Allah jualah sebaik baik PERANCANG.... 

Kerana perancangan Allah yang terbaik buat hambaNya.. Subhanallah...

Buangkan ketakutan kita, buangkan kegelisahan kita, buangkan ketidakyakinan kita...

===================================================================

Ya... Kita mempunyai Allah... 

ALLAH, ALLAH, ALLAH...

PEMILIK DAN PEMBERI SEGALA NIKMAT....

Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui....

Allah Maha Mengetahui kesusahan kita, Maha Mendengar rintihan kita, Maha Mendengar doa kita...

Firman Allah s.w.t di bawah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, 
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui 

(Surah Al-Baqarah ayat 216)"
====================================================================
 ~ALLAH YANG MAHA ESA~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads