Saturday 12 May 2012

~BerTatih DaLam KehiDuPaN~

Bismillahirrahmanirrahim...

Hidup di dunia ini tidak lama.. Walaupun menyedari perkara tersebut, diri ini tidak terlepas daripada dosa... Astaghfirullah...  

Dulu, bila ayah tanya apa cita-cita bila dah besar nanti, pasti akan menjawab mahu menjadi seorang doktor, akauntan, atau peguam.. Masa berlalu, dan cita-cita pun turut berubah... Ya, tuan punya blog ini mahu menjadi seorang pensyarah... Mahu menjadi seorang pensyarah yang baik kepada student.. Ini semua gara-gara mendapat supervisor yang tegas dan sedikit garang untuk projek akhir tahun... 

Sekarang, setelah dua minggu mengikuti kursus HEP ni, cita-cita bertukar untuk menjadi 'trainer'... Iaitu pengajar dalam bidang HALAL... 

Apapun, kita sebagai manusia memang tidak tahu apa yang akan berlaku.. Manusia merancang, Allah jua yang menentukan kerana Allah jua sebaik baik Perancang...

Semoga Allah permudahkan segala yang baik buat diriku ini... Amin..

======================================================================
Bertatih seperti bayi...

Itulah yang digambarkan dengan diriku sekarang ini...

Masih lagi bertatih dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat...

Masih lagi bertatih dalam membina kehidupan dunia dan akhirat..

Tapi aku takut aku tersilap sekiranya aku terlalu mengejar keduniaan...

Ya.. Itulah yang aku rasakan sekarang...

Mahu menyeimbangkan dunia dan akhirat tetapi rasanya aku sudah melebihkan dunia...

Sangat melebihkan...

Terlalu memikirkan harta, pangkat dan segalanya...

'Wahai Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu.'

=====================================================================

Ya, aku masih lagi bertatih...

Bertatih mengenali Allah dengan lebih dekat...

Bertatih untuk mejadikan syurga sebagai rumah abadiku di akhirat nanti...

Bertatih menjadi hamba Allah yang baik..

Bertatih menjadi anak yang solehah..

Bertatih untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Bertatih untuk tidak menjadi hamba dunia...

=======================================================================

Hidup manusia akan sentiasa diuji...

Seperti yang sudah tertulis dalam al-Quran..


Firman Allah SWT, 

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan 
dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” 
(Surah al-Baqarah : 155) 


Diuji dengan kesedihan, perpisahan, kekayaan, kesihatan, kejayaan, kesakitan, kepapaan, kesusahan, kematian dan sebagainya...

Ujian bukan bermaksud kita perlu mengalah... Tetapi untuk menguatkan hati kita..... Menyedarkan kita bahawa hanya kepada ALLAH jualah tempat kita bergantung harap...

Sabar, sabar, dan bersabarlah... Kerana sabar itu ganjarannya adalah syurga....


======================================================================

" Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yg mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu...

Kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah dekat dan akrab denganNYA.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads