Pengenalan
Penamaan merupakan
proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi) untuk menerima/
mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.
Kenapa
Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan
membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan
KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian.
Rasional, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris
anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.
Adakah
Anda Layak Membuat Penamaan?
Anda layak menamakan
sesiapa sahaja sebagai penama sekiranya:
·
Anda berumur 18 tahun
atau lebih.
·
Anda seorang
warganegara Malaysia.
ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk mencarum semula dengan KWSP;
ATAU
Bukan Warganegara Malaysia yang
ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk mencarum semula dengan KWSP;
ATAU
Bukan Warganegara Malaysia yang
o Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998;
ATAU
o Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Siapa
Yang Boleh Dinamakan?
·
Anda boleh menamakan
mana-mana ‘orang sebenar' sebagai penama/pentadbir. Mana-mana ‘orang sebenar'
adalah merujuk kepada individu dan bukannya organsasi, pertubuhan, persatuan,
badan kebajikan dan sebagainya.
·
Anda dinasihatkan
menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak-anak dan ibu/bapa untuk
menerima/mentadbir simpanan anda. Bagaimanapun, sekiranya anda menamakan bukan
waris, penamaan tersebut masih diterima. Risiko, kemungkinan akan berlaku
kesulitan pada kemudian hari seperti tuntutan daripada waris.
Penamaan
Bagi Ahli Yang Beragama Islam
·
Bagi ahli yang
beragama Islam, orang yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir
(administrator) yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan mengikut Hukum
Faraid kepada waris-waris ahli yang berhak.
Penamaan
Bagi Ahli Bukan Islam
·
Penama adalah
merupakan penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan ahli yang meninggal
dunia.
·
Bagi ahli bukan
beragama Islam, jika penama meninggal dunia
o Sebelum kematian ahli, pemohon yang layak
adalah waris terdekat ahli yang meninggal dunia.
o Selepas kematian ahli, pemohon yang layak
adalah waris terdekat penama. Ini kerana penama adalah pemilik mutlak simpanan
ahli yang meninggal dunia.
Bagaimana
Membuat Penamaan?
Anda dikehendaki
mengemukakan dokumen-dokumen berikut dengan lengkap dan teratur:-
·
Borang Penamaan (KWSP
4)
·
Salinan Kad Pengenalan
Diri sama ada;
Salinan Kad Pengenalan (MyKad)/Kad Pengenalan Polis/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)
ATAU
Salinan Pasport (sekiranya anda bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Salinan Kad Pengenalan (MyKad)/Kad Pengenalan Polis/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)
ATAU
Salinan Pasport (sekiranya anda bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Borang permohonan
penamaan yang telah diisi dengan lengkap dan teratur hendaklah dikemukakan
sendiri oleh ahli di mana-mana Pejabat KWSP.
CATATAN:
Borang Penamaan (KWSP 4) mestilah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup.
Borang Penamaan (KWSP 4) mestilah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup.
Saksi-Saksi
Yang Dibenarkan
Anda boleh memilih
sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada
penamaan anda KECUALI orang yang dinamakan dalam borang penamaan itu, petugas kaunter
KWSP dan anggota KWSP.
Bagaimana
Penamaan Anda Boleh Terbatal?
Penamaan yang dibuat
boleh terbatal sekiranya:-
·
Semua orang yang
dinamakan meninggal dunia semasa ahli masih hidup.
·
Ahli mengemukakan
Notis Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
·
Ahli membuat penamaan
baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
CATATAN:
Penamaan turut terbatal sekiranya ahli membuat pengeluaran penuh di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen.
Penamaan turut terbatal sekiranya ahli membuat pengeluaran penuh di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen.
Wasiat
tidak membatalkan penamaan.
Bagaimana
Mengemaskini Penamaan?
Penamaan boleh dikemaskini
dari semasa ke semasa sebelum anda mencapai umur 75 tahun. Pengemaskinian
penamaan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4) yang baru.
Borang KWSP 4 yang baru akan membatalkan penamaan anda yang terdahulu.
Bagaimana
Penamaan Boleh Disemak?
Jika anda ingin
membuat semakan ke atas penamaan yang telah dibuat, anda boleh menyemak
penamaan tersebut melalui cara berikut:-
·
Menyemak status
penamaan melalui kemudahan i-Akaun (Ahli);
·
Hadir di mana-mana
Pejabat KWSP;
·
Melengkapkan Borang
Semakan Penamaan (KWSP 4B) dan menyertakan salinan kad pengenalan/bukti
pertalian ke alamat seperti berikut:-
Jabatan Pendaftaran dan Operasi Sokongan
Bangunan KWSP Jalan Gasing,
46598 Petaling Jaya,
Selangor.
(U/P: Unit Penyimpanan dan Penyelenggaraan Dokumen)
Jabatan Pendaftaran dan Operasi Sokongan
Bangunan KWSP Jalan Gasing,
46598 Petaling Jaya,
Selangor.
(U/P: Unit Penyimpanan dan Penyelenggaraan Dokumen)
STATUS PENAMAAN KE ATAS AHLI YANG MEMBUAT
PENGELUARAN 55 TAHUN BAGI TEMPOH-TEMPOH BERIKUT;
|
SEBELUM
1 NOVEMBER 2007 |
TEMPOH PERALIHAN
1 NOVEMBER 2007 – 31 JANUARI 2008 |
MULAI 1 FEBRUARI 2008
|
·
Sekiranya ahli telah
membuat pengeluaran keseluruhan kredit di bawah pengeluaran 55 tahun.
Penamaan yang dibuat oleh ahli sebelum pengeluaran 55 tahun dianggap tidak
terpakai bagi caruman baru yang dibuat.
·
Dalam ertikata lain
jika ahli mencarum semula dan kemudiannya meninggal dunia -
i.
Penamaan terdahulu
tidak terpakai;
ii.
Pembayaran dibuat
kepada waris menurut Peraturan 8 "Pembayaran atas kematian ahli jika
tiada penamaan."
|
·
Sekiranya
ahli membuatpengeluaran umur 55 tahun sekali gus iaitu mengeluarkan kesemua simpanan, maka
penamaan yang dibuat sebelum ini tidak lagi terpakai.
·
Sekiranya ahli masih
bekerja dan memilih
untuk mencarum semula, ahli
hendaklah membuat penamaan baru bagi caruman baru tersebut.
·
Sekiranya ahli
membuat pengeluaran umur 55 tahunselain daripada sekali gus(sama ada pengeluaran bila-bila masa atau
bayaran bulanan), maka penamaan ahli yang telah dibuatsebelum ini
adalah terpakai selagi ahli masih mempunyai baki simpanan di KWSP(termasuk simpanan di mana-mana sub akaun).
|
·
Pengeluaran 55 tahunsama ada penuh, sebahagian, bulanan atau secara kombinasi tidak
membatalkan penamaan. Pembatalan
penamaan hanya merujuk kepada keadaan-keadaan yang diperuntukkan di bawah
Peraturan 7, Peraturan-Peraturan KWSP 2001.
|
Pertanyaan
Jika
anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut
mengenai penamaan, sila hubungi:-
·
Mana-mana Pejabat KWSP
Sila nyatakan nombor
KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli apabila berurusan dengan KWSP.
Anda Keutamaan Kami